BAKA-BAKA BEBIRI  

 

 

   


Barbados Blackbelly

Negara asal: Africa. Kacukan antara  baka African hair sheep & European wooled .
Bebiri berbulu (ditutupi sepenuhnya dengan bulu yang sederhana ke bulu yang tebal- tiada "no wool"). Berwarna bayangan perang, "tan" atau kuning dengan warna hitam di bawah tengkuk hingga ke bahagian bawah kaki, dan peha. Bulu di dalam telinga dan dagu berwarna hitam. Boleh sesuaikan diri dengan pelbagai  keadaan cuaca. Mempunyai ketahahan ke atas serangan parasit dalaman.
Jantan mempunyai bulu panjang di bahagian tengkuk (sehingga 6"), sehingga sampai ke bahu dan menyerupai selimut. Tiada tanduk. Berat betina  80-100 lbs & jantan 105-125 lbs.
Pembiak yang tinggi dan effisien - purata 1.5-2.3 lanak/kelahiran. Purata tempoh kelahiran 8-9 bulan. Sentiasa subur jika dikacukkan dengan baka lain terutamanya Dorset Horn & Suffolk dan menghasilkan keturunan yang membesar dengan cepat.

   


Border Leicester

Negara asal: Leicestershire, England
 Hidung Roman & telinga tegang. Berat jantan 102-147 kg & betina dari 79-124 kg. Berbulu panjang dan berkilat. Berat bulu adalah diantara  8-12 lbs dengan pengeluaran 65-80 %. Panjang bulu adalah antara from 5-10".

   


Polled Dorset

Negara asal: North Carolina State College, Raleigh, NC.
Baka nombor 1 yang bermuka putih di US. Bebiri putih yang bersaiz sederhana; mempunyai pembentukan daging yang baik untuk menghasilkan karkas yang dikehendaki. Berat betina dari 150-200 lbs; jantan 225-275 lbs. Ibu yang baik - kelahiran berganda perkara biasa; Pengeluar susu yang baik.
Warna bulu terlalu putih, kuat, rapat dan tiada serat yang gelap;  purata pengeluaran 2.25-4 kg diantara 50-70 %. Panjang adalah diantara 2.5-4".

   


Poll Merino

Negara asal: Australia
Baka yang masih baru. Tidak bertanduk. Senang dikendalikan semasa mengetam bulu dan juga masa-masa pengendalian. Kebanyakkan mempunyai rangka besar, berbadan biasa  cepat matang. Tahap kesuburan tinggi.

   


Romney

Negara asal: Kent, England.
Baka yang dominan di New Zealand. Dua kegunaan. Effisien di dalam menukarkan pastura ke daging pejal, kualiti karkas yang tinggi. Dagingnya dikenali kerana mempunyai rasa yang halus. Berat jantan 102-124 kg, betina 68-90 kg. Huf mempunyai ketahanan terhadap penyakit  foot rot.
Bulunya unik jika dibandingkan dengan baka lain. Panjang berkilat, dan  berjuntai di dalam "locks" yang berbeza, bahan gentian yang minima di celah-celah . Sentiasa sihat walaupun cuaca tidak menentu. Pengeluaran tinggi - diantara 65-80 % adan berat 3.6-5.4 kg; kandungan minyak yang rendah (kurang mengecut bila dibasuh), boleh di warnakan dan senang di keringkan . Gentian yang paling halus jika dibandingkan dengan baka lain.

   


Suffolk

Negara asal: Suffolk, England. kacukan antara  Southdown  & Norfolk Horned.
Terkenal dengan dagingnya - berat jantan 113-159 kg; ewes from 81-113 kg & wool quality - fleece weights between 2.25-3.6 kg with a yield of 50-62 %. Fleeces considered medium with staple length ranging from 2-3.5".