|
PANDUAN MEMPROSES TELUR MASIN
Pendahuluan
Telur masin adalah telur yang diawet
yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang
berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang
mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak
melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat
pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan
sumber makanan protin.
Bahan Mentah
Bahan
yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-
| BAHAN |
2500 biji |
500 biji |
100 biji |
| Telur Itik (biji) |
2500 |
500 |
100 |
| Garam Halus
(kg) |
18.0 |
3.6 |
0.72 |
| Tanah Liat
kering (tanah warna kuning) (kg) |
22.5 |
4.5 |
0.70 |
| Air (liter) |
15 |
5.0 |
0.60 |
| Sekam Padi
yang dibakar hitam (kg) |
6.25 |
1.25 |
0.25 |
Cara
memproses
Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai
kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan
menghasilkan telur yang bermutu tinggi.
Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada
kulitnya.
Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan
penyediaan perekat (paste).
Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air
di dalam bekas sehingga sebati.
Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti
telur tersebut.
Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam)
sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal
(perekat) tidak tanggal.
Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 - 30
hari sebelum dijual.
    
 |