 |
| TAMBAH PENDAPATAN... Salah seorang
peserta menerima anak-anak ayam daripada Mohamad Junaidi (kiri)
di Kampung Sare, Sarikei, semalam. |
SARIKEI, Jumaat - Para
peladang di sini boleh menambahkan pendapatan masing-masing dengan
menyertai projek menternak ayam selain daripada
berkebun.Penyelaras Projek Pertanian Encik Mohamad Junaidi berkata
demikian ketika menyerahkan 11,950 ekor anak ayam kepada 478
peserta di kediaman Kapitan Ting Ming Chiew, Kampung Sare dekat
sini hari ini.
Mohamad berkata, dengan bertambahnya jumlah penduduk setiap tahun
maka permintaan terhadap bekalan daging ayam dan sayur-sayuran
pasti bertambah.Usaha menternak ayam untuk memenuhi keperluan
tempatan merupakan satu pelaburan dan kerjaya yang menguntungkan,
katanya.
Menurut beliau, menternak ayam secara komersial boleh dijadikan
kerjaya sepenuh masa dan peladang yang terbabit dalam kerjaya itu
terbukti banyak yang berjaya."Dengan bekalan anak-anak ayam hari
ini, kita berharap penduduk luar bandar akan menjadikan bidang
menternak ayam sebagai satu kerjaya dan menyedari tentang peluang
untuk menambahkan pendapatan", katanya.