|
Saudara Pengarang,
SAYA menyeru supaya pihak-pihak berkuasa tempatan memberi perhatian
kepada kegiatan pembinaan dan penggunaan kawasan/premis kediaman sebagai
pusat pemeliharaan burung layang-layang bagi tujuan menghasilkan sarang.
Kegiatan yang baru-baru ini dibangkitkan oleh penduduk kawasan Tanjung
Karang, juga semakin berleluasa di Bagan Datoh, Perak.
Sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tahu dan mengambil
tindakan, ia akan terus bertambah.
Saya
mendapati najis burung bertaburan di laluan pejalan kaki di kawasan
rumah kedai di pekan Bagan Datoh, selain gangguan bunyi pada setiap masa.
Saya
tidak faham mengapa pihak berkuasa tempatan tidak mengambil tindakan?
Apakah tugas pihak berkuasa tempatan hanya duduk di pejabat dan tunggu
aduan atau laporan.
Begitu banyak `flat' didirikan hanya untuk membela burung layang-layang.
Selain di pekan Bagan Datoh, kawasan sehingga ke Kampung Sungai Tiang
juga terdapat flat mencecah setinggi empat tingkat untuk tujuan yang
sama.
Pihak berkuasa tempatan dan wakil rakyat
kawasan berkenaan sila buka mata kerana penduduk kawasan tersebut sudah
tidak berdaya lagi menghalang tauke-tauke besar yang membuat pelan
pembinaan sesuka hati mereka. - ANAK BAGAN DATOH, Petaling Jaya. |