|
MANUAL PENTERNAKAN LEMBU FIDLOT
[ Pengenalan ]
[
Pemasaran ] [ Pemilihan Ternakan ]
[ Pengurusan ] "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini disediakan sebagai panduan kepada bakal-bakal pengusaha dan penternak yang berhasrat untuk mengusahakan projek pengeluaran lembu pedaging secara sistem fidlot. Manual ini menyediakan maklumat yang menyeluruh mengenai segala aspek penternakan lembu fidlot secara moden dan sistematik. Walaupun begitu ia tidak bermakna projek ternakan lembu fidlot boleh terus dilaksanakan dengan jayanya hanya dengan membaca dan berpandukan manual ini sahaja. Mereka yang berminat dan berhasrat untuk mengusahakan bidang usaha ternakan lembu fidlot masih perlu menghubungi mana-mana Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) samada di Negeri atau Daerah yang berdekatan. Khidmat nasihat, latihan intensif serta pendedahan di lapangan, sekiranya perlu akan diusahakan oleh pegawai JPH kepada mereka yang berminat bagi menjamin projek ternakan lembu fidlot yang diusahakan itu benar-benar berdaya maju dan berdaya saing. Disamping itu, pihak pengusaha fidlot juga perlu sentiasa menghubungi JPH secara berterusan dari masa ke semasa sepanjang mengusahakan projek ternakan lembu fidlot. Dengan terhasilnya "Manual Penternakan Lembu Fidlot" ini, JPH berharap perlaksanaan bidang usaha dan projek fidlot yang diusahakan oleh mana-mana pihak walau dimana jua diusahakan akan menjadi lebih seragam serta dapat memenuhi tahap piawaian kualiti ternakan yang "standard" 1.1 Definasi fidlot "Penternakan Lembu Fidlot" bermaksud memelihara lembu secara intensif dalam kandang/kurungan untuk tujuan pengeluaran lembu daging melalui peningkatan berat badan dengan memberi makanan yang bermutu, air bersih, mineral dan vitamin yang secukupnya dalam tempoh yang tertentu. Perlu diperhatikan bukan semua peningkatan berat badan lembu fidlot boleh disamakan dengan pengemukkan. Pengemukan atau peningkatan utama berat badan yang disebabkan deposisi lemak (fat deposition) hanya berlaku pada peringkat umur tertentu dan berkait rapat dengan baka dan formulasi makanan yang diberikan. Sebagai contoh, peningkatan berat badan lembu tempatan (baka KK) yang di fidlot antara umur 12 hingga 16 bulan terdiri daripada peningkatan berat tulang dan daging sahaja. Deposisi lemak adalah terlalu kecil. Apa yang penting dan perlu diingat ialah bidangusaha fidlot ini hanya untuk memenuhi permintaan sesuatu pasaran terhadap daging lembu dengan mengembeling segala sumber yang terdapat di lokasi berkenaan secara optimum untuk mendapat keuntungan yang maksimum 1.2 Sistem Fidlot Dua sistem penternakan fidlot yang biasa diusahakan di Malaysia:
i. Sekali masuk -
Sekali keluar ii. Masuk-Keluar Berterusan Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan. 1.3 Untung-Rugi Operasi Fidlot Terdapat empat (4) faktor utama yang akan mempengaruhi untung-rugi bidangusaha fidlot. Faktor berkenaan adalah :- i. Faktor ternakan a. Harga belian feeder b. Harga jualan finisher c. Keupayaan dan prestasi baka yang digunakan ii. Faktor makanan (harga) Harga makanan paling mahal dan mencapai 70% kos pengeluaran. Ini bermakna sebarang kelewatan penjualan akan mengurangkan keuntungan. Market Timing kadangkala amat penting bagi operasi yang berskala besar. Setiap pengusaha perlulah sentiasa sedar akan peluang dan kos yang terlibat dalam setiap projek beroperasi. Adalah sesuai dan amat digalakkan para pengusaha menguasai ilmu pemakanan ruminan, khususnya dalam sistem fidlot ini. Pembaziran makanan juga boleh dielakkan dengan mengunapakai rekabentuk kandang yang standard Pemasaran lembu fidlot merupakan salah satu aktiviti penting yang menentukan samada sesuatu projek ternakan lembu fidlot itu berdaya maju atau sebaliknya. Harga jualan lembu fidlot adalah faktor ketiga penting yang akan menentukan samada bidangusaha tersebut menguntungkan atau sebalinya. Pengusaha fidlot yang bijak biasanya telah menentukan dan merancang strategi pemasaran hasil fidlot mereka sebelum memulakan perusahaan. Ini bermakna perusahaan fidlot adalah merupakan aktiviti yang berpandukan pasaran dengan mengunakan segala sumber tempatan yang ada secekap mungkin. 2.1 Jenis-jenis Pemasaran Terdapat empat kaedah pemasaran utama untuk lembu fidlot:
i. Jualan lembu hidup
kepada peraih (butcher) Pasaran pertama adalah yang terbesar dan perlu dijadikan sasaran utama oleh pengusaha fidlot. Penjualan lembu hidup untuk penyembelihan terus boleh dilaksanakan samada secara terus atau melalui peraih. Pasaran kedua dan ketiga adalah bermusim dan tertakluk kepada permintaan. Bagi menjamin kemapanan projek yang diusahakan, pengusaha fidlot perlu merancang strategi pemasaran meliputi kedua-dua kategori pasaran tersebut. Oleh yang demikian, adalah penting untuk menjalankan sistem fidlot berperingkat. Ini bermakna, ternakan lembu fidlot perlu diusahakan samada dalam 2 atau 3 peringkat kumpulan. Jadual 1 menunjukkan contoh strategi pemsaran bagi pemasaran bagi operasi fidlot 3 peringkat untuk tempoh pengemukan 4 bulan (120 hari) pada kadar peningkatan berat badan harian 1kg/hari:
2.2 Networking Bagi mereka yang baru memulakan projek kerap berlaku masalah pemasaran disebabkan bidangusaha mereka belum diketahui oleh pembeli dan peraih. Berlaku juga dalam keadaan tersebut dimana pengusaha menghadapi masalah menetapkan harga jualan hasil mereka dan penjualan dibawah harga pasaran ini merugikan pengusaha. Kejadian sedemikian boleh menampakkan bidangusaha ini tidak berdaya maju seperti yang dimaklumkan. Bagi mengatasi keadaan ini adalah dicadangkan supaya pengusaha baru mempromosikan bidangusaha fidlot mereka serta berganding bahu dan sentiasa berhubung dengan pengusaha-pengusaha yang sediada. Dengan mengamalkan networking sedemikian. pemasaran lembu fidlot akan menjadi lebih lancar dan terjamin. jaringan pemasaran ini juga boleh digunakan oleh pengusaha bagi mendapatkan bekalan lembu-lembu feeder dan juga harga makanan yang baik. 2.3 Penjualan Secara Tunai Bidangusaha fidlot boleh rugi dan akhirnya terpaksa ditutup apabila terlalu banyak menanggung hutang. Hutang yang besar disebabkan aktiviti penjualan yang dibuat secara kredit. Usaha memungut hutang adalah merupakan satu usaha yang amat sukar dan melibatkan kos tertentu. Mereka yang berjaya hanya menjualkan hasil fidlot secara tunai.
Kebanyakkan pengusaha fidlot berskala sederhana juga menjalankan aktiviti jualan runcit daging lembu fidlot mereka di pasar-pasar tempatan, pasar malam atau pasar tani. Aktiviti ini dijalankan bagi memastikan pemasaran dipelbagai dan penjualan hasil fidlot berjalan dengan lancar disamping meningkatkan pendapatan. Adalah dianggarkan sebanyak sebanyak RM 150.00 pendapatan tambahan boleh diperolehi melalui penjualan runcit daging bagi setiap ekor lembu fidlot. Terdapat juga pengusaha fidlot yang membuat rangkaian pemasaran melalui pasar-pasar tani dan pasar malam dengan melibatkan beberapa pekerja dan kenderaan pengangkutan khas. Semua usaha ini adalah untuk mempelbagaikan aktiviti penjualan lembu fidlot sebagai menjamin pemasaran yang berterusan dan seterusnya menjamin bidangusaha projek ternakan lembu fidlot berdaya maju dan mapan. 3.1 Asas Pemilihan Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i. Permintaan .
keperluan pasaran 3.2 Baka dan Jantina Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti : i. Baka import Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore. ii. Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore iii. Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK)* * Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik. 3.3 Umur dan Berat Badan Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot perlu dipastikan memenuhi kriteria-kriteria berikut:
i. Umur antara satu
hingga satu setengah tahun Jadual 2 menunjukkan contoh penentuan pemilihan lembu fidlot (feeder) berdasarkan berat awal, peningkatan barat badan harian dan target berat akhir (berat jualan)
3.4 Status Kesihatan Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Perkara-perkara berikut perlu diambil perhatian utama:
Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Pengurusan yang cekap dan sistematik adalah adalah penting bagi menjamin kesihatan ternakan, peningkatan berat badan harian yang maksimum, kawalan kos operasi yang minimum serta keuntungan yang optimum. 4.1 Pengurusan Personel Kebanyakan pengusaha atau pemilik fidlot tidak melakukan pengurusan ternakan secara langsung, sebaliknya menggaji tenaga pekerja yang diperlukan. Oleh yang demikian, pengurusan personel adalah mustahak Pengurusan personel merangkumi aktiviti-aktiviti berikut:
Pemerhatian dan pemeriksaan secara rawak perlu dilakukan dari masa kesemasa bagi mempastikan keselesaan, kesihatan, pemakanan dan prestasi peningkatan berat badan ternakan.
4.3 Pengurusan Kandang Kandang fidlot perlu diselia dengan sempurna termasuk penjagaan kebersihan harian, penyelenggaraan peralatan dan kemudahan infrastruktur. Kandang perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari, seelok-eloknya disebelah pagi.
Kandang yang kotor dan
dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu fidlot
dalam kurungan sepeti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong
atau direa dan masalah kuku. Pengurusan pemakanan lembu fidlot sangat kritikal kerana ianya merupakan faktor utama yang mempengaruhi peningkatan berat badan harian (daily weight gain). Ini seterusnya akan menentukan samada projek ternakan fidlot yang diusahakan memberi keuntungan atau kerugian,. Lembu fidlot perlu diberi makanan antara 4-6 kg seekor sehari pada peringkat permulaan pemeliharaan (berat badan antara 200-250 kg.), sehingga mencapai 8-10 kg seekor sehari pada peringkat akhir pemeliharaan ( berat badan antara 350-400 kg). Bagaimanapun, kiraan kadar pemberian makanan adalah juga tertakluk kepada jenis makanan , seperti 100% PKC sahaja atau campuran PKC dan rumput atau lain-lain jenis bahan hasilan pertanian. Jadual pemberian makanan perlu tetap, iaitu 2 kali sehari. Pemberian makanan pertama seeloknya awal pagi, antara jam 7 pagi dan selewatnya jam 9 pagi. Pemberian makanan kedua pula seeloknya selepas 6 jam berikutnya, iaitu antara jam 1 petang dan selewatnya-lewatnya jam 3 petang. Lembu fidlot juga perlu disediakan garam jilatan (mineral block) yang mencukupi sepanjang masa sebagai bekalan tambahan keperluan mineral. Bekalan air minuman yang bersih dan mencukupi perlu sentiasa tersedia.
4.5 Pengurusan Kenderaan Kenderaan seperti lori yang sesuai untuk mengangkut ternakan, makanan dan peralatan ladang perlu diselenggara dengan baik. Sekurang-kurangnya ladang fidlot perlu mempunyai sebuah lori, minimum 3 tan atau mendapatkan khidmat lori sewa yang murah.
Pengurusan rekod adalah penting untuk memudahkan penilaian projek fidlot yang diusahakan, seperti menilai prestasi peningkatan berat badan harian, jumlah makanan yang dimakan, kos pemakanan, kos ubat-ubatan, kos penyelenggaraan dan kos operasi fidlot berbanding keuntungan-kerugian. Rekod-rekod berikut adalah penting dalam pengurusan lembu fidlot:
i. Rekod pembelian
lembu 'feeder' Contoh rekod stok ternakan. rekod purata kenaikan berat badan (ADG), rekod jualan ternakan dan rekod tunai ternakan boleh dijadikan panduan
|
CONTOH
REKOD STOK TERNAKAN
NAMA LADANG :______________________________________
KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________
| TARIKH | BELIAN MASUK (ekor) | MATI (ekor) | SINGKIR (ekor) | JUAL (ekor) |
STOK SEMASA (ekor) | CATATAN |
DISEDIAKAN OLEH : ___________________________
DISEMAK OLEH :______________________________
CONTOH
REKOD PURATA KENAIKAN BERAT BADAN (ADG)
NAMA LADANG :______________________________________
KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________
| BIL | NO. TAG | BERAT AWAL (kg) | BERAT SEKARANG (kg) | PERBEZAAN BERAT BADAN (kg) | TEMPOH PELIHARA (Hari) | ADG (kg) | CATATAN |
DISEDIAKAN OLEH : ___________________________
DISEMAK OLEH :______________________________
CONTOH
REKOD JUALAN TERNAKAN
NAMA LADANG :______________________________________
KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________
| TARIKH | NO. TAG | JANTINA | BERAT BADAN (kg) | HARGA JUALAN (kg) | PEMBELI (NAMA & ALAMAT) | CATATAN |
DISEDIAKAN OLEH : ___________________________
DISEMAK OLEH :______________________________
CONTOH
REKOD TUNAI (CASH FLOW) TERNAKAN
NAMA LADANG :______________________________________
KUMPULAN TERNAKAN :_______________________________
TARIKH MASUK :______________________________________
| TARIKH | BILANGAN STOK AWAL (ekor) | BILANGAN JUAL (ekor) | BILANGAN MATI & SINGKIR (ekor) | BILANGAN STOK SEMASA (ekor) | JUALAN TUNAI (RM) | KOS OPERASI SELURUH (RM) | UNTUNG RUGI (RM) |
5.1 Lokasi Pemilihan tapak projek fidlot perlu mengambil kira beberapa faktor seperti topografi, jenis tanah, kemudahan bekalan air dan elektrik, kesediaan sumber makanan ternakan, sumber bekalan ternakan, sistem pengangkutan, pasaran dan pembuangan najis. Seeloknya lokasi ladang/projek fidlot terletak sekurang-kurangnya 0.5 km radius daripada kawasan kediaman/perumahan dan perindustrian serta tidak terlalu hampir dengan sungai atau sistem tali air. Ini bagi mengelakkan lempahan apabila berlaku banjir atau hujan lebat. Sekeliling kawasan ladang fidlot perlu dipagar (pagar perimeter) dan disulami dengan pokok-pokok tanaman /buahan. Elakkan kawasan yang rendah dan mudah tenggelam apabila banjir berlaku. Pastikan jalan keluar-masuk ke kawasan ladang boleh dilalui sepanjang musim serta dapat menampung kenderaan (lori) sehingga seberat 16 tan.
5.2 Topografi Permukaan tanah bagi projek fidlot perlulah rata dan mempunyai pengaliran yang baik. Bagi kawasan yang kerap hujan penempatan projek fidlot di kawasan berbukit adalah lebih baik kerana ini membolehkan pengaliran air yang baik di samping mengurangkan masalah tanah berbecak. Bagaimanapun, pemilihan tapak projek fidlot di kawasan yang rata dapat mengurangkan kos pembinaan jalan, pagar dan kemudahan lain dibandingkan dengan kawasan berbukit. 5.3 Bekalan Air Dan Elektrik Apabila merancang projek fidlot, kemudahan sumber bekalan air perlu difikirkan semasa memilih tapak untuk projek fidlot. Lembu yang mempunyai berat badan antara 200-400kg memerlukan air minuman sebanyak 25-40 liter sehari. Oleh yang demikian, penternak yang memelihara 100 ekor akan memerlukan sebanyak 2500-5000 liter air minuman sehari. Air diperlukan juga untuk mencuci kandang dan peralatan fidlot. Perigi atau parit pengairan merupakan sumber air semula jadi yang sesuai selain bekalan daripada Jabatan Bekalan Air. Bagi projek yang besar atau projek yang berpotensi untuk berkembang pada masa hadapan, sumber tenaga daripada bekalan elektrik diperlukan untuk menjalankan kilang makanan. Bekalan elektrik juga diperlukan untuk menjalankan mesin-mesin dan peralatan tertentu bagi projek fidlot secara mekanikal. 5.4 Reka Bentuk Kandang Penentuan reka bentuk kandang fidlot yang betul dan sesuai adalah penting untuk penempatan ternakan fidlot dalam persekitaran yang selesa, disamping menentukan kos pemakanan dan pengurusan yang menguntungkan. Reka bentuk kandang dipengaruhi oleh iklim, bilangan ternakan serta rancangan perkembangan fidlot pada masa hadapan. Oleh kerana negara ini beriklim panas dan hujan sepanjang tahun, kandang berbumbung adalah lebih sesuai daripada kandang terbuka.
5.5 Kandang Kurungan
Pembinaan kandang kurungan
untuk lembu-lembu fidlot perlu mematuhi aspek-aspek kemudahan
infrastruktur yang 'standard' seperti berikut:
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||
|
|
|
|
RAJAH B |
|
|
|
|
|
CONTOH PELBAGAI RUPA BENTUK BUMBUNG
|
|
|
|
|
|
|
CONTOH PALUNG MAKANAN DAN MINUMAN |
|
|
6.0 PEMAKANAN Makanan untuk lembu fidlot boleh melibatkan sehingga 60-70 peratus daripada kos pengendalian/operasi. Oleh itu perancangan yang teliti bagi memilih penggunaan bahan-bakan makanan yang ekonomik dan cekap adalah kritikal. 6.1 Keperluan Nutrien
Jenis-jenis nutrien yang
diperlukan dalam sumber makanan dan fungssinya terhadap kehidupan lembu
adalah seperti berikut:-
Nutrien-nutrien ini perlu diberi dalam kadar yang seimbang dan secukupnya kepada lembu bagi mendapatkan hasil pengeluaran yang maksimum. Kekurangan salah satu nutrien ini akan menganggu tumbesaran normal lembu. Lembu fidlot memerlukan zat-zat nutrien ini secukupnya setiap hari, daripada apa juga sumber bahan makanan yang digunakan. Zat-zat nutrien berkenaan perlu ada di dalam bahan-bahan terumus dalam rangsum makanan yang diberikan.
Jumlah nutrien yang diperlukan
dalam rangsum makanan lembu fidlot adalah seperti berikut:
6.2 Jenis Bahan Makanan
Terdapat pelbagai jenis bahan
makanan yang boleh digunakan untuk ternakan lembu fidlot. Umpamanya
foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian.
Diantaranya adalah seperti berikut :-
6.3 Jumlah Makanan Jumlah makanan yang diperlukan oleh seekor lembu fidlot adalah bergantung kepada berat lembu semasa. Secara purata mereka boleh memakan jumlah bahan kering makanan maksima bersamaan dengan 3.0% daripada berat badan, bergantung kepada jenis makanan yang diberikan. Di negara tropika seperti Malaysia, dengan keadaan iklim dan jenis makanan yang ada, biasanya lembu fidlot memakan sehingga 2.5 - 2.8% sahaja. Ini bermakna apa jua jenis makanan yang diberikan, lembu fidlot akan memakan bahan kering makanan diantara 4.0kg sehari pada permulaannya, sehingga mencapai kepada 8-9kg sehari, apabila lembu mencapai berat antara 350-400 kg. Pada peringkat akhir ini pertambahan berat badan hariannya sudah mula menurun dan pengambilan makanannya akan lebih rendah, iaitu hanya 2.5% sahaja daripada persamaan berat badan sehari. Lembu fidlot boleh diberi sama ada secara 100% makanan lengkap (konsentrat) yang telah dirumus bagi mengandungi semua nutrien yang diperlukan atau konsentrat biasa, Pemberian konsentrat biasanya diberi bersama dengan bahan serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian, contohnya pelepah kelapa sawit yang diracik, jerami padi atau rumput peram.batang jagung diracik atau dijeruk (silage) untuk mendapatkan zat serat. Walau apa pun kombinasi makanan yang diberikan kepada lembu fidlot, jumpah zat nutrien yang diperlukan bagi setiap peringkat tumbesaran lembu perlulah bagi menjamin kadar tumbesaran atau kenaikan berat badan harian yang tinggi. Pemberian makanan secara makanan lengkap sekali gus mestilah mengandungi kesemua zat-zat nutrien yang diperlukan, termasuk konsentrat, bahan serat, zat galian dan vitamin secukupnya. Kaedah ini disyorkan untuk projek fidlot berskala besar (komersil) kerana kesukaran mendapatkan unsur rumput atau serat. Bagi projek fidlot berskala kecil atau sederhana dimana pengusaha tidak sukar mendapatkan unsur serat, penggunaan kaedah kedua adalah lebih digalakkan. dalam kaedah ini, campuran bahan-bahan makanan biasa (konsentrat) diberi bersama sedikit serat seperti rumput atau lain-lain bahan sisa pertanian dan galian/garam jilat yang boleh disediakan sendiri dengan mudah dan pada kos yang lebih murah. Bagaimanapun, bagi kedua-dua kaedah yang dicadangkan tersebut, perlu dipastikan rangsum makanan lembu fidlot mengandungi tidak kurang daripada 15% kandungan serat setiap hari. Ini penting kerana ternakan ruminan memerlukan serat setiap hari. Faedah serat kepada ternakan kepada ternakan adalah seperti berikut:-
6.4 Bahan-Bahan Makanan Bagi kebanyakan ternakan, rupa bentuk bahan makanan yang diberikan tidak begitu kritikal, kecuali jika makanan tersebut berbau hapak atau tengek. Unsur yang penting didalam bahan makanan ternakan adalah perlu mengandungi zat-zat nutrien yang cukup. Campuran lengkap zat-zat nutrien yang cukup perlu ada dalam makanan ternakan pada kadar yang ditetapkan yang mampu dimakan oelh ternakan Jumlah kemampuan pengambilan ini sedikit sebanyak bergantung kepada jenis makanan dan khususnya kepda berat badan yang dicapai, seperti ditunjukkan di Jadual 3. Keperluan zat-zat nutrien lain oleh lembu fidlot juga boleh didapati dalam Jadual 3. Jenis-jenis bahan makanan yang boleh didapati adalah berbeza bergantung kepada persekitaran atau kawasan/daerah di negara ini. Kosnya juga adalah berbeza daripada suatu tempat dengan tempat yang lain, mengikut kawasan dimana bahan tersebut boleh didapati dengan banyak. Diantara contoh bahan-bahan makanan dan anggaran kandungan zat nutriennya adalah seperti ditunujkkan di Jadual 4.
Jadual 3 menunjukkan
keperluan harian zat nutrien dan kemampuan pengambilan bahan kering
makanan lembu fidlot:
Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis bahan makanan dan kandungan zat nutriennya :
6.5 Rangsum Makanan Lembu Fidlot Contoh kiraan suatu rangsum makanan unutk lembu fidlot adalah seperti ditunjukkan di Jadual 5: Seekor lembu fidlot, pada purata berat badan 200kg. memerlukan (rujuk Jadual 3) sebanyak 5.8 kg bahan kering makanan, 0.64 kg protein, 52.7Mj tenaga metabolisma dan tidak kurang daripada 15% atau 0.87 kg serat didalam rangsum makanan hariannya seperti kiraan berikut:-
Jadual 5 menunjukkan
contoh kiraan rangsum makanan unutk lembu fidlot:
Rangsum makanan seperti diatas adalah suatu contoh makanan lengkap lembu fidlotyang boleh diguna pakai sekiranya mahu. Jenis bahan-bahan makanan yang digunakan untuk kiraan dan penyediaan contoh rangsum makanan berkenaan, bagaimanapun boleh ditukar ganti dengan lain-lain jenis bahan yang boleh dan mudah diperolehi dengan memberikan kandungan nutrien yang serupa. Pemilihan bahan-bahan makanan yang senang dan boleh diperolehi serta yang ternurah diantara yang ada adalah penting. Untuk contoh yang diberikan ini, lembu fidlot hanya perlu diberi tambahan zat galian, terutamanya galian Kalsium (Ca) dan Fosforus (P), iaitu sebanyak masing-masing 14.5 gm dan 13.4 gm, bersamaan dengan campuran 45 gm Trikalsium fosfat dan 10 gm Kapur (Ground limstones) kedalam rangsum makanannya. Ia juga memerlukan garam biasa, anggaran sebanyak 30-40 gm sehari. Adalah lebih baik sekiranya campuran galian jilat disediakan sendiri kerana ianya lebih mudah dan murah, menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di negara ini. Contoh campuran galian jilat adalah seperti yang ditunjukkan di Jadual 6. Untuk lembu yang lain pula buatlah rumusan mengikut kaedah perumusan yang mudah bagi mendapatkan keperluan zat nutrien masing-masing, bergantung kepada berat badan lembu semasa.
Jadual 6 menunjukkan contoh
campuran garam jilat untuk lembu fidlot :
Campuran garam jilat ini dimasukkan kedalam palong kayu berukuran 30 sentimeter x 30 sentimeter dan diikat kepada tiang kandang dengan kuat dan biarkan lembu fidlot menjilat semahunya . Dijamin ternakan tidak akan memakannya berlebihan daripada yang diperlukan dan tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat kepada mereka. 6.6 Bahan Makanan Tambahan
i. Galian Jilat: ii. Blok Urea Molas (Urea Molasses Block) Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera. 6.7 Formulasi Makanan Untuk Lembu Fidlot Campuran makanan untuk lembu fidlot boleh dirumuskan menggunakan berbagai kaedah formulasi : secara mesin kira biasa atau menggunakan program-program komputer yang lebih tepat dan canggih. Pemakaian program komputer dapat menjamin campuran konsentrat yang menepati piawaian serta mengandungi segala zat nutrien yang diperlukan. i. Kaedah Formulasi Makanan Terdapat banyak kaedah formulasi yang boleh digunakan bagi mendapatkan campuran makanan atau rangsum unutk lembu fidlot, diantaranya ialah:
a) Kaedah Silang
(Pearson Square Method) ii. Contoh Kaedah Silang Kaedah Silang adalah suatu kaedah yang amat mudah digunakan dan amat praktikal. Suatu perkiraan rangsum dengan menggunakan kaedah ini amat ringkas, seperti ditunjukkan dibawah. Suatu contoh campuran menggunakan dedak isirong sawit (Protein - 16%) dan hampas sagu rumbia (Protein - 2.0%) disediakan untuk mendapatkan purata kandungan protein sebanyak 14%. Kaedah Silang digunakan untuk mendapatkan campuran ini, mengandunbgi 14% protein yang diperlukan diletakkan ditengah-tengah "Silang" seperti berikut :-
Contoh diatas mengjhasilkan kombinasi campuran dua bahan, iaitu dedak isirong sawit dan hampas sagu rumbia dengan kandungan protein sebanyak 14% seperti berikut:-
Dedak isirong sawit :
85%
Contoh yang sama boleh
digunapakai, menggunakan bahan-bahan yang lain untuk mendapatkan jumlah
protein atau tenaga seperti yang diperlukan. Jika diperhatikan
campuran diatas tidak temasuk bahan galian. Dengan mudah bahan
galian boleh dimasukkan kedalam campuran tersebut dengan mengurangkan
sedikit peratusan bahan-bahan diatas dan digantikan dengan bahan galian
seperti berikut:
Pada masa kini terdapat berbagai kaedah boleh digunapakai untuk mendapatkan formulasi yang lebih tepat, menggunakan lebih banyak bahan makanan dan menentukan ketepatan berbagai zat nutrien yang perlu. Program komputer sekarang mampu membuat apa saja formulasi dan boleh menepati apa saja kehendak pengguna.
6.8 Pemprosesan
Makanan Bahan-bahan makanan pula boleh dicampurkan menjadi makanan terumus atau dicampur sebati dan boleh diberikan kepada ternakan dalam bentuk abuk (mash), dipellet atau boleh juga dijadikan "wafer" atau ketulan empat segi berukuran 1" x 1" x 1" Untuk lembu fidlot adalah memadai jika makanan diberikan dalam bentuk abuk sahaja bagi menjimatkan kos. Makanan dalam bentuk abuk hanya memerlukan sebuah "mixer" yang tidak begitu mahal kosnya. 6.9 Jenis-Jenis Formulasi Makanan Lembu Fidlot. Contoh kombinasi beberapa campuran konsentrat yang boleh digunakan untuk lembu fidlot, dimana bersesuaian adalah sperti disenaraikan di Jadual 7. Jadual 7 menunjukkan contoh formulasi makanan untuk lembu fidlot:
Setiap daripada formula ini boleh memberikan cukup nutrien untuk lembu fidlot. Bahan-bahan didalam setiap formula tersebut perlu digaul rapi apabila dicampurkan. Sekiranya campuran digaul atau dibuat banyak sekali gus, campuran kemudiannya boleh dimasukkan ke dalam guni dan disimpan untuk digunakan kemudian. Jika alat mixer digunakan, campuran boleh dibuat untuk 1 tan, 2 atau 5 tan sekali dan tidak perlu dibuat setiap hari Secara praktikal, pemberian dan keperluan makanan kepada lembu fidlot tidah perlu disukat atau ditimbang setiap hari. Sebagai contoh, untuk lembu yang beratnya sekitar 200 kg yang memerlukan sebanyak 5.8kg makanan setiap hari, makanan boleh diberikan secara ad-libitium atau dibiarkan ia makan mengikut kemampuannya, asalkan ia mendapat cukup makanan setiap hari. Bagaimanapun, jangan dibiarkan makanan terdedah lama didalam palung makanan atau sehingga melimpah dan membazirkan. Jumlah keperluan makanan yang ditunjukkan di Jadual 3 itu adalah hanya sebagai panduan sahaja supaya jumlah makanan yang perlu diberikan dapat dianggarkan dengan cekap.
7.1 Sebelum Menerima Ternakan Pastikan kandang yang telah digunakan dibasmi kuman sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum ternakan dibawa masuk. Cucian kandang perlu menggunakan disinfektan (bahan basmi kuman). contoh disinfektan yang boleh digunakan :
Lindores Jadual 8 menunjukkan jenis-jenis ubat veterinar yang perlu disediakan untuk rawatan penyakit-penyakit yang lazim pada ternakan lembu fidlot:
7.2 Sewaktu Menerima Ternakan
Periksa ternakan untuk
mengesan luka atau kecederaan serta tanda-tanda penyakit seperti:- Asingkan ternakan yang menunjukkan tanda-tanda penyakit untuk rawatan segera atau mengambil sampel bagi tujuan kajian penyakit. Hubungi pejabat JPH terdekat untuk tujuan ini. Sediakan ubat antistress seperti jenis bancuhan dengan air. Contoh ubat antistress (Stress pak) 7.3 Semasa Tempoh Pemeliharaan Pastikan kebersihan kandang, palung makanan dalam keadaan bersih bagi mengelakkan jangkitan penyakit. Pastikan makanan sentiasa cukup khususnya kuantiti dan kualiti bagi meningkatkan tahap kesihatan dan mengelakkan penyakit-penyakit kurang zat makanan. Laksanakan program kesihatan yang berkaitan/perlu seperti berikut: i. Pemberian ubat cacing (deworming)
a. Tanda-tanda bebanan cacing seperti :
b. Ujian Fecal Egg Count (F.E.C)
Contoh anthelmintik (ubat cacing) yang boleh diguna dan diberi secara oral :
ii. Pembasmian kutu (Deticking)
iii. Rawatan
7.4 Penyakit-penyakit yang lazim a. Diarea (cirit-birit)
b. Pneumonia
d. Kembung (bloat)
Jadual 9 menunjukkan had-had parameter penting Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
Nota
: Piawaian A - Jika kolam hasil buangan fidlot terletak di dalam
kawasan tadahan
Jadual 10 menunjukkan ciri-ciri tahi lembu
Jadual 11 menunjukkan ciri-ciri air buangan ladang fidlot :
8.3 Pengolahan Sisa Buangan Pengurusan najis boleh dibahagikan kepada pengolahan sebagai "pepejal" atau "air buangan" Dalam pengolahan pepejal (solid handling), kuantiti air yang digunakan adalah minimum. Objektif utamanya adalah untuk menstabilkan tahi supaya boleh digunakan (contoh sebagai baja tanaman) tanpa risiko kesihatan/penyakit Apabila air buangan atau "slurry" telah terbentuk kerana pencairan, maka cara pengolahan air pula diperlukan untuk mengurangkan potensi pencemaran di sungai atau saliran i. Pembuatan Kompos Di ladang ternakan yang mempunyai sistem untuk mengumpulkan najis, pembuatan kompos boleh dilakukan sebagai saru cara untuk mengawal pencemaran. Proses kompos melibatkan aktiviti mengurai bahan organik secara aerobik dan termofilik sehingga terdapat humus yang agak stabil. Suhu kompos yang tinggi akan memusnahkan organisma patogen, benih rumput dan juga larva serangga. Kompos merupakan sumber baja tanaman yang tahan lama. Penguraian yang berlaku dalam proses pembentukan kompos memudahkan tanaman menyerap nutrien yang telah dipertingkatkan. Nutrien akan diserap ke dalam akar tumbuhan secara perlahan jika dibandingkan dengan baja kimia yang mudah dilarut lesap Di samping itu, baja kompos juga boleh memperbaiki keadaan tanah yang berpasir atau tanah liat bagi memberi pengudaraan kepasa akar tanaman. Pengairan didalam tanah juga boleh diperbaiki supaya air tidak bertakung. Satu cara yang mudah untuk membuat kompos daripada najis yang berbentuk pepejal ialah dengan mengumpulkan najis supaya menjadikan satu longgokan yang berukuran 1.5m tinggi, 2m lebar dan 2m panjang. Proses pembentukan kompos dipengaruhi oleh beberapa faktor utama termasukklah kandungan lembapan, pengudaraan dan nisbah karbon nitrogen. Kandungan lembapan yang sesuai untuk pembuatan kompos ialah antara 40% dan 60% Jika bahan mentah terlalu kering, air boleh disiramkan. Jika terlalu basah pula, keadaan anaerobik akan terjadi. Untuk mengetahui samada kandungan lembapan mencukupi atau tidak ialah dengan meramaskan bahan tersebut dengan tangan. Jika bahan kompos melekat pada tangan, kandungan lembapan boleh dikatakan terlalu tinggi. Sekiranya bahan itu peroi, ini menunjukkan bahawa kandungan air sudah mencukupi. Pengudaraan diperlukan untuk membekalkan oksigen bagi mikroorganisma aerobik. Pengudaraan boleh dilakukan dengan membalikkan longgokan atau menggunakan kaedah mekanikal. Pada minggu yang pertama dan kedua, kompos perlu dibalikkan setiap tiga hari sekali. Ini adalah kerana suhu yang tinggi boleh menurunkan kuantiti oksigen yang terdapat dalam longgokan tersebut. Pembalikan selanjutnya dibuat hanya semiggu sekali hingga kompos menjadi matang. Kompos akan matang dalam tempoh 40-60 hari jika keadaan sesuai. Pengudaraan secara mekanikal boleh menyingkatkan masa yang diperlukan kepada 2-3 minggu. Pengudaraan secara mekanikal boleh dilakukan dengan mengepamkan udara ke dalam longgokan atau menggunakan jentera untuk membalikkan longgokan. ii. Sistem Lagun Untuk Pengolahan Air Buangan Salah satu kaedah bagi mengurangkan pencemaran air buangan ialah dengan menggunakan sistem lagun. Pengurangan bahan pencemar berlaku melalui dua proses, iaitu pengenapan pepejal dan penstabilan bahan organik. Beberapa jenis lagun berbentuk bergantung kepda ejnis-jenis penjelmaan biologi. a. Lagun Aerobik
b. Lagun Yang Diudarakan
c. Lagun Fakultatif
d. Lagun Anaerobik
iii. Pengeluaran Biogas Pencernaan anaerobik yang dapat menghasilkan biogas juga boleh mengurangkan BOD air buangan, Biogas ialah satu bahan bakar yang boleh digunakan untuk memasak dan memasang lampu. Nilai kalori biogas lebih tinggi daripada kayu dan arang. Biogas ialah gas yang dihasilkan oleh mikrob apabila bahan organik mengalami proses fermentasi dalam satu keadaan anaerobik yang sesuai daripada segi sushu, kandungan kelembapan dan keasidan. Komponen utama biogas ialah metana (CH4)(60 - 70%) dan karbon dioksida (CO2). Selain daripada gas tersebut, biogas mengandungi sedikit hidrogen sulfida, nitrogen, hydrogen dan karbon monoksida. Untuk menghasilkan biogas, logi atau alat penghadam diperlukan. Ianya merupakan satu tanki tempat proses fermentasi dijalankan. Penghadaman mestilah berlaku didalam keadaan tidak telap udara dan tidak telap air. Alat penghadam boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut cara bahan baungan tersebut dimasukkan ke dalam penghadam, iaitu samada secara berperingkat (batch-fed) atau secara berterusan (continuous-fed) Dalam penghadaman secara berperingkat, bahan mentah dimasukkan sekali gus sehingga penuh, kemudian alat penghadam ditutup untuk proses fermentasi dan pengelauran gas. Lama kelamaan, pengeluaran biogas akan berkurangan dan akhirnya berhenti disebabkan kekurangan bahan mentah. Pada masa itu, penghadam dikosongkan dan kemudian dipenuhkan semula dengan bahan mentah yang baru. Dalam penghadaman secara berterusan, alat penghadam pada mulanya dipenuhkan dengan bahan mentah, kemudian sejumlah bahan mentah yang tertentu dimasukkan setiap hari. Bahan harian akan mengeluarkan bahan yang telah dihadam bersamaan dengan isipadu yang dimasukkan. Tangki gas juga diperlukan untuk menyimpan biogas. Tangki gas dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tangki tetap (fixed dome gas holder) dan tangki terapung (floating gas holder) Dalam tangki tetap, alat penghadam juga digunakan sebagai penyimpan gas. Isipadu kebuk penyimpan tersebut (Iaitu bahagian di atas aras bahan yang di fermentasikan) tetap dan tidak berubah mengikut isipadu gas yang ada. Tangki terapung pula boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama ialah tangki yang diletakkan di atas bahan mentah yang sedfang berfermentasi di dalam alat penghadam. Jenis kedua ialah tangki yang diletakkan di atas air dalam satu tangki yang berasingan. Tiang-tiang penunjuk perlu digunakan supaya tangki terapoung tidak senget. iv. Kegunaan Keladi Bunting Salah satu daripada cara mengurangkan potensi pencemaran air buangan ialah menggunakan tumbuhan seperti keladi bunting. Keladi bunting (Eichornia crassipes) didapati boleh mengurangkan BOD air buangan. Tumbuhan ini boleh digunakan bersama sistem lagun. Di samping mengawal pencemaran, hasil biojisim (dianggarkan sebanyak 66 tan.ha tahun) boleh diperolehi. Keladi bunting boleh digunakan sebagai makanan ternakan, atau dikomposkan bersama-sama dengan najis ternakan. v. Integrasi Dengan Pengeluaran Ikan Pengeluaran ikan yang menggunakan najis ternak (itik, ayam dan babi) telah lama dipraktikkan di Asia. Kajian menunjukkan bahawa najis ruminan juga boleh digunakan untuk pengeluaran ikan. Satu sistem integrasi yang melibatkan kambing dan ikan berdasarkan 400 ekor kambing/ha dapat menghasilkan sebanyak 5.5 hingga 7 tan/ha tahun. Sebahagian daripada najis ternakan yang dipelihara secara intensif boleh digunakan di dalam kolam ikan. Pengusaha yang berminat menggunakan sistem berkenaan boleh merujuk kepada pihak yang pakar seperti Jabatan Perikanan atau Technology Park Malaysia (TPM) yang juga ada menjalankan kajian secara saintifik dalam teknologi integrasi ternakan dengan pengeluaran ikan. vi. Sistem Bersepadu Kawalan pencemaran di sesuatu ladang ternakan tidaklah terhad kepada satu cara pengolahan sahaja. Sistem bersepadu yang merangkumi beberapa kaedah adalah digalakkan. Prinsip yang harus diamalkan ialah dengan menganggap najis/tahi ternakan sebagai bahan mentah sekunder dan menggunakan sumber-sumber lain yang terdapat di ladang ternakan secara maksimum. Satu contoh sistem bersepadu ialah sebagaimana yang ada diamalkan di Filipina. Di ladang tersebut, najis ternakan digunakan untuk pengeluaran biogas yang digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu, pam, alat-alat pembancuh dan penghancur di kilang makanan dan juga alat pembakar. Selepas pencernaan anaerobik, sistem lagun digunakan sebagai baja untuk tanaman. Sebahagian daripada enapcemar juga digunakan sebagai bahan makanan. vii. Pengeringan Pengeringan ialah pembuangan air yang terdapat pada najis untuk menghalang aktiviti mikrob supaya menghasilkan bahan sampingan (berbentuk baja atau humus) yang stabil dan berisipadu rendah. Kos input bagi kaedah ini adalah tinggi kerana tenaga (bahan bakar) yang banyak diperlukan untuk menurunkan kelembapan daripada najis. Untuk menghasilkan satu kilogram najis kering daripada najis/tahi lembu, pembaungan air sebanyak 54.2 loter dikehendaki, ini tidak termasuk air basuhan. Pengeringan boleh dilakukan dalam tanur pengering. Berbagai-bagai jenis alat pengeringan tersebut boleh didapati dalam pasaran. Walau bagaimanapun, oleh sebab kos modal yang sangat tinggi penggunaan cara ini adalah kurang ekonomik, kecuali sekiranya ladang fidlot diusahakan secara komersil (besar-besaran) dan hasil baja dapat dijual dengan harga yang agak tinggi. viii. Penunuan Penunuan atau insinerasi ialah proses pembakaran najis sehingga bahan organik yang asal dijadikan gas-gas dan abu. Cara ini tidak memerlukan kawasan yang besar, tetapi mempunyai dua kelemahan. Pertama, kos modal yang amat tinggi dan kedua, tidak ada peluang untuk menghasilkan bahan sampingan (baja atau humus). Kaedah punuan hanya boleh dipertimbangkan apabila kaedah-kaedah lain tidak dapat diamalkan secara pratikal.
8.4 Penggunaan Enapcemar Enapcemar yang terdapat selepas sistem pengolahan najis biasanya digunakan untuk salah satu daripada kegunaan berikut:-
Rajah C menunjukkan lakaran plan susunatur dan rekabentuk lagun (oxidation pond) untuk pengolahan air buangan fidlot
9.0 EKONOMI
Kajian dan penelitian mengenai aspek-aspek diatas sangat perlu terutamanya dalam menentukan dayamaju projek, seterusnya membuat keputusan untuk membuat pelaburan dalam bidangusaha ternakan lembu fidlot atau sebaliknya.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
JADUAL 12
Parameter digunakan untuk pengiraan ekonomi Lembu Fidlot
Parameter Input anak lembu 200 ekor pusingan Bilangan pusingan pemeliharaan 6 ekor pusingan Purata tempoh pemeliharaan 200 kali setahun Purata berat awal anak lembu 200 hari Purata berat akhir lembu 350 kg Purata kenaikan berat 0.75 kg Kadar kematian 2% Harga jualan (ex-farm) RM5.00 kg/hari Purata pengambilan makanan (PKC) 6 se kg Purata pengambilan makanan (bahan lain) 1 kg/ekor/hari Purata pengambilan foder (Napier) 10 kg/ekor/hari Harga anak lembu RM1,000.00 seekor Harga makanan PKC RM 0.30 se kg Harga purata kesemua bahan makanan RM0.32 se kg Garam 5.00 seekor/pusingan Vitamin 4.00 seekor.pusingan Perubatan 2.00 seekor/pusingan Tenaga kerja 23.17 seekor/pusingan Utiliti & Bahanapi 4.28 seekor/pusingan Pembaikan dan senggaraan 6.92 seekor/pusingan Baja & bahan kimia 1.70 seekor/pusingan Pelbagai 15.55 seekor/pusingan Belanja pengurusan 12.73 seekor/pusingan Kos Modal/Pelaburan Sewa tanah RM12,000 Persediaan tapak RM8,000 Penanaman foder RM10,000 II Prasarana Kandang RM70,000.00 Kuarters pekerja RM30,000.00 Kandang pengendalian (Control yard) RM10,000.00 Ambin pemungahan (Loading ram) RM5,000.00 Stor RM12,000.00 Tangki air RM6,000.00 Perpaipan RM7,000.00 Rumah pam RM1,000.00 Jalan & Pemagaran RM5,000.00 Sistem pembuangan najis RM15,000.00 III Mesin & peralatan Pam air RM1,800.00 Alat penimbang RM 12,000.00 Traktor RM40,000.00 Gerabak pengangkut makanan (Feeding wag) RM15,000.00 Pemotong rumput (chopper) RM7,000.00 Peralatan-peralatan lain RM5,000.00
PROJEK : LEMBU FIDLOT JADUAL 13(a) JADUAL 1 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN
Parameter teknikal 200 ekor / 2 bulan Baka Kacukan Kemasukan ternakan 200 kg
Kadar tumbesaran 0.75 kg/hari Berat awal 350 kg Tempoh penternakan 200 hari Berat akhir 2% Kadar kematian JADUAL 1.1 : ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN ( BULANAN )
PUSINGAN/BULAN 1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 1 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 0 3 200 197 196 0 0 0 0 0 0 0 4 200 197 196 0 0 0 0 0 0 5 200 197 196 0 0 0 0 0 6 200 197 196 0 0 0 0 7 200 197 196 0 0 0 8 200 197 196 0 0 9 200 197 196 0 10 200 197 196 11 200 197 12 200 PENGELUARAN 0 0 0 196 196 196 196 196 196 196 196 196 JUMLAH STOK 200 397 593 593 593 593 593 593 593 593 593 593
JADUAL 1.2 : UNJURAN ALIRAN FIZIKAL TERNAKAN (TAHUNAN)
| JADUAL 13(b) | ||||||||||
| Tahun | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 |
| Jumlah Pembelian (ekor) | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 | 1200 |
| Stok akhir (ekor) | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 | 593 |
| Jumlah kematian (ekor) | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 | 18 |
| Jumlah jualan (ekor) | 589 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 | 1178 |
| Jumlah jualan (kg) | 206227 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 | 412453 |
| Jumlah kenaikan berat badan (kg) | 142748 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 | 172453 |
PROJEK : LEMBU FIDLOT
JADUAL 2 : UNJURAN ALIRAN TUNAI
TAHUN
| JADUAL 14(a) | |||||||||||||||||
| A. | TUNAI MASUK | Berat (kg) | harga/unit | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | |||
| 1. | Jualan | 350 | RM 5.00 | RM/kg | 0 | 1031134 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | |
| 2 | Nilai lupus | ||||||||||||||||
| Jumlah Tunai masuk | 0 | 1031134 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 202267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2854872 | |||||
| B | TUNAI KELUAR | ||||||||||||||||
| B1 | KOS MODAL | Kuantiti | |||||||||||||||
| 1 | Sewa tanah | 12 | 1000 RM/ekar | 12000 | |||||||||||||
| 2 | Persediaan tapak | 10 | 800 RM/ekar | 8000 | |||||||||||||
| 3 | Penamanan foder | 10 | 1000 RM/ekar | 10000 | |||||||||||||
| II Prasarana | |||||||||||||||||
| 1 | Kandang | 70000 | |||||||||||||||
| 2 | Kuarters pekerja | 30000 | |||||||||||||||
| 3 | Kandang pengendalian (Control yard) | 10000 | |||||||||||||||
| 4 | Ambin pemungahan (Loading ram) | 5000 | |||||||||||||||
| 5 | Stor | 12000 | |||||||||||||||
| 6 | Tangki air | 6000 | |||||||||||||||
| 7 | Perpaipan | 7000 | |||||||||||||||
| 8 | Rumah pam | 1000 | |||||||||||||||
| 9 | Jalan & Pemagaran | 5000 | |||||||||||||||
| 10 | Sistem pembuangan najis | 15000 | |||||||||||||||
| III | Mesin dan peralatan | ||||||||||||||||
| 1 | Pam air | 1800 | 18000 | ||||||||||||||
| 2 | Alat penimbang | 12000 | 12000 | ||||||||||||||
| 3 | Traktor | 40000 | |||||||||||||||
| 4 | Gerabak pengangkut makanan (Feeding wagon) | 15000 | |||||||||||||||
| 5 | Pemotong rumput (chopper) | 7000 | 7000 | ||||||||||||||
| 7 | Peralatan-peralatan lain | 5000 | 5000 | ||||||||||||||
| 8 | Jumlah Kos Modal | 271800 | 0 | 0 | 0 | 0 | 25800 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | |||||
| JADUAL 14(b) | |||||||||||||||||
| B.2 | KOS OPERASI | ||||||||||||||||
| 1 | Anak Lembu | 200 | RM 5.00 | RM/kg | 0 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | ||
| 2 | Makanan lembu | 1 | RM0.32 | RM/kg | 0 | 383078 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | ||
| Garam | 1 | 5 | RM/ekor | 0 | 4129 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | |||
| Vitamin | 1 | 4 | RM/ekor | 0 | 3540 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | |||
| Perubatan | 1 | 2 | RM/ekor | 0 | 1870 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | |||
| Tenaga kerja | 1 | 3000 | RM/bulan | 0 | 39000 | 40950 | 42998 | 45147 | 47405 | 49775 | 52264 | 54877 | 57621 | 60502 | |||
| Utiliti & Bahapi | 500 | RM/bulan | 0 | 6000 | 6300 | 6615 | 6946 | 7293 | 7658 | 8041 | 8443 | 8865 | 9308 | ||||
| Pembaikan | 8154 | 8154 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | |||||||
| Baja & Bahan kimia | 250 | RM/ekar/th | 0 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | ||||
| Pelbagai | 0 | 16483 | 17988 | 18039 | 18064 | 18090 | 18117 | 18146 | 18176 | 18208 | 18241 | ||||||
| Pengurusan | 0 | 20000 | 20000 | 20000 | 20000 | 20000 | 24000 | 24000 | 24000 | 25000 | 25000 | ||||||
|
Jumlah kos operasi |
0 | 1684753 | 1836795 | 1841927 | 1844432 | 1847063 | 1853825 | 1856725 | 1859771 | 1863968 | 1867326 | ||||||
| Jumlah Tunai Keluar (B1 + B2) | 271800 | 1684753 | 1836795 | 1841927 | 1844432 | 1872863 | 1853825 | 1856725 | 1859771 | 1863968 | 1867326 | ||||||
| C | Aliran Tunai Bersih | - | - | ||||||||||||||
| Lebihan/Kurangan | -271800 | -653619 | 225472 | 220341 | 217835 | 189404 | 208442 | 205542 | 202497 | 198299 | 987546 | ||||||
| Lebihan/Kurangan Terkumpul | -271800 | -925419 | -699947 | -479607 | -261772 | -72367 | 136075 | 341617 | 544114 | 742412 | 1729959 | ||||||
| D | DAYAMAJU KEWANGAN (TANPA PINJAMAN) | ||||||||||||||||
| KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) | 20.63% | ||||||||||||||||
| NILAI KINI BERSIH (NBK) |
NISBAH FAEDAH KOS |
||||||||||||||||
|
df |
(NPV) |
(NFK) |
|||||||||||||||
| 10.00% | RM 486,106.97 | 1.07 | |||||||||||||||
| 15.00% | RM 198,239.55 | 1.05 | |||||||||||||||
| JADUAL 14(c) | |||||||||||||||||
| E |
Pinjaman |
80% | 217440 | ||||||||||||||
|
Bayaran balik pinjaman (5 tahun) |
43488 | 43488 | 43488 | 43488 | 43488 | ||||||||||||
| Bayaran Faedah (baki akhir) | 4% | 8697.6 | 6958.08 | 5218.56 | 3479.04 | 1739.52 | |||||||||||
| Jumlah bayaran balik Pinjaman | 52185.6 | 50446.08 | 48706.56 | 46967.04 | 45227.52 | ||||||||||||
| F. | Jumlah kos termasuk pinjaman | 271800 | 1736938 | 1887241.38 | 1890633 | 1891399.1 | 1918090 | 1853825 | 1856725 | 1859771 | 1863968 | 1867325.85 | |||||
| G | Hasil (dengan pinjaman) | 217440 | 1031133.6 | 2062267.2 | 2062267 | 2062267.2 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2854872.2 | |||||
| H | Lebihan/kurangan (dengan pinjaman) | -54360 | -705805 | 175026 | 171634 | 170868 | 144177 | 208442 | 205542 | 202497 | 198299 | 987546 | |||||
| I | Lebihan/Kurangan terkumpul (dengan pinjaman) | -54360 | -760165 | -585139 | -413505 | -242636.8 | -98459.9 | 109982.4 | 315524.2 | 518020.7 | 716319.6 | 1703865.97 | |||||
| J | DAYAMAJU KEWANGAN (DENGAN PINJAMAN) | ||||||||||||||||
| KADAR PULANGAN DALAMAN (KPD) | 23.33% | ||||||||||||||||
|
df |
NILAI KINI BERSIH (NKB) | NISBAH FAEDAH KOS | |||||||||||||||
| NPV |
(NFK) |
||||||||||||||||
|
10% |
514790 | 1.05 | |||||||||||||||
|
15% |
243937 | 1.03 | |||||||||||||||
| JADUAL 15 | |||||||||||||||||
| JADUAL 3 : UNJURAN PENYATA PENDAPATAN | |||||||||||||||||
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | ||||||||
| A | JUALAN | 1031134 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | 2062267 | ||||||
| B | KOS JUALAN | ||||||||||||||||
| + Stok permulaaan | 0 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | |||||||
| +Pembelian | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | 1200000 | |||||||
| - Stok Akhir | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | 792605 | |||||||
| C | UNTUNG KASAR | 623739 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | 862267 | ||||||
| D | KOS OPERASI | ||||||||||||||||
| D1 | Kos Tetap (Susutnilai) | ||||||||||||||||
| Sewa tanah & foder | 10% | /tahun | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | 3000 | |||||
| Bangunan & Prasarana | 5% | /tahun | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | 8050 | |||||
| Mesin dan peralatan | 20% | /tahun | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | 5160 | |||||
| Traktor & gerabak | 10% | /tahun | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | 5500 | |||||
| Jumlah kos tetap | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | 21710 | |||||||
| D2 | Kos langsung | ||||||||||||||||
| 1 | Makanan lembu | 383078 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | 527940 | ||||||
| 2 | Garam | 4129 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | 5892 | ||||||
| 3 | Vitamin | 3540 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | 4714 | ||||||
| 4 | Perubatan | 1870 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | 2357 | ||||||
| 5 | Tenaga kerja | 39000 | 40950 | 42998 | 45147 | 47405 | 49775 | 52264 | 54877 | 57621 | 60502 | ||||||
| 6 | Utiliti dan Bahanapi | 6000 | 6300 | 6615 | 6946 | 7293 | 7658 | 8041 | 8443 | 8865 | 9308 | ||||||
| 7 | Pembaikan | 8154 | 8154 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | 10872 | ||||||
| 8 | Baja & bahan kimia | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | 2500 | ||||||
| 9 | Pelbagai | 16483 | 17988 | 18039 | 18064 | 18090 | 18117 | 18146 | 18176 | 18208 | 18241 | ||||||
| 10 | Faedah pinjaman | 8698 | 6958 | 5219 | 3479 | 1740 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | ||||||
| Jumlah kos langsung | 473450 | 623753 | 627145 | 627911 | 628802 | 629825 | 632725 | 635771 | 638968 | 642326 | |||||||
| D3 | Kos pengurusan | 20000 | 20000 | 20000 | 20000 | 20000 | 24000 | 24000 | 24000 | 25000 | 25000 | ||||||
| Jumlah kos operasi (D1 + D2 + D3 ) | 515160 | 665463 | 668855 | 669621 | 670512 | 675535 | 678435 | 681481 | 685678 | 689036 | |||||||
| UNTUNG / RUGI (C-D) | 108578 | 196804 | 193412 | 192646 | 191755 | 186732 | 183832 | 180787 | 176589 | 173231 | |||||||
PROJEK : LEMBU FIDLOT
JADUAL 4 : ANALISIS KEPEKAAN
JADUAL 16
| KPD % |
NKB@10% (RM) |
NFK | Tempoh pulang balik modal (tahun) | |||
| 1 | Harga jualan lembu | + 10% | 44.54% | 1,580,645.00 | 1.18 | 3.90 |
| (tanpa pinjaman) | - 10% | - 3.89% | (608,431.00) | 0.96 | 9.02 | |
| (dengan pinjaman) | + 10% | 55.77% | 1,609,329.00 | 1.15 | 2.80 | |
| - 10% | - 449.00% | (579,749.00) | 0.95 | tiada | ||
| 2 | Kos anak lembu | + 10% | 5.98% | (190,912.00) | 1.01 | 9.50 |
| (tanpa pinjaman) | - 10% | 36.79% | 1,163,126.00) | 1.15 | 3.40 | |
| (dengan pinjaman) | + 10% | 6.18% | (162,229.00) | 0.99 | 9.45 | |
| - 10% | 45.41% | 1,191,810.00 | 1.12 | 1.20 | ||
| 3 | Kos makanan lembu | + 10% | 14.34% | 200,343.00 | 1.04 | 7.20 |
| (tanpa pinjaman) | - 10% | 27.06% | 771,870.00 | 1.10 | 4.30 | |
| (dengan pinjaman) | + 10% | 15.74% | 229,027.00 | 1.02 | 7.30 | |
| - 10% | 31.35% | 800,554.00 | 1.08 | 4.30 | ||
| 4 | Kos tenaga pekerja | + 10% | 20.05% | 449,465.00 | 1.07 | 5.5 |
| (tanpa pinjaman) | + 20% | 21.21% | 512,748.00 | 1.07 | 5.3 | |
| (dengan pinjaman) | + 10% | 22.62% | 488,149.00 | 1.05 | 5.6 | |
| + 20% | 24.05% | 541,432.00 | 1.05 | 5.4 | ||
| Parameter asal (tanpa pinjaman) | 20.63% | 486,106.00 | 1.07 | 5.6 | ||
| Parameter asal (dengan pinjaman) | 23.33% | 514,790.00 | 1.05 | 5.5 | ||
PROJEK : LEMBU FIDLOT
JADUAL 5 : ANALISIS MARGIN KASAR
| Kemasukan ternakan | 200 ekor/ 2 bulan | Baka | Kacukan |
| Berat permulaan | 200 kg | Kadar tumbesaran | 0.75 kg/hari |
| Berat akhir | 350 kg | Tempoh pemeliharaan | 200 hari |
| Kadar kematian | 2% |
JADUAL 17
| Unit | Kuantiti | Harga/unit | RM/ekor/pusingan | |||
| A. | HASIL | |||||
| Jualan lembu fidlot | kg/ekor | 343 | 5.00 | 1715.00 | ||
| B | KOS BERUBAH | |||||
| B1 | Feeder Cattle | kg/ekor | 200 | 5.00 | 1000.00 | |
| B2 | Pembelian makanan | kg/ekor | 1400 | 0.32 | 448.00 | |
| B3 | Garam | "lump sum" | 5892 | 5.00 | ||
| B4 | Vitamin | "lump sum" | 4714 | 4.00 | ||
| B5 | Perubatan | "lump sum" | 2357 | 2.00 | ||
| B6 | Tenaga kerja | "lump sum" | 40950 | 34.75 | ||
| B7 | Utiliti & Bahanapi | "lump sum" | 6300 | 5.35 | ||
| B8 | Pembaikan dan senggaraan | "lump sum" | 8154 | 6.92 | ||
| B9 | Baja dan Bahan kimia | "lump sum" | 2500 | 2.12 | ||
| B10 | Pelbagai | "lump sum" | 17988 | 15.26 | ||
| B11 | Belanja pengurusan | "lump sum" | 20000 | 16.97 | ||
| B12 | Kos faedah pinjaman | 5219 | 4.43 | |||
| Jumlah kos berubah | 1544.80 | |||||
| C | MARGIN KASAR | RM/ekor | 170.20 | |||
| D | JUMLAH MARGIN KASAR | RM/ladang/tahun | 204,239.37 |
| 10.0 PENUTUP
|