![]() |
||
|
Edisi Timur: Jual telur penyu larangan |
||
|
KUALA
TERENGGANU: Beberapa peniaga telur penyu di pasar sekitar bandar ini
memberikan pelbagai versi ketika ditanya tempat asal telur penyu yang
mereka jual.
Begitulah kecelaruan maklumat diterima Harian Metro yang meninjau alasan peniaga telur penyu mengambil kesempatan populariti makanan itu untuk mengaut keuntungan, di sebuah pasar di sini. Antara maklumat diberi peniaga agak kabur seolah-olah cuba memperdayakan pengguna, terutama penggemar telur penyu selain tidak kurang mahu memburukkan imej peniaga lain. Kebanyakan peniaga begitu yakin menjawab telur penyu dijual mereka dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian tetapi ada di kalangan mereka mendakwa telur penyu dibawa dari Sabah serta Indonesia. Bagi menguji keikhlasan peniaga, Harian Metro membeli sejumlah telur penyu dan bertanyakan semula kepada peniaga lain tempat asal telur penyu itu. “Ini telur tempatan,” kata seorang peniaga. “Ini bukan telur tempatan tapi dari Sabah,” kata seorang lagi peniaga. |
Tetapi, apabila ditunjukkan
telur penyu sama kepada peniaga lain di pasar sama, dia berkata: ‘Semua
telur ini dari Indonesia’.
“Telur
penyu dieram sebelum dilepaskan semula ke laut menggunakan cara tertentu
dan sehingga ini kawasan berkenaan tidak dipajak,” katanya ketika
dihubungi Harian Metro, semalam.
|
Bagaimanapun, katanya,
penjualan kepada orang ramai bergantung kepada lebihan telur yang
dibeli Jabatan Perikanan dan ia termaktub dalam undang-undang.
Kamaruddin berkata, sejak tahun lalu, Jabatan Perikanan meminta pemajak menjual keseluruhan telur penyu agar, lipas dan karah kepada jabatan itu dan daripada jumlah itu, 80 peratus membabitkan penyu agar. “Oleh itu, hanya ada baki 20 peratus telur penyu agar sepatutnya berada di pasar dan jika ada telur penyu spesies lain dijual, ia adalah satu kesalahan dan pemajak boleh disenarai hitamkan jabatan. “Malah, telur penyu dari Sabah juga haram dijual. Apa yang berlaku kemungkinan wujud penyeludupan telur penyu,” katanya. Kamaruddin yang terkejut dengan beberapa pengakuan peniaga terbabit berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan bagi menangani kegiatan itu dan meminta pihak berkaitan memantau keadaan itu. Beliau berkata, harga telur penyu dijual kepada orang ramai tidak ditetapkan harga dan ia terpulang kepada pemajak dan peniaga sendiri. |