|

Australian Friesian Sahiwal |
|
Negara asal: Australia. Kacukan antara Sahiwal & Holstein-Friesian.
Mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu, tahan panas, subur.
Purata pengeluaran susu ialah 3,000 liters; kualiti susu baik -
tahap protein
3.4% |
|
|
 |
|

Australian Milking Zebu |
|
Negara asal:
Australia, Kacukan antara Sahiwal-Red Sindhi & Jersey.
Secara am bentuk dan warna menyerupai Jerseys; tahan panas,
mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu. Purata pengeluaran susu
setahun 2,700 liters . Kualiti susu yang tinggi - -
tahap protein 3.5-4% |
|
|
 |
|

Brahman |
|
Negara asal: Bos indicus, India.
Mempunyai ciri-ciri berikut iaitu mempunyai bonggol yang besar
di bahagian atas bahu dan tengkuk; "processes" bergulong yang
terletak di bawah bonggol dan memanjang & mempunyai tisu yang tegap
yang menutupinya; selalunya tanduk bengkok ke atas dan kadang-kadang
ke belakang; mempunyai telinga yang besar dan berjuntai; bahagian
tengkuk mempunyai kulit yg yang mengelambir; mengeluarkan minyak
yang berbau busuk yang boleh membantu menghalau serangga. Berbagai
warna dari kelabu muda atau merah sehingga ada yang hitam. dan
kebanyakan kelabu cerah atau sederhana kelabu. Lembu jantan
selalunya gelap dari lembu betina dan selalunya mempunyai tompok
hitam diatas bahu atau bawah kaki. Saiz sederhana, - Berat jantan 1,600-2,200
lbs & betina 1,00-1,400 lbs; anak 60-65 lbs dan cepat membesar.
Tahan lasak dan boleh sesuaikan diri dengan keadaan; tahan panas,
Pengeluaran susu yang memuaskan;
Peratus daging sebenar (dressing) yang tinggi. -
karkas yang baik dan bernilai dengan kadar lemak yang minima. |
|
|
  |
|

Charolais |
|
Negara asal: Charolles province, France.
Berwarna putih atau putih berkrim tetapi kulit berpigmentasi;
Bertanduk; berbadan panjang. Besar dan berat jantan
2,000-lebih 2,500 lbs & betina 1,250-lebih 2,000 lbs.
Cepat membesar. Prestasi baik walaupun di dalam pelbagai keadaan
cuaca yang berbeza. Mempunyai anak yang berat . Baka susu yang baik. |
|
|
 |
|

Droughtmaster |
|
Negara asal: Australia. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Berwarna merah; samada bertanduk atau tidak. Tahan panas dan kutu;
terlalu subur dan senang mendapat anak; tidak berapa garang.
Pembentukan karkas yang sempurna dan sederhana lambat. |
|
 |
|

Hereford |
|
Negara asal:
Herefordshire County, England.
Pengeluaran daging tinggi - berupaya untuk menggemuk; tahan lasak . Cepat
matang. Akan menjadi baka yang penting di dalam industri
pedaging pada tahun-tahun akan datang.
|
|
|
 |
|

Holstein |
|
Negara asal: Netherlands
Effisien, Tinggi pengeluaran susu. Berbadan besar dan berwarna hitam
dan putih atau merah dan putih. Berat anak 90 lbs atau lebih, berat
betina 1,500 lbs & tinggi jika diukur di bahu ialah 58" .
Dara boleh dibiak pada umur 15 bulan dan berat lebih kurang 800
lbs. Boleh mendapat anak betina untuk kali pertama pada umur
diantara 24-27 bulan; jangka masa bunting ialah lebih kurang 9 bulan.
Jangka masa produktif yang normal ialah 6 tahun. Pengeluaran susu
purata
17,408 lbs. |
|
|
 |
|

Jersey |
|
Negara asal: Jersey Island, Britain.
Salah satu baka tenusu yang tertua; terbaik. Pengeluar susu yang
terpilih ;
kebanyakannya mengeluar susu 13 kali dari berat badan per laktasi.
Boleh sesuaikan diri dengan cuaca yang berbeza.
Boleh meragut dengan baik walaupun secara intensif. Tahan panas.
Purata berat 900 lbs. |
|
|
 |
|

Milking Shorthorn |
|
Negara asal: England
Samada merah, merah & putih, putih atau or "roan" Bertanduk
pendik.
Tahan lasak - boleh sesuaikan diri.. Baka yang terbaik. Jinak. Baka
tenusu yang berkualiti. Melahirkan anak dalam tempoh yang tetap;
senang beranak, anak cepat besar. Gred karkas yang kualiti. Senang
mengurus dan daya pengeluaran yang ekonomik. |
|
 |
|
|
|

Red Sindhi |
|
Negara asal: Sind, Pakistan.
Tahan lasak, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap kutu.
Peragut yang baik.
Pengeluaran susu yang tinggi, purata1,700 kg & lebih 3,400
kg per laktasi. Purata tinggi betina 116 cm berat 340 kg. Jantan
purata tinggi134 cm & berat 420 kg.
Selalunya warna merah pekat dan kadang-kadang warna kekuningan
perang hingga ke perang gelap. Jantan lebih gelap bila dewasa
dan kadang-kadang hitam di kepala, kaki dan ekor. |
|
|
 |
|

Sahiwal |
|
Negara asal: Punjab.
Untuk kerja kasar dan lembu tenusu. Baka yang terbaik di India &
Pakistan. Tahan lasak walau pun dalam keadaan cuaca yang teruk;
mempunyai daya ketahanan dari serangan kutu, parasit dalaman dan
luaran , tahan panas. Pengeluaran per laktasi purata 2,270 kg. Jinak.
Berwarna merah keperangan dan "dominant red" dengan warna putih di
tengkuk dan di bahagian bawah. Warna jantan gelap di kepala, kaki
dan ekor. Pengeluar susu yang tertinggi dari baka
Zebu, mempunyai umbing susu yang sempurna. Melahirkan anak yang
kecil tapi cepat membesar. |
|
|
  |
|

Santa Gertrudis |
|
Negara asal: United States. Kacukan antara Shorthorn & Brahman.
Warna merah pekat. Mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap panas
dan kutu. Senang beranak dan ibu yang baik. Pengeluaran susu
yang banyak. Kenaikan berat badan yang ketara apabila meragut
atau fidlot. Kualiti daging yang bertambah baik jika dibandingkan
dengan Brahmans. |
|
|
 |
|

Simmental |
|
Negara asal: Switzerland.
Diantara baka yang paling tua dan terdapat di merata tempat. Besar,
berwarna merah dan putih serta producktif.. Cepat membesar dan
pengeluaran susu yang tinggi. Boleh membuat kerja-kerja berat. |
|
|
  |