|
Tiada
catatan bertulis mengenai sejarah asal usul Ayam Serama ini.
Maklumat
tidak rasmi (perbualan orang ramai) mengatakan ayam serama ini berasal
dari Kelantan. Ayam Serama yang ada sekarang adalah hasil daripada
kacukan baka itu dengan beberapa ekor burung eksotik seperti Burung
Hutan, Bantam dan juga Merpati. Setelah banyak kacukan dilakukan, ayam
serama yang asal pun dihasilkan.
Ayam-ayam
serama baka asal ini sebaliknya masih belum ditemui di pusat penternakan
ayam kami. Ia merupakan cikal bakal kepada baka yang ada sekarang. Ayam
Serama yang ada pada hari ini terhasil daripada kacukan baka yang
dilakukan secara teliti.
Oleh
kerana tren sekarang yang menekankan 1Lebih kecil ukuran ayam, lebih
baik', maka para penternak sedang memperbaiki baka yang sedia ada sama
ada mengenai ukuran, karaktor, struktur kecantikan keseluruhan ayam
tersebut.
Nilai
komersil Ayam Serama
Ayam
Serama yang ada pada hari ini adalah hasil kacukan dari pelbagai spesis
terutama burung seperti burung hutan, ayam kerdil Thai dan juga Bantan.
Kecantikan fizikal ayam ini telah menawan pelbagai lapisan masyarakat.
Selain menghiburkan hati pemiliknya, ia juga sangat mudah dan murah
untuk dipelihara.
Sering
dikatakan bahawa ayam serama ini tidak dapat dinilai dengan wang. Ada
sebuah kisah yang menceritakan bahawa terdapat seorang penggemar yang
menolak tawaran untuk menjual ayam miliknya itu dengan cek kosong. Namun,
tawaran tersebut ditolak. Anak ayam dari baka juara boleh dijual pada
harga RM1,000 hingga RM2,000 seekor manakala anak ayam yang agak dewasa
di antara RM2,000 hingga RM10,000.
Harga
pasaran bagi ayam bergelar juara pula berkisar antara RM10,000 hingga
RM80,000. Bagaimanapun, tidak ada harga yang tetap dalam urusan jual
beli. Semuanya bergantung kepada rundingan antara pembeli dan pemilik
ayam tersebut.
Ayam ini
juga dapat menjadi binatang peliharaan kesayangan seluruh ahli keluarga.
Kategori
umur bagi ayam serama yang sihat ialah seperti berikut:
Grade
3A beratnya dibawah 250gm
Grade 1A beratnya dibawah 350gm
Grade B beratnya dibawah 500gm
Diharapkan
anda tidak keliru dengan baka ayam kecil yang lain seperti Ayam Kapan,
Ayam Katik dan lain-lain.
Walau
bagaimanapun, harga ayam ini berkait rapat dengan kategori beratnya. Ini
kerana lebih kecil ayam tersebut, maka lebih sukar untuk melakukan
proses kacukannya. Disamping itu, bilangannya juga sedikit. Berdasarkan
faktor-faktor itulah yang menyebabkan harganya menjadi mahal. Kami
menjangkakan dengan peredaran masa dan penggunaan hasil penyelidikan dan
pengembangan (R & D) terhadap kacukan ayam serta sokongan pihak
korporat dan Kerajaan, maka masa depan ayam serama akan menjadi lebih
menarik dan cerah. Kami
juga berharap agar ayam yang memiliki keindahan yang mengkagunkan ini
dapat dihasilkan dengan lebih banyak dan murah agar ia mampu dimiliki
oleh semua orang. Potensi sebagai haiwan peliharaan keluarga di negara
ini juga semakin cerah.
Pengurusan
a. Anak ayam -
Hari 1, 2 & 3
Anak
ayam yang baru menetas dapat bertahan tanpa makanan dan air selama
tiga hari. Manakala anak ayam yang ditetaskan melalui kaedah inkubator
pula akan dibiarkan selama 48 jam untuk mengeringkan bulunya. Kemudian
ia boleh dipindahkan ke dalam kotak kayu khusus yang dilengkapi dengan
alat pemanas biasana mentol berkuasa 15 watts dan aksesori lainnya.
b.
Anak ayam - Hari 4-90
Kotak
kayu dapat menampung anak ayam dari umur 3 hingga 90 ahri. Berikut
adalah peralatan yang diperlukan:- i.
Sumber panas selama 24 jam
Lampu/mentolberkuasa 10 hingga 15 watts hendaklah dinyalakan
selama 24 jam. Mentol hendaklah digantung dua inci dari paras tinggi
anak ayam. Ini untuk mengelakkan pancaran cahaya secara langsung
kepada matanya. Pancaran cahaya yang berlebihan akan mengakibatkan
stress mata dan masalah-masalah lain kepada anak ayam. Punca panas
atau haba selalunya diletakkan di salah satu sudut kotak. ii.
Lantai
Alaslah lantai kotak dengan 3 atau 4 helai kertas surat khabar.
Sewaktu melakukan kerja pembersihan harian, buanglah lapisan yang atas
sahaja. Lapisan yang bawah masih boleh digunakan untuk hari berikutnya.
Jangan gunakan kertas yang keras dan licin. Ini berbahaya kepada kaki
anak ayam. Oleh itu, gunakanlah kertas yang lembut dan tidak licin. iii.
Cawan makanan dan air
Anda boleh membuatnya sendiri. Gunakan botol mineral yang bentuknya
persegi berukuran 0.5 liter (500 ml). Makanan
dan air yang dijual di kedai haiwan peliharaan juga boleh digunakan.
Namun, ia haruslah disesuaikan dengan ketinggian dan perkembangan anak
ayam. iv.
Kebersihan keseluruhan
Secara amnya, lebih bersih persekitaran akan lebih sihat anak ayam
anda. Oleh itu, jagalah kebersihan kotak tersebut sebersih yang
mungkin. Pembuangan najis dan surat khabar hendaklah dilakukan setiap
hari. Bekas air haruslah dibasuh setiap dua hari sekali. Ini untuk
mengelak jangkitan dari najis itu sendiri. Makanan dan air hendaklah
diganti setiap hari. v.
Bentuk binaan kotak kayu
Biasanya kotak buatan sendiri ini menggunakan bahan-bahan seperti
papan lapis serta dilengkapi dengan sumber haba dan aksesori lain.
Adalah
bijak untuk menempatkan sumber haba di suatu bahagian. Ini untuk
memastikan haba terpusat dan berkekalan di satu sudut sementara
bahagian lain bebas haba dan dingin. Jadi apabila anak ayam membesar,
ia mempunyai pilihan untuk berada dekat dengan sumber haba atau
menjauhinya. Cara yang paling mudah untuk mengasingkan haba atau
sumber haba ini ialah dengan menggunakan kotak kertas yang berukuran 8
inci x 8 inci panjang x 8 inci tinggi di mana dua sisinya dibuat
lubang seperti pintu (cukup besar untuk memasukkan tangan) dan
mencapai soket mentol yang tergantung.
Sediakan
sebatang kayu kecil dengan diameter lebih kurang 1/2" diletakkan
mendatar/melintang kotak. Semakin ayam membesar, ia mungkin memerlukan
kayu untuk bertenggek sama ada untuk tidur atau sebagai tempat berehat.
Ia juga dapat membentuk kaki yang kuat dengan mencengkam kayu tersebut.
Pintu
kotak haruslah dibuat daripada besi dan dilapiskan dengan jaring
seperti jaring nyamuk untuk mengelakkan penceroboh seperti kucing,
tikus atau binatang lain di waktu malam.
Kotak
juga hendaklah diletakkan di dalam rumah. Pilihlah satu sudut yang
udara di dalamnya beredar dengan baik tetapi jauh daripada pancaran
matahari atau hujan.
Berjemur
dan bermain pasir Apabila
anak ayam mencapai umur satu setengah bulan dan seterusnya, anda boleh
membiarkannya berjemur. Ini dapat merehatkannya di samping pancaran
matahari dapat membunuh bakteria di celah-celah bulunya. Ia juga dapat
merangsangkan pertumbuhan kebiasaan semula jadinya.
Maklumat
lain yang berguna Apabila
anak ayam sudah membesar, anda hendaklah menambah peralatan sedia ada.
Selalunya pertumbuhan atau pertukaran pada peralatan anak ayam ini boleh
dilakukan apabila anak ayam berusia dua setengah bulan dan seterusnya.
|
Sumber
haba
Tukarkan mentol 15 kepada 10 watts. Ini kerana anak ayam yang sudah
membesar mempunyai banyak bulu. Bulu-bulu ini dapat membantu dengan
memastikan anak ayam sentiasa berada pada suhu yang sesuai. Ini
dilakukan sehingga usia ayam mencapai dua setengah hingga tiga bulan
serta bulu tumbuh sepenuhnya. |
| |
|
Bekas makanan dan minuman
Apabila ayam serama semakin membesar, anda perlu menukarkan kepada
bekas yang lebihbesar bersesuaian dengan ketinggian dan perkembangan
serta tabiat makan anak ayam. Pengawasan yang teliti terhadap makan
dapat menentuan saiz terbaik bagi anak ayam tersebut.
|
[Format
penghakiman] [Laman
berkaitan] [Menu utama]
|