KONSEP PEMBANGUNAN PADANG RAGUT
DIMELINIUM BARU: POTENSI DAN CABARAN
1 Ringkasan
1.1 Di dalam Rancangan Malaysia ke Lapan, perancangan telah dibuat untuk meningkatkan bekalan sumber makanan berasaskan punca-punca haiwan seperti daging, susu dan telor untuk memenuhi permintaan tempatan.
1.2 Dasar Pertanan Negara (1992 2010), Dasar Pertanian Negeri Perak , Dasar Pembangunan Nasional dan Wawasan 2020 menggariskan bahawa pengeluaran ternakan akan dipertimbangkan di kalangan penternak sehingga mencapai taraf komersial.
Bagi mencapai maksud di atas pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kecekapan di semua peringkat industri ternakan serta industri-industri yang ada hubungkait dengannya.
Di samping itu usaha juga akan dipergiatkan untuk mempelbagaikan sumber protin haiwan melalui penternakan yang berpotensi seperti rusa, puyuh dan ostrich (burung unta) bagi menjamin para pengguna memperolehi makanan yang bersih, bermutu dan selamat dimakan.
1.3 Kertas kerja ini bertujuan untuk memberi gambaran dan mendapat pandangan kerajaan Negeri berhubung dengan cadangan pembangunan kawasan ragutan bagi meningkatkan pengeluaran bekalan makanan.
2. Pendahuluan
2.1 Latarbelakang dan Sejarah
2.1.1 Definasi Tanah Padang Ragut
Tanah padang ragut ialah tanah Kerajaan Negeri yang diwartakan bagi maksud kegunaan awam iaitu sebagai kawasan untuk ragutan.
Di Negeri Perak tanah-tanah padang ragut telah ujud semenjak dari zaman penjajah lagi. Mengikut rekod yang terdapat di jabatan ini, tanah padang ragut digezet seawall tahun 1914 dan yang paling terbaru sekali pada tahun 1998.
Sebahagian besar telah diwartakan iaitu 79 buah manakala yang bakinya belum diwartakan tetapi Cuma lulus MMK sahaja. Jabatan masih dalam proses mengesan status padang ragut telah diwartakan atau belum.
2.2 Latarbelakan
Pada masa dahulu tanah padang ragut digunakan sebagai kawasan pendapatan (holding area) di musim kerja-kerja persawahan. Keperluan asas yang disediakan ialah kerja-kerja pembersihan kawasan secara tebang tebas dan pemagaran. Ternakan yang banyak terdapat ketika itu ialah kerbau kerana digunakan untuk membajak sawah. Sebab itulah jika kita lihat kepada gezet padang ragut yang lama ia di tanda dengan perkataan buffalo grazing ground (padang ragut kerbau). Apabila jentera mengambil alih kerja-kerja persawahan, kerbau dikekalkan sepanjang masa di dalam padang ragut. Kerja-kerja untuk membangunkan padang ragut pun bermulalah dari masa itu.
3. STATUS SEMASA
3.1` Penggunaan Padang Ragut
Di Negeri Perak terdapat 98 buah padang ragut dengan kelasan 13,817 ekar (5591.66 hektar) yang terdapat di semua daerah. Saiz padang ragut berbeza-beza dengan yang paling besar 650 ekar dan yang paling kecil 6 ekar. Sehingga ini seluas 10,057ekar iaitu 73 % telahpun dimajukan. Sejumlah 3250 ekar iaitu kra-kira 23.5 % masih belum dimajukan manakala 510 ekar iaitu 3.5 % adalah di dalam proses pemansuhan. Dari keluasan yang belum dimajukan, kira-kira 2210 ekar, atau 16 % adalah kawasan yang benar-benar belum dimajukan kerana kawasan terlalu besar dan ada pula kawasan yang baru sahaja diluluskan. Seluas 1040 ekar atau 7.5 % memang tidak dapat dimajukan kerana pelbagai masalah seperti berbukit curam, berpaya, diterokai secara haram sebelum digezetkan, diberi tol, diambl untuk PPRT dan dijadikan tanah wakaf.
3.2 Perbandingan Keluasan Padang ragut Dengan Keluasan Tanah Pertanian di Negeri Perak
3.2.1 Di Negeri perak keluasan tanah untuk pertanian ialah 642,507 hektar (lapuran tahunan) 1997 Jabatan Pertanian Negeri Perak Darul Ridzuan). Jumlah ini adalah terlalu besar jika dibandingkan dengan keluasan tanah padang ragut.
3.2.2 dari maklumat di aas maka di dapati tanah padang ragut adalah sebahagan kecil sahajaiaitu 0.84 % dari tanah pertanian yang terdapat di Negeri Perak. Memandangkan padang ragut adalah sumber utama makanan ternakan maka keluasan tanah padang ragut bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi perlu diperluaskan.
4. KEMAJUAN PEMBANGUNAN
4.1 Pembangunan padang ragut di Negeri Perak telah berjalan semenjak lama dahulu. Pada masa itu pembangunan hanya tertumpu kepada penyediaan pagar untuk mengawasi ternakan keluar. Kerja-kerja membersih hutan dan belukar dilakukan oleh ahli-ahli padang ragut secara gotong royong. Kawasan ditumbuhi oleh rumpai asli.
4.2 Dalam RM ke Dua (1971 1975) pembangunan padang ragut mengalami sedikit perubahan. Kawasan padang ragut tertentu telah ditanam dengan rumpu bermutu. Kerja-kerja menanam rumput dinuat secara gotong royong.
4.3 Dalam RM ke Tiga (1976 1980) lebih banyak padang ragut dibangunkan dengan tanaman bermutu. Gergaji berjentera telah dipinjamkan kepada ahli-ahli padang ragut untuk kerja-kerja pembersihan hutan dan belukar.
4.4 Dalam RM ke Empat (1981 1985) pembangunan padang ragut dipergiatkan lagi. Kerja-kerja pembangunan padang ragut dibuat secara kontrak keselurhannya. Selas 778 hektar telah dimajukan dengan peruntukan sebanyak 2.4 juta dan 2,5000 orang penternak mendapat faedah.
4.5 Dalam RM ke Lima (1986 1990) kekurangan peruntukan telah menjejaskan pembangunan padang ragut. Peruntukan yang diperolehi hanya RM500,000.00 sahaja untuk tempoh lima tahun. Pembangunan tidak dapat dibuat kerana peruntukan hanya cukup untuk pembangunan sahaja. Ini telah menyebabkan rumput yang di tanam menjadi pupus. Hanya pada tahun 1990 peruntukan tambahan sebanyak RM200,000.00 telah diperolehi. Satu pendekatan telah diambil di dalam pembangunan padang ragut dengan mengurangkan pembangunan sebanyak 50 %. Kerja-kerja pembangunan tidak lagi dibuat 100 % oleh jabatan. Hanya kerja-kerja asas seperti pembersihan hutan sehingga penyediaan tapak (membajak) dibuat secara kontrak oleh jabatan manakala kerja-kerja menabur benih dan baja, memagar, merumpai dan lain-lain dibua oleh penternak sendiri. Jabatan hanya membekalkan input-input yang diperlukan. Kerja-kerja ini di awasi sepenuhnya oleh jabatan dan Jawatankuasa Padang Ragut. Cara ini telah banyak memberi kebaikan dan lebih banyak padang ragut telah dapat dibangunkan. Konsep ini telah diteruskan sehingga hari ini.
5. ISU DAN MASALAH
5.1
Di dalam memajukan
padang
ragut beberapa isu dan masalah telah dikenalpasti samada dari segi fizikal
maupun sosial. Antaranya ialah:
5.1.1 Kesesuaian Tanah
(i) Topografi
Sesetengah padang ragut tidak dapat dimajukan kerana keaadaan mukabuminya tidak sesua terlalu curam ata berpaya.
(ii) Lokasi
Sesetengahnya pula terletak terlalu jauh dari kawasan kampong dan tiada kemudahan jalan masuk serta terdedah kepada binatang buas. Jika terlalu hampr dengan kampong tekanan ke atas tanah padang ragut dari segi penerokaan haram seperti rumah, dusun dan kelapa sawit.
(iii) Keluasan (saiz)
Terdapat padang ragut yang diambil, jika diganti tidak mencukupi untuk menampong ternakan yang sedia ada. Ini menimbulkan masalah sisial di kampong akibat ternakan berkeliaran.
(iv) Kesuburan Tanah
Kos pembangunan padang ragut menjadi terlalu tinggi jika kawasan yang dijadikan padang ragut tidak baik dari segi kesuburan tanah. Ini menjadikan tidak cost effective (kekesanan kos) jika dibandingkan dengan sector lain.
5.1.2 Penternak
(i) Sikap Hangat-hangat Tahi Ayam
Kerja-kerja penyelaan padang ragut adalah bergantung kepada kerjasama di kalangan penternak. Kerja-kerja dibuat secara gotong royong dan seperti yang tersedia maklum bahawa semangat gotong royong tidak dapat bertahan lama. Kebanyakan penternak hanya menunjukkan minat pada peringkat awal pembangunan sahaja dengan harapan untuk mendapat bantuan dari kerajaan. Apabila ini telah diperolehi mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan kerja-kerja dan padang ragut menjadi terbiar sehingga kembali menjadi belukar.
(ii) Kurang Kemahiran/Pengetahuan
Kebanyakan penternak kurang pengetahuan di dalam system pengurusan ternakan secara bergilir petak yang teratur. Ini menyebabkan rumput tidak dapat bertahan lama. Jangkahayat rumput yang dianggap ekonomik ialah sekurang-kurangnya 7 tahun sebelum di tanam semula.
(iii) Bantuan Kerajaan
Penternak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan dari sekecil-kecilnya shingga sebesar-besarnya. Mereka tidak mahu mengujudkan satu bentuk tabungan bagi menampong masalah kewangan. Jika tiada bantuan dari jabatan kerja-kerja pengurusan p[adang agut akan tergendala dan kembali menjadi terbiar.
iv) Kelompok Penternak
Sebahagianbesar dari penternak adalah terdiri dari gulungan berumur. Mereka ini lebih dedikasi terhadap padang ragut tetapi kekurangan dari segi tenaga. Gulungan muda agak kurang berminat untuk menceburkan diri di bidang penternakan.
5.1.3 Ternakan
(i) Kadar Penampungan (Stoking Rate)
Tidak sesuai dengan saiz padang ragut. Penternak tidak mahu menjual ternakan mereka apabila rumput telah berkurangan menyebabkan rumput pupus dan mati.
(ii) Jenis Ternakan
Tidak mengikut kesesuaian padang ragut. Ternakan kerbau lebih sesuai untuk kawasan rendah dan berair manakala kawasan berbukit lebih sesuai untuk ternakan lembu, kambing dan rusa.
6. PENDEKATAN DAN STRATEGI
6.1 Memandangkan masalah dan halangan yang dihadapi maka satu pendekatan telah diambl dalam memajukan padang ragut agar aktivitinya dapat diperluaskan. Di antaranya ialah:-
6.1.1 Penternakan Secara Berkelompok
Pemilikan ternakan diubah dari individu kepada kelompok. Dengan ini penternak bertanggungjawab bersama k atas segala keuntungan dan kerugian. Mereka digalakkan agar menjalankan aktiviti penternakan ke tahap komersial dengan menjurus kepada konsep urusniaga.
6.1.2 Sistem Pengurusan Melalui Jawatankuasa
Pengurusan padang ragut ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa dan pemantauan dari jabatan. Dengan cara ni sistem pengurusan rumput lebih teratu dan bertahan lebih lama.
6.1.3 Memperkenalkan Komoditi Baru
Bagi meningkatkan ekonomi penternak di kawasan padang ragut, komoditi baru seperti rusa diperkenalkan. Walaupun projek ini masih baru tetapi telah menunjukkan kemajuan yang pesat.
6.1.4 Sistem Pemasaran yang Lebih Luas
Jawatankuasa padang ragut digalakkan bergiat aktif d dalam aktiviti jual beli ternakan dengan mendedahkan mereka kepada system pemasaran yang moden.
6.1.5 Menggalakkan Pembangunan Aktiviti Hiliran
Aktiviti hiliran dikenalpasti sebagai pemangkin kepada industri penternakan. Penternak diberi penekanan kepada teknologi tinggi di dalam system penyembelihan, pembungkusan, pemerosesan dan memasaran.
6.1.6 Menggalak dan melibatkan Golongan Muda
Golongan muda sebagai pelaps adalah digalakkan untuk melibtakan diri secara Sirius di dalam pengurusan padang ragut.
Memandangkan sistem in amat menggalakkan ianya telah
diteruskan di dalam Rancangan Malaysia ke Tujuh.
7. KEKESANAN PADANG RAGUT
7.1 Nilai asset di dalam padang ragut pada tahun 2000 dalam bentuk ternakan dan rumput ialah:-
Ternakan Purata Nilai (RM)
Lembu 4360 ekor @RM1000 4,360,000.00
Kerbau 2007 ekor @RM1200 2,408,400.00
Kambing 2398 ekor @RM350 839,300.00
Rusa - 1153 ekor @RM1500 1,729,500.00
Jumlah 9,337,200.00
Rumput 173,235.53 tan metric @RM50/tan metric 661,776.50
Jumlah besar 17,998,976.50
Bilangan penternak mendapat faedah - 1,176 orang
8. CADANGAN PELAKSANAAN
8.1 Memandangkan kos pembangunan padang ragut adalah tinggi dan peruntukan kerajaan negeri adalah terhad maka pembangnan adalah amat perlahan. Walaupun penternak berseda untuk menerima konsep pembangunan secaa baru tetapi mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk membangunkan padang ragut dengan sendirinya dan mengharapkan bantuan dari kerajaan. Apakah akana terjadi sekiranya kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk memajukannya?. Padang ragut akan kembali terbiar dan dipenuhi belukar semula. Sehubungan dengan ini jabatan telah memikirkan bahawa fungsi padang ragut perlulah diubahsuai sedikit agar skop aktiviti padang ragut dapat diperluaskan dan dipertingkatkan standing dengan sector pertanian yang lain.
8.2 Terdapat dua option (pilihan) did ala pembangunan padang ragut ini iaitu:-
Option pertama ialah dengan membenarkan Koperasi Ternak Jaya Perak Behad yang telah ditubuhkan bergabung dengan penternak-penternak setempat membangunkan padang ragut dengan kos sendiri di dalam bentuk ekuiti tertentu. Pihak koperasi dan penternak akan membayar sewa kepada kerajaan negeri mengikut kadar sewa tanah pertanian untuk satu tempoh yang ekonomik untuk diusahakan. Satu grace period untuk 3 tahun pertama hendaklah diberi galakan.
Option kedua alah dengan membenarkan Koperasi Ternak Jaya Perak Berhad dan penternak memajak tanah padang ragut untuk tempoh 25 tahun. Setelah habis tempoh tanah tersebut akan dikembalikan kepada kerajaan negeri.
8.3 Melalui kedua-dua option ini banyak faedah akan diperoleh seperti :-
· Pertama pembangnan padang ragut akan dapat dipercepatkan kerana pihak koperasi mempunyai kepakaran di dalam bidang tertentu yang boleh digembelingkan.
· Kedua pihak kerajaan negeri dapat menjimatkan peruntukan yang bernilai berjuta ringgit kerana tidak perlu lagi membiayai pembangunan padang ragut.
· Ketiga pada masa yang sama pihak kerajaan negeri mempunyai hasil pendapatan melalui sewaan yang dikenakan ke atas padang ragut berbanding sekarang di mana kerajaan negeri tidak memperolehi apa-apa pun kerana tanah digunakan secara percuma.
· Keempat pula kerajaan neger tidak kehilangan apa-apa dari segi pegangan tanah (land title) kerana ianya masih dikekalkan sebagai tanah kerajaan negeri tetap kebaikannya pula ialah tanah tersebut telah tersedia dimajukan dari keadaan hutan kepada keadaan yang lebih baik.
· Klima sentiviti penternak perlulah diambl kira. Penternak mempunyai kepercayaan kepada Koperasi kerana untuk memajukannya kerana ahli koperas adalah terdiri dari kakitangan dan bekas kakitangan yang telah dikenali mereka sejak sekian lama.
9. MODUS OPERANDI
9.1 Sebahagian kawasan padang ragut yang belum dimajukan atau yang tidak boleh dimajukan dengan tanaman rumput disebabkan buki yang curam akan ditanam dengan kelapa sawit dengan jarak tanaman yang tertentu yang ditetapkan oleh jabatan bagi menjamin pertumbhan rumput tidak pupus.
9.2 Daun kelapa sawit akan digunakan sebagai makanan ternakan secaa segar atau dibuat silaj (silage). Bekalan silaj yang berlebihan akan dijual kepada penternak ditempat lain yang memerlukan.
9.3 Hasil kelapa sawit akan dpasarkan dan sebahagian dari wang hasil ini akan digunakan untuk kos penyelenggaraan kawasan tanaman rumput seperti baja, pagar dan sebahagian pula digunakan untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan seperti tempat minum, jalan, perparitan dan sebagainya.Dengan ini kerajaan tidak perlu lagi membelanjakan wang untuk kos penyelenggaraan kawasan. Sbahagian lagi wang hasil akan dilaburkan untuk membeli ternakan.
10. SYOR DAN PERAKUAN
10.1 Membangunkan 3000 ekar kawasan padang ragut tertentu yang dikenalpasti cirri-ciri yang sesuai dari sgi keluasan dan topografi dengan aktiviti yang bersesuaian seperti tanaman pokok yang boleh digunakan sebagai makanan seperti tanaman teduhan, pokok-pokok hutan sebagai pagar kekal, pemeliharaan ternak air di kawasan yang rendah dan berpaya dan aktiviti sampingan lain disamping mengekalkan bidang penternakan sebagai usaha utama.
10.2 Padang ragut ini akan bertindak sebagai lading nuklius berkonsepkan penternakan komersial, dimana aktiviti-aktiviti lain seperti feedlotting, ayam, puyuh, rusa dan ostrich boleh diusahakan.
10.3 Hasil-hasil ini kelak akan dipasarkan melalui koperasi. Dengan ini ujud sat rantaian pasaran dari penternak kepada pengguna.
10.4 Wang hasil yang diperolehi akabn digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan kawasan padang ragut.
10.5 Bagi kawasan padang ragut yang lain, konsep pembangnan yang sedia ada akan diteruskan.
11. PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya pendekatan yang baru in sgala masalah yang terdapat di dalam padang ragut dapat dikurangkan jika pun tidak dapat diatasi keseluruhannya.
Dengan ini kawasan padang ragut akan dilihat sebagai kawasan yang berdaya saing standing dengan kawasan-kawasan pertanian lain. Disamping itu penternak juga akan dapat menikmati faedah sepenuhnya.