PERUTUSAN DARI PENGARAH PERKHIDMATAN HAIWAN
NEGERI PERAK

 

 

Pendedahan kepada teknologi didalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan pengeluaran adalah merupakan satu pendekatan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak. Dengan menggunakan internet sebagai salah satu saluran maklumat kepada pengguna dengan lebih cepat dan tepat. Ini diharap dapat memberi gambaran jelas tentang peranan jabatan dalam meningkatkan idustri ternakan khasnya dan pengeluaran makanan amnya. Laman ini merupakan maklumat awal yang bukan sahaja boleh dicapai oleh penternak & pelanggan jabatan malahan ianya akan menjadi satu saluran maklumat untuk kegunaan  umum.

Transformasi dan penyerapan teknologi baru ini kedalam norma sistem semasa yang digunakan memerlukan suatu komitmen yang tinggi dari semua pihak kerana ini melibatkan satu proses yang komprenhensif. Secara tidak langsung ia melibatkan pembangunan sumber tenaga manusia sebagai komponan utama disamping pengemaskinian sesuatu proses bagi mendapatkan hasil tertentu dengan perubahan sesuatu aliran/amalan kerja yang dilakukan.

Komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan jabatan dalam menghasilkan laman ini   haruslah diberi pujian. Dengan usaha gigih kakitangan dari setiap peringkat mulai dari  peringkat pengutipan data hingga ke kumpulan kerja Laman Web, jabatan percaya kita mampu meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kepada pelanggan kami.

Langkah ini juga merupakan salah satu cara Jabatan menerapkan teknologi maklumat kearah paperles birokrasi (electtonic  jph {e-jph}). Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak telah membawa satu pendekatan yang membolehkan maklumat terkini dari pengkalan data disemua pusat operasi dicapai oleh semua pihak melalui laman Web, maklumat dalam bentuk Fail HTML yang dikeluarkan terus dari Veterinary Information Systems ( VEINS) . Ini menjadikan pengemaskinian maklumat terkini yang dipersembahkan dalam bentuk homepage boleh dilakukan dengan cepat tanpa bebanan yang ketara.

Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam