|

American Landrace |
Negara asal: Denmark. Kacukan diantara Large White hog dari England
dengan babi asli. Warna - putih. Berbadan panjang dengan 16-17
pasang tulang rusuk;
belakang yang hampir rata. Kepala panjang dan agak sempit ; telinga
yang berat dan besar dan rapat ke muka. Daging yang banyak dikaki
terutama di rel. Ibu babi cepat berkembang biak dan berkebolehan
mengeluarkan susu. Mengeluarkan susu yang tiggi selepas 5 minggu
laktasi. |
| |
|
|
 |
Negara asal: England. Babi pedaging. Membesar lebih dari 3 lbs/hari
dengan penukaran makanan 1.94. Ibu yang berkebolehan, anak yang
besar. |
|
Yorkshire |
| |
|
|

Angeln Saddleback |
Negara asal: Angeln, northern Germany. Kacukan diantara Landrace
hitam dan putih dengan Wessex-Saddleback. Jalur putih di atas badan
yang hitam.
Bersaiz besar. Jantan 350kg, betina 300kg. Terlalu lemak untuk
pengguna. Kesuburan tinggi. Ibu yang baik dengan susu yang banyak.
Baka yang kurang dan hampir pupus. |
| |
|
|

Arapawa Island |
Negara asal: Arapawa island, New Zealand. Menyerupai Oxford Sandy
dan
Black, Berkshires dan Tamworths. |
| |
|
|

Ba Xuyen |
Negara asal: Mekong River delta, Vietnam Selatan . Campuran Berkshire
dan Bo Xu. Berbadan pendik, dam mempunyai tompokan hitam dan putih
yang lebih kurang sama ; telinga bersaiz sederhana dan kaki kecil.
Berat 100kg apabila berumur 12
bulan. Purata anak yang hidup lahir ialah 8 ekor. |
| |
|
|

Bazna |
Negara asal:
Tengah Transylvania region, Romania. Kacukan diantara Berkshire dan Mangalitsa,
dan diperbaiki dengan menggunakan baka Wessex dan Hampshire .Berwarna
hitam dengan lilitan putih di bahagian batang tubuh di bahu dan
termasuk kaki depan. Lebar lilitan ialah sehingga 30-40cm.
Terdapat juga , kaki belakang, muncung dan hujung ekor
berwarna putih seperti baka Berk . Bulu agak lebat, licin, sedikit
kerinting dengan purata panjang 4cm. Berat ibu dewasa 160-180kg dan
jantan
180-220kg. Kenaikan berat badan harian semasa penggemukan ialah 550-600g
dengan penukaran makanan 5.5kg. Babi muda sesuai untuk pengemukan
diperingkat awal, dengan berat badan 90-110kg semasa sembelihan.
Terbaik ialah 140-160kg apabila nisbah pejal/lemak ialah 1.3-1.4.
Cepat berkembang biak dengan purata 9.5
ekor anak setiap kelahiran, anggaran bercerai susu 8. Semasa
hayat 8-12 kelahiran . |
| |
|
|

Bentheim Black Pied |
Negara asal: German Utara. Juga dikenali sebagai Buntes Bentheimer Schwein.
Kacukan baka tempatan dengan Berkshire dan Cornwalls. Berbadan putih
dengan tompokan hitam di dalam cecincin kelabu. bersaiz sederhana;
jantan 250kg, betina 180kg. Tahan lasak dan panjang umur. Daya
kesuburan yang tinggi (9.2 anak/kelahiran). Baka yang jarang
didapati dan hampir pupus. |
| |
|
|

Berkshire |
Negara asal: Reading, England. Daya pertumbuhan yang cepat dan
effsien; pedaging.
Kualiti karkas yang terbaik. Pengeluar hams dan bakon yang berkualiti dan citarasa yang unik. Pembiakan yang effisien. |
| |
|
|

Black Slavonian |
Juga
dikenali sebagai Crna slavonska, Schwarzes slovonisches, Faiferica,
Pfeifer. Baka pedaging. Kacukan Berkshire dan Poland China
dengan Black Mangalitsa. |
| |
|
|

Chester White |
Negara asal: Chester County, Pennsylvania. Dahulu dikenali sebagai Chester
County White. |
| |
|
|

Duroc |
Negara asal: Eastern United States. Asalnya dikenali sebagai Duroc-Jersey.
Berbagai warna dari warna keemasan yang terang , kekuningan
sehinggalah warna merah gelap dan ke warna mahogany. |
| |
|
|

Fengjing |
Negara asal: Taihu Lake, China. Adalah diantara baka yang cepat
berkembang biak di dunia. Kadar hidup embrio yang tinggi dan
bilangan anak yang banyak.
Dua ekor anak setahun adalah biasa. Umur matang ialah 2 1/2-3 bulan.
Berat betina hidup 69.6kg |
| |
|
|

Gloucestire Old Spots |
Negara asal: Berkeley Valley, England. Pada satu ketika dipanggil "Babi
Dusun" kerana dipelihara di ladang epal dan tempat dadih susu dibuat.
Baka hitam dan putih, kebanyakan putih. Telinga yang berat dan
terlentok. Ibu terkenal dengan anak yang banyak dan pengeluar susu
yang tinggi. |
|
|
|
|

Hampshire |
Salah
satu baka Amerika yang tertua. Mempunyai nama yang pelbagai termasuk Thin Rind, McKay, McGee, Saddleback
dan Ring Middle.
Berwarna hitam dengan lingkaran putih. Terkenal dengan saiz badan
yang besar. Disukai kerana ianya cepat berkembang biak, tahan lasak
dan kualiti karkas yang ketara. |
|
|
|
|

Hezuo |
Negara asal: Plateau region, China. Mempunyai bulu yang panjang ,
kasar dan lebat. Kadar tumbesaran yang perlahan dan daya berkembang
biak yang rendah dengan saiz bilangan anak 4-7. Lima pasang
puting . |
|
|
|
|

Jinhua |
Negara asal: China. Berbadan putih, hitam di kepala dan bahagian
punggung dan ini ia selalunya dipanggil " hitam di dua hujung
". Ciri ketara ialah mempunyai kulit nipis, tulang halus dan daging
lembut dan terkenal di pasaran antarabangsa.
Cepat matang; boleh dibiakkan pada umur 3-4 bulan. Daya berkembang
biak yang sederhana dengan purata bilangan anak 13. Tujuh pasang
puting. |
|
|
|
|

Kele |
Bahagian belakang yang lengkung; muncung yang panjang dan lurus.
Ciri yang ketara ialah lemak tebal di belakang (5.1-7.2cm) dan lebih
lemak visceral (15.6% dari berat karkas).
Daya berkembang biak yang rendah dengan bilangan anak 7-8 dan 5-6
pasang puting |
|
|
|
|

Krskopolje |
Negara asal: Slovenia. Juga dikenali sebagai "Babi Bertali pinggang
hitam". Bahagian belakang badan selalunya hitam, dan bahagian depan
pula keputih-putihan --- berupa bentuk jaluran lebar berwarna putih
mengelilingi badan. Kepala yang rata dengan telinga besar yang
bergantung. Sederhana subur, selera makan yang baik, tumbesaran yang
baik dan berat dewasa yang besar ialah (250-300kg). Kebolehan yang
unggul ialah boleh mengeluarkan lemak dan daging yang berkualiti
terbaik. |
|
|
|
|

Kunekune |
Kecil dari baka yang lain. Kaki pendik, badan pendik dan bulat.
Muncung pendik dan menogak ke atas. Ciri yang ketara dan unik ialah
ia mempunyai rambu yang panjang 4 cm yang tergantung dari rahang
bawah Warnanya termasuk hitam, hitam dan putih, putih, keemasan, tan
dan perang. Jantan subur pada umur 6-7 bulan; babi dara secepatnya
umur 5 bulan tetapi dinasihatkan supaya dibiakkan sehingga umurnya 1
tahun. Nibah terbaik untuk daging dan lemak. |
|
|
|
|

Large Black-White |
Negara asal: China. Berbulu hitam dan tompok putih. Belakang yang
cekung sikit dan labuh, perut yang terlentok. Baka yang cepat matang;
Pertama kali dibiak pada umur 3-4 bulan. daya berkembang biak yang
baik dengan 13 ekor anak/kelahiran. 7pasang puting. |
|
|
|
|

Lithuanian Native |
Negara asal: Lithuania. Juga dikenali sebagai Vietines kiaules.
Mempunyai warna yang berlainan:
putih, hitam, tan, tetapi kebanyakannya pelbagai warna. Jantan
dewasa - 260kg,
betina 180kg. Babi pengemuk akan naik berat badan 600g sehari.
Panjang karkas 92.5cm.
Purata bilangan anak 11.4 ekor. |
|
|
|
|

Mangalitsa |
Negara asal: Austria-Hungary. Juga dikenali sebagai Wollschwein (German),
Mangulica, Mangulac, Mangalita, Mangaliza, Mangalica, Hungarian
Curly Coat, Porc laineux des Pacages, Wollhaariges. Pelbagai warna -
putih kekuningan (chief), hitam atau swallow-bellied, merah dan Kula.
Diminati kerana bakon dan pengeluar lemak babi. Sesuai untuk
pengeluar daging babi yang banyak. Terbaik untuk sosej. Tegap
dan mempunyai daya tahanan terhadap penyakit dan stress. |
|
|
|
|

Meishan |
Negara asal: Taihu Lake, China. Lambat membesar. Berat betina hidup
ialah 61.6kg . Peratus dressing 66.8%. Rasa sungguh sedap. Daya
ketahanan terhadap penyakit. Salah satu babi yang mempunyai daya
berkembang biak yang terbaik Matang pada umur 2 1/2-3 bulan;
Kadar hidup embrio yang tinggi dan bilangan anak satu kelahiran
ialah 15-16 ekor. 2 kelahiran setahun adalah biasa.
|
|
|
|
|

Middle White |
Negara asal: Yorkshire. Pedaging. Purata bilangan anak per kelahiran
ialah 8.15 ekor. |
|
|
|
|

Minzhu |
Negara asal: Utara China. Juga dikenali sebagai Ming, Min or Da Min.
Lambat membesar. Badan bersaiz besar. Berat betina hidup 88.3kg.
Peratus dressing 72.2%. Rasa yang amat sedap. Daya ketahanan
terhadap penyakit. Senang dikenali kerana ianya berbulu hitam dan
amat panjang. Baka yang mempunyai daya berkembang biak yang baik.
Matang pada umur 3-4 bulan; kadar hidup embrio yang tinggi dan kadar
anak babi yang dilahirkan tinggi iaitu 15-16 ekor. |
|
|
|
|

Mong Cai |
Negara asal: Vietnam. Badan bersaiz kecil hingga ke sederhana.
Kepala hitam dan telinga yang kecil dan tegak. Tompokan hitam di
badan dan jalur putih dari satu bahagian perut ke bahu hingga ke
bahagian lain perut. Daya berkembang biak yang baik, boleh sesuaikan
diri dengan kualiti makanan yang teruk dan daya ketahanan penyakit
yang baik. Purata bilangan anak per kelahiran ialah 12. |
|
|
|
|

Mukota |
Pada asasnya 2 kelas; satu pendik , gemuk dan muncung pendik; dan
satu lagi hidung panjang dan belakang yang "tajam". Berwarna hitam.
Terkenal kerana lasak dan boleh sesuaikan diri dengan suasana
tropika terutama sekali kepanasan , daya ketahanan yang tinggi walau
pun dengan zat makanan yang kurang sesuai. Pengambilan air yang
rendah. 6 litres untuk seekor anak cukup untuk seminggu. Umur mula
beranak ialah dari 6-12 bulan. Purata bilangan anak/kelahiran 6.5-7.5 |
|
|
|
|

Mora Romagnola |
Negara asal: Ravenna province, Italy. Berwarna perang gelap dengan "coppery hue".
Betina mempunyai bulu yang tebal dan panjang di bahagian belakang dan
kulit kelabu gelap dengan warna merah jambu di bahagian bawah.
Berbadan panjang. Kepala panjang dengan profil yang lurus dan
telinga yang mengadap ke hadapan dan menutup puncung yang panjang
dan tirus. Purata berat yang matang 250-300kg. Tidak daya berkembang
biak (5-6 anak) dan pengeluaran susu yang rendah untul anak-anak. |
|
|
|
|

Moura |
Negara asal: Brazil. Baka yang jarang didapati . Juga dikenali
sebagai Estrela, Estrelense, Mouro
and Pereira. Selalunya berwarna biru roan, kadang-kadang
merah
roan. |
|
|
|
|

Neijang |
Berbadan besar. Kulit tebal. Cepat matang. Jantan muda akan mula
mengawan pada umur 2 bulan; babi dara 3 bulan. Purata bilangan anak
per .kelahiran ialah 10.6. Ada 7 pasang puting. |
|
|
|
|

Ningxiang |
Negara asal: Hunan province, China. Juga dikenali sebagai Ninsya
atau Ninsyan
(Russian), Ning-Chang (German). Bulu bercorak " awan hitam dengan
salji serta cecincin perak mengelilingi tengkuk". Bahagian
belakang sedikit cekung, perut geleber dan berayun-ayun. Purata
bilangan anak/kelahiran 11.5. Ada 7 pasang puting. |
|
|
|
|

Ossabaw Island Hog |
Negara asal: Ossabaw Island, Georgia. Warnanya termasuk hitam,
tompok hitam dan putih, merah dan tan. Kecil. telinga tegak, berbulu
berat dan muncung yang panjang. |
|
|
|
|

Philippine Native |
Samada hitam atau hitam dengan perut berwarna putih. Pelbagai
termasuk Ilocos dan Jalajala. Nisbah pertukaran makanan yang rendah.
Daya berkembang biak yang paling baik. Kemungkinan telah pupus pada
masa ini. |
|
|
|
|

Pietrain |
Negara asal: Pietrain, Belgium. Bersaiz sederhana. Berwarna putih
dengan tompok hitam dan ini adalah ciri-ciri dimana terdapat
sedikit pigmentasi yang menunjukkan bulu putih. Juga dirujuk sebagai
tanda "piebald". Telinga tegak. Kaki pendik jika dibandingkan dengan
baka lain,
berbadan tegap dan agak lebar di bahagian belakang. Nisbah daging
pejal dan lemak agak tinggi. Baka yang elok untuk daging segar
proses. Daya berkembang biak yang baik tapi kurang pengeluaran susu.. |
|
|
|
|

Poland China |
Tidak boleh ditandingi dengan baka-baka lain kerana berat badan yang
maksima untuk setiap peringkat umur yang dinyatakan. Pemakan yang
terbaik dan mudah naik berat badan. Juga dikenali kerana mempunyai
tulang yang kuat/teguh. |
|
|
|
|

Vietnamese Potbelly |
Negara asal: Vietnam. Juga dikenali sebagai Pot Belly. Baka yang
kerdil. Membesar sepenuhnya apabila berumur 5 tahun, purata berat
badan ialah 70-150lb. dan ada yang 200lbs atau lebih, 3' panjang dan 15"
tinggi. Warna ialah hitam pekat ke putih pekat dengan tompokan di
celah-celah |
|
|
|
|

Red Wattle |
Negara asal: New Caledonia. Juga dikenali sebagai Red Waddle. Jenis
daging yang pejal.
Rasa yang terbaik. Rupa seperti Duroc atau kacukan Tamworth/Duroc ,
tetapi mempunyai sepasang "pial" tergantung dari leher. |
|
|
|
|

Swabian-Hall |
Negara asal: Schwabisch Hall, Germany. Besar. Putih dan bahagian
kepala dan belakang warna hitam. Hujung ekor dan muncung juga
berwarna putih Warna diantara hitam dan putih ialah zon kelabu.
Jantan - 350kg; betina - 280kg. Tahan lasak, panjang umur.
Kesuburan tinggi (9.2 ekor anak/kelahiran) dan ibu yang baik dengan
susu yang amat banyak. |
|
|
|
|

Tamworth |
Negara asal: Ireland dimana ia dipanggil The Irish Grazer. Khas
untuk bakon. Mempunyai reputasi sebagai pengeluar bakon yang terbaik.
Berbadan panjang. Kepala panjang, muncung agak panjang dan lurus.
telinga tegak.
Berbulu merah. Berbeza-beza dari merah keemasan ke merah gelap.
Baka yang berkualiti tinggi dan paling aktif. Juga ibu yang terbaik. |
|
|
|
|

Thuoc Nhieu |
Negara asal: Vietnam. Putih dengan bulu piebald . Daya berkembang
biak yang sederhana
8-10 ekor anak per kelahiran. Terkenal kerana berkebolehan menjadi
ibu yang baik. Boleh mencapai 100kg berat hidup pada umur 10
bulan. |
|
|
|
|

Tibetan |
Berat
badan yang ringan (35kg). Kepala yang sempit dan panjang, muncung
lurus. Berbulu hitam yang panjang dan lebat. Daya berkembang
biak yang rendah dengan jumlah anak yang kecil iaitu 5.
Ada 5 pasang puting. |
|
|
|
|

Turopolje |
Berbulu putih kerinting, Tompokan hitam di kedua-dua belah badan,
kulit tiada pigmen. berbadan panjang. Umbing susu yang elok dengan 10-12
puting.
Lima anak babi/brood. Mempunyai daya ketahanan dari penyakit yang
tinggi. |
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
|
|