Ayamas perkenal Khandarr Maharaja Roaster
Berita Harian, 7 Nov 2005

AYAMAS Food Corporation Sdn Bhd, melancarkan ayam panggang berempah baru, Khandarr Maharaja Roaster yang menggunakan resipi India Muslim zaman Maharaja Moghul dari India bagi Ramadan dan musim perayaan ini.

Ia adalah ayam dibelah dada, diperap dalam campuran herba dan rempah ratus India Muslim termasuk cili, kunyit, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga bagi aroma serta membuatkan daging ayam menjadi lembut selepas dipanggang.

Ia dihidangkan bersama nasi Kandarr dan salad timun masam manis.

Naib Presiden Ayamas Food Corporation Sdn Bhd, Abdul Aziz Isa, berkata syarikat yakin Khandarr Maharaja Roaster mendapat sambutan di kalangan penggemar makanan pedas dan berempah di Malaysia berikutan resipi panggang sepertinya yang pertama di pasaran.

“Mereka pasti berkunjung semula untuk menikmatinya lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Aziz berkata, ia boleh didapati di semua cawangan Ayamas dan kiosk Ayamas, kiosk Esso terpilih serta kiosk Ayamas francais awam di Semenanjung Malaysia sehingga 15 Januari 2006.

Set individu satu perempat Khandarr Maharaja Roaster dijual pada harga RM6.50 manakala set keluarga empat orang ialah RM28.

Katanya, menu baru ini adalah tambahan kepada rangkaian sedia ada iaitu Golden, Pepper dan Percik Roaster yang sudah mendapat sambutan tinggi khususnya pada bulan Ramadan dan musim perayaan.

Ayamas Food Corporation Sdn Bhd kini mempunyai 39 cawangan, dua kiosk Ayamas dan 21 restoran Rasa Ayamas