![]() |
Gazet Di Bawah Ordinan Binatang, 1953 |
|
[
Flu Unggas ]
[
Strangles ]
|
|
| Flu Unggas | |
|
|
|
| Bahawasanya, penyakit flu unggas wujud di Negeri Kelantan dan boleh dibawa masuk ke dalam Negeri Perak Darul Rdizuan: | |
| Dan bahawasanya, adalah menjadi hasrat untuk mencegah merebaknya flu unggas di Negeri Perak Darul Ridzuan: | |
| Maka, oleh yang demikian, saya Dato' Seri Diraja *Dr.) Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Binatang 1953 [Ord. 17/1953], mengisytiharkan seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan menjadi suatu kawasan kawalan flu unggas; | |
| Dan bagi maksud tersebut, melarang pengalihan dan pergerakan apa-apa burung atau karkas, atau bahagiannya (termasuk tahi, bulu, organ dan benda yang lain seumpamanya) --- | |
| (a) masuk
ke dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, kecuali dengan kebenaran bertulis
Pengarah Negeri Perkhidmatan Veterinar di Semenanjung Malaysia di tempat
pengalihan dan pergerakan burung atau karkas, atau bahagiannya (termasuk
tahi, bulu, organ dan benda lain yang seumpamanya) berasal; dan
(b) keluar dari Negeri Perak Darul Ridzuan jika burung atau karkas, atau bahagiannya (termasuk tahi, bulu, organ dan benda lain yang seumpamanya) berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan atau di antara tempat-tempat di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, kecuali dengan kebenaran bertulis Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak Darul Ridzuan. |
|
| Bertarikh
4 Oktober 2004. DATO' SERI
DIRAJA (DR.) MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI |
|
|
|
|
| Strangles | |
|
|
|
| Bahawasanya telah disahkan bahawa penyakit strangles sedang menghinggapi kuda di dalam kawasan National Stud Farm, Tanjung Rambutan, dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak. | |
| Maka oleh yang demikian, saya, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Haiwan 1953 [Bil. 17 Tahun 1953] dengan ini mengisytiharkan seluruh kawasan Mukim Ulu Kinta dan daerah Kinta, Perak sebagai kawasan wabak strangles dan melarang pergerakan kuda dan bangkai atau dagingnya di dalam, ke dalam atau keluar dari Mukim dan Daerah tersebut kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak atau mana-mana orang yang ditugaskan bagi maksud itu. | |
DATO' SERI
DIRAJA MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI |
|
|
|
|
| Anjing Gila | |
ORDINAN BINATANG 1953
(Ord.17/53)
PERINTAH DI BAWAH SUBSEKSYEN 42(1)
| Ord.17/53 | Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Subseksyen 42(1) Ordinan Binatang 1953, saya, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, membuat perintah berikut: |
| Nama | 1. Perintah ini boleh dinamakan Perintah Pemvaksinan Anti- Penyakit Anjing Gila (Hulu Perak). |
| Penyerahan anjing untuk suntikan | 2. Semua anjing di Daerah Hulu Perak hendaklah diserahkan untuk pemvaksinan penyakit anjing gila pada masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak Darul Ridzuan. |
| Bertarikh
29 April 2003. DATO' SERI
DIRAJA MOHAMAD TAJOL ROSLI BIN GHAZALI |
|
|
|
|
ORDINAN HAIWAN 1953
(Bil. 17 Tahun 1953)
PERINTAH DI BAWAH SUBSEKSYEN 36(1)
| Bahawasanya, penyakit viral ensefalitis adalah suatu penyakit yang dihidapi oleh haiwan di dalam Negeri Perak; | |
| Dan bahawasanya, adalah perlu untuk mengawal dan membasmikan penyakit viral ensefalitis di dalam Negeri Perak; | |
| Oleh yang demikian, saya, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Ramli bin Ngah Talib, Menteri Besar Negeri Perak, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Haiwan 1953 mengisytiharkan Negeri Perak sebagai suatu kawasan dijangkiti, kawasan kawalan dan kawasan pembasmian penyakit viral ensefalitis; | |
| Dan bagi maksud itu,
melarang - (a) pemindahan haiwan atau bangkai atau mana-mana bahagiannya sama ada ke dalam atau daripada Negeri Perak atau antara mana-mana tempat di dalam Negeri Perak; (b) penyembelihan haiwan; (c) penjualan atau penyimpanan bangkai; (d) penjualan, penyimpanan atau penternakan haiwan, kecuali dengan kebenaran bertulis Pengarah Perkhidmatan Haiwan, Negeri Perak; dan seterusnya: (i) menghendaki penghantaran haiwan untuk pemeriksaan (termasuk pengambilan darah, susu, air kencing atau apa-apa bahan lain daripada haiwan), memvaksin, mentatu atau sebaliknya penandaan haiwan; (ii) mengarahkan pemusnahan mana-mana haiwan yang menghidapi atau dipercayai secara munasabah telah dijangkiti atau disyaki bersentuhan dengan haiwan yang dijangkiti penyakit viral ensefalitis; (iii) mengarahkan penutupan atau pemusnahan mana-mana premis atau struktur. 2. Perintah ini hendaklah berkuatkuasa mulai 22 Mac 1999. |
|
Bertarikh 31st March 1999. JPH.Pk. 1/95/8(6); PU.PK.67/71-12.] TAN SRI DATO' SERI (DR.) RAMLI BIN NGAH TALIB, |
|
|
|
|
Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Veterinar 1995
ORDINAN BINATANG-BINATANG
1953
PERINTAH DI BAWAH SEKSYEN
82
| Ord.17/53 |
Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 82 Ordinan Binatang-Binatang 1953, Menteri Besar Perak membuat kaedah-kaedah yang berikut bagi pengurusan Pusat-Pusat Veterinar dalam Negeri Perak: |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Nama dan mula kuatkuasa |
1.Kaedah-kaedah ini boleh dinamakan Kaedah-Kaedah Pusat Veterinar 1995 dan hendaklah berkuasa pada tarikh ia disiarkan dalam Warta. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kemasukan ke Pusat Veterinar |
2. (1) Apa-apa binatang atau burung boleh, mengikut budi bicara Pegawai
Veterinar, dimasukkan ke Pusat Veterinar. (2) Apa-apa rawatan atau penumpangan binatang-binatang di Pusat Veterinar adalah atas risiko pemunyanya. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Fee |
3. (1) Fee-fee yang dikenakan untuk mendapatkan rawatan, makanan dan
penginapan, dan lain-lain perkhidmatan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan
dalam Jadual. (2) Fee dua kali ganda boleh dikenakan pada cuti umum atau, di luar waktu pejabat. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Budi bicara Pegawai Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar untuk mengurangkan dan mengetepikan fee | 4.Pembayaran fee-fee boleh dikurangkan atau diketepikan mengikut budi bicara Pegawai Veterinar atau Penolong Pegawai Veterinar jika dia berpuas hati bahawa penternak atau tuanpunya binatang adalah miskin dan tak berupaya untuk membayar fee-fee tersebut. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| P.T.M/GN 997/49 Dimansuhkan | 5. Warta Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu GN. No.97 tahun 1949 adalah dengan ini dimansuhkan. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| JADUAL |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Bertarikh
pada 20hb Januari 1996. [PSUK.Pk. (BPK)/A.355/9/4-1] TAN SRI DATO'
SERI (DR.) RAMLI BIN NGAH TALIB, |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
ORDINAN BINATANG-BINATANG
1953
(Bil.17 Tahun 1953)
PERINTAH BINATANG-BINATANG
(PENGISYTIHARAN KAWASAN PENGAWALAN DAN
PEMBASMIAN PENYAKIT BRUCELLOSIS) 2007
| IPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Binatang-Binatang 1953 [Ord.17/1953], saya, Dato' Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan adalah dengan ini membuat Perintah yang berikut: | |
| Nama | 1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Binatang-Binatang (Pengisytiharan Kawasan Pengawalan dan Pembasmian Penyakit Brucellosis) 2007. |
| Pengisytiharan kawasan pengawalan dan pembasmian penyakit Brucellosis | 2. Negeri Perak adalah diisytiharkan menjadi kawasan pengawalan dan pembasmian penyakit Brucellosis. |
| Penyerahan ternakan untuk pemeriksaan dan suntikan | 3. Semua ternakan di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan adalah dikehendaki diserahkan untuk pemeriksaan dan suntikan bagi melawan penyakit Brucellosis pada masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Pengarah Perkhidmatan Haiwan Perak. |
| Bertarikh pada
16 Ogos 2007. DATO' SERI DIRAJA MOHAMAD
TAJOL ROSLI BIN GHAZALI |
|
|
|
|
ORDINAN BINATANG 1953
(Ord.17/53)
PERINTAH KAWASAN KAWALAN DAN PEMBASMIAN PENYAKIT SALMONELLA UNGGAS NEGERI PERAK
DARUL RIDZUAN, 2000
Subseksyen 36(1)
| Bahawa Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa penyakit-penyakit unggas yang dinamakan Salmonella Unggas telah wujud di kalangan unggas di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan. | |
| No.17/1953 | Maka, oleh yang demikian pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) Ordinan Binatang 1953, Menteri Besar dengan ini membuat perintah berikut: |
| Nama dan pemakaian | 1. Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas Negeri Perak, 2000 dan hendaklah terpakai bagi seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. |
| Taksiran | 2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -
Dan termasuk juga pembiakan, penyimpanan, penjagaan atau pemilikan mana-mana unggas di sesuatu ladang unggas;
|
| Kawasan kawalan penyakit | 3. Dengan ini diisytiharkan bahawa seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan adalah satu kawasan kawalan penyakit dan hendaklah dikenali sebagai Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas. |
| Kebenaran untuk menternak unggas | 4.(1) Kecuali dibenarkan oleh Pengarah Negeri, sesiapa yang menternak atau menyebabkan diternak apa-apa unggas di mana-mana ladang unggas di dalam Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas hendaklah mendapatkan suatu kebenaranbertulis daripada Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar. (2) Kebenaran bertulis yang diberikan di bawah sub perenggan boleh dibatalkan pada bila-bila masa jika Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa yang telah diberi itu tidak mematuhi program kebangsaan. |
| Larangan pemindahan | 5.(1) Sesiapa yang memindah atau menyebabkan dipindah apa-apa unggas muda daripada mana-mana tempat di dalam atau di luar Kawasan Kawalan dan Pembasmian Penyakit Salmonella Unggas hendaklah mendapatkan suatu kebenaran bertulis daripada Pengarah Negeri atau mana-mana pihakberkuasa veterinar. (2) Sesiapa yang memindah atau menyebabkan dipindah apa-apa unggas mudah di bawah subseksyen (1) atau (2) tersebut hendaklah mematuhi segala terma-terma dan syarat-syarat yang boleh ditetapkan oleh Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar di dalam kebenaran bertulis itu. |
| Kuasa Pengarah Negeri dan pihak berkuasa veterinar | 6.(1) Pengarah Negeri atau mana-mana pihak berkuasa veterinar boleh pada bila-bila masa -
|
| Bertarikh 18 Januari 2001 {PSUK.PK.(BPK)1A 355/9/4-5; PU.Pk.67/71-12] DATO' SERI DIRAJA MOHD.TAJOL ROSLI
BIN GHAZALI |
|
|
|
|