BAHAGIAN PENGUATKUASA
 

OBJEKTIF BAHAGIAN PENGUATKUASA

  1. Menentukan semua haiwan, hasil ternakan dan ubatan yang diimport selamat dan bebas dari penyakit zoonotik

  2. Menentukan hasil dari haiwan berkeadaan bersih, suci dan sesuai untuk dimakan

  3. Mendidik orang awam supaya bertimbangarasa kepada binatang ke arah membendung perbuatan menzalimi binatang

 

UNDANG-UNDANG YANG DIKUATKUASAKAN

    1.   Ordinan Binatang 1953

  • Peraturan-peraturan Binatang 1962

  • Perintah Binatang (Pengimpotan) 1962

  • Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan 1984 (Penyelenggaraan dan Pengurusan)

  • Kaedah-kaedah Pemeriksaan Daging 1975

  • Perintah-perintah mengenai Konservasi dan Kawalan Penyakit yang di keluarkan oleh Ketua-Ketua Menteri atau Menteri-Menteri Besar

   2.   Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972

  • Kaedah-kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975

   3.  Akta Doktor Veterinar 1974

   4.  Enakmen Pendaftaran Lembu Kerbau (bagi negeri-negeri tertentu)

   5.  Enakmen Pengawalan dan Penternakan Babi (bagi negeri-negeri tertentu)

KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DIKESAN

(a)     Menyembelih atau menyebabkan disembelih apa-apa ternakan didalam kawasan rumah bantai (sembelih) kecuali disuatu rumah bantai yang diluluskan atau:

(b)    Menjual\mempamirkan untuk dijual atau memiliki apa-apa karkas yang tidak disembelih dirumah bantai yang diluluskan didalam kawasan rumah bantai (yang diwartakan)

  • Tindakan mahkamah boleh diambil terhadap mereka yang menjalankan kesalahan ini di bawah Kaedah-kaedah Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara (Kawalan Penyembelihan) 1975. Pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi daripada RM15000.00, atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali  bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi daripada RM25000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua. Barang-barang kes juga akan dirampas.

    2. Pemindahaan ternakan dari suatu tempat ke tempat yang lain tanpa mendapat                   kebenaran pemindahan atau Sijil Kesihatan dari Pihak Jabatan Perkhidmatan  Haiwan.

  • Tindakan mahkamah boleh diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan ini di bawah Ordinan Binatang, 1953 dan jika disabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi daripada RM1000.00 di samping barang-barang kes dirampas.

     3. Menzalimi binatang-binatang seperti tidak menyediakan tempat perlindungan
         yang sesuai, tidak memberi makan minum yang secukupnya dan sebagainya
         juga adalah satu kesalahan di bawah Ordinan Binatang 1953. Pesalah boleh
         dikenakan tindakan mahkamah dan didenda sebanyak tidak melebihi daripada
         RM200.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

ADUAN MENGENAI KESALAHAN-KESALAHAN

Sebarang aduan mengenai kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang Jabatan Perkhidmatan Haiwan bolehlah dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasa dengan hadir sendiri atau menghubungi melalui talian terus 605-5475770.

Import & Export ternakan

Untuk keterangan lanjut sila tekan :   linkbutton.gif (6655 bytes)