|
PERATURAN-PERATURAN UNTUK MENGEKSPORT ANJING/KUCING
|
|
|
|

|
|
1. |
Apabila seseorang membuat pertanyaan mengenai mengeksport anjing / kucing, perkara yang
perlu di beri perhatian :-
- Adakah anjing telah di suntik dengan suntikan pelalian iaitu
(Anti-Rabies dan CPV+DHL) pastikan vaksin Anti-Rabies
di berikan 30 hari sebelum anjing / kucing itu di bawa keluar.
- Jika beliau telah melakukan suntikan pelalian di klinik swasta,
mereka perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pegawai veterinar klinik swasta tersebut mengenai status
suntikan pelalian dan status kesihatan.
-
Pastikan beliau sudah mendapatkan permit import / kebenaran membawa masuk secara bertulis daripada negara yang hendak dibawa masuk.
- Penerangan mengenai ujian Nipah dan Microchip dan bayaran yang akan dikenakan
|
|
2. |
Apabila anjing / kucing telah dibawa ke klinik untuk ujian Nipah, perkara yang perlu di
buat adalah :-
( Pastikan ujian Nipah ini dilakukan dalam
tempuh 10 hari sebelum di eksport )
- Pastikan anjing / kucing tersebut berada dalam keadaan yang bersih
dan sihat.
- Pemeriksaan klinikal perlu dilakukan
- Pengambilan contoh darah dilakukan (
1-3 ml ) di dalam Plain
tube.
- Masukkan microchip di bawah kulit
(sebelah kiri leher). (Pastikan sebelum masukkan microchip , di "scane" terlebih
dahulu dan angka yang terdapat sama dengan angka yang tercatat pada sampul microchip
tersebut).
- Terdapat 4 pelekat no siri Microchip pada sampulnya. Satu daripadanya dilekatkan pada
kad rawatan klinik haiwan Ipoh, satu pada kad suntikan pelalian, satu pada borang maklumat
pengenalan microchip dan satu di serahkan kepada tuanpunya.
- Bayaran yang akan dikenakan adalah seperti berikut :
- Pengambilan darah RM 20.00 / seekor
- Microchip RM 50.00 / seekor (Satu Resit )
- Ujian Nipah RM 20.00 / seekor - ( Satu Resit )
|
|
3. |
Penghantaran sample ke Institiut Penyelidikan Haiwan Ipoh (VRI) :-
- Pastikan darah yang diambil di simpan di peti sejuk
- Isikan borang Makvet 03 dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar
- Pastikan resit ujian nipah di photostate dan dikepilkan bersama borang Makvet 03
- Serahkan borang Makvet 03 + Resit photostate dan darah di tempat pendaftaran sample di
VRI dan maklumkan bahawa sample telah di kenakan bayaran.
|
|
3 |
Penyerahan lapuran ujian , sijil eksport dan sijil kesihatan kepada penternak /
pengeksport
- Penyediaan sijil kesihatan dan permit eksport di kaunter permit.
- Bayaran yang akan dikenakan adalah:
- Sijil kesihatanRM 3.00 / seekor
- Permit eksportRM 3.00 / seekor
- Dapatkan borang status kesihatan semasa dan borang maklumat pengenalan
microchip daripada Pn. Foziah dan di isikan maklumat yang
diperlukan dan di tandatangan oleh Pegawai Veterinar.
- Serahkan semua permit , sijil dan surat yang di perlukan kepada penternak
tersebut.
|
|
Untuk keterangan lanjut sila
hubungi :
Dr Ahmad Shukri Abdullah
Tel:605-5459111/122/133 Ext.212
E-mail:
shukri@jphpk.gov.my
Mr Muniandy
Awali ( ANDY )
Tel:605-5459111/122/133 Ext:213
E-Mail:andy@jphpk.gov.my |