|
|
|

Alpines |
Negara asal: Alps.
Besar dan baka susu yang lebih tinggi dan kurus. Tinggi betina di
bonggol < 30" & berat tidak < 135 lbs. tinggi
jantan dari 34-40" & tidak < 170
lbs. Warna dari putih bersih dan bayangan warna "fawn", kelabu,
perang, hitam, merah, "bluff", "piebald" atau bayangan dan campuran
pelbagai warna ini. Kebanyakannya berbulu pendik - jantan selalunya
mempunyai jaluran bulu yang panjang di bahagian tulang
belakang. Janggut jantan ketara. Telinga bersaiz sederhana dan
selalunya tegang. Muka yang tegak. Tahan lasak dan boleh
menyesuaikan diri dalam apa jua cuaca. Kesihatan yang baik &
pengeluaran yang terbaik. Tenusu yang terbaik - Mempunyai umbing
susu yang besar, berbentuk elok dan kedudukan puting yang baik. |
| |
|
|

Anglo-Nubian |
Negara asal: England
Kacukan antara kambing British & African-Indian . Pelbagai guna -
untuk daging, susu dan kulit. Agak besar. Tinggi betina di bahagian
bonggol sekurang-kurang
30" & berat 135 lbs atau lebih, jantan sekurang-kurangnya 35" &
dan berat 175 lbs. Berwajah "Aristocratic" . Kepala yang
ketara -
profil diantara mata dan muncung berbentuk konveks. Terlalu panjang
(memanjang sehingga 1" sehingga hujung muncung di
bahagian muka), telinga yang lebar dan berjuntai di sisi kepala dan
terkeluar ke hadapan dengan hujungnya berbentuk bulat, dan ini
menyerupai bentuk lonceng.
Mempunyai hidung Roman. Bulu yang halus dan bersinar. Bulu kambing
jantan lebih pendik terutamanya dibahagian belakang dan paha.
Biasanya berwarna hitam, merah atau "tan", dan ianya bercampur
dengan warna putih . Bukan pengeluar susu yang banyak walaupun
umbing susu yang besar dan kadang-kadang berayun-ayun jika
dibandingkan dengan baka Swiss. Musim membiak lebih lama jika
dibandingkan dengan baka Swiss
, berkemungkinana mengeluar susu sepanjang tahun. Baka yang terbaik
untuk cuaca panas. Digunakan untuk program meningkatkan pengeluaran
susu dan daging kambing tempatan di negara tropikal
. |
| |
|
|

Angora |
Negara asal: Angora district, Asia Minor.
Mempunyai ciri-ciri yang paling bernilai jika dibandingkan dengan
kambing dari "mohair clipped". Purata anggaran berat 5.3 lbs
selepas mengetam bulu. Biasanya mengetam bulu dua kali setahun.
Panjang "staple" diantara 12-15 cm. Terbahagi kepada 2
jenis: - ringlet (mengeluarkan "finest mohair") & flat (kerinting
& lebih besar & tebal).
Jantan & betina bertanduk - tanduk jantan berlengkung ke belakang
dan jauh dari kepala & kadang-kadang panjang sehingga 2-3" ,
manakala betina bertanduk pendik (jarang lebih dari 9-10") &
selalunya kecil. Telinga berat dan melentok ke bawah. Kecil -
berat jantan diantara 180-225 lbs selepas 5 tahun & betina 70-110 lbs.
Bahagian belakang lurus, tulang rusuk "sprung", bentuk badan "deep" &
sekata dalam. Dada bidang, kaki lurus, bahagian belakang yang
membentuk dengan baik. Boleh meragut dengan baik - berkebolehan
untuk mendapat makanan yang terletak di tempat tinggi dengan berdiri
menggunakan kaki belakang. Bukan jenis yang cepat membiak jika
dibandingkan dengan kambing jenis lain- jarang beranak kembar, Jenis
yang paling lembut - mudah mudarat dari serangan parasit dalaman.
Terlampau lembut atau lemah semasa beranak. Selepas bulu di ketam
perlu elakkan sejuk, basah dan hujan.- ribut boleh menyebabkan
kematian semasa beranak atau mengetam bulu. |
| |
|
|

Boer |
Baka
asli dengan campuran kambing dari European, Angora & Indian
. Bertanduk dengan telinga yang bergelong. Berbagai warna dan corak. Dianggap
sebagai kambing pedaging. Berat jantan diantara 110-135 kg; betina
diantara 90-100 kg. Berkebolehan untuk menambahkan pengeluaran susu
harian > 200 g/hari. Cepat matang - biasanya 6 bulan untuk jantan & 10-12
bulan betina. Purata kadar ovulasi 1.7 telur/anak. Biasanya
kadar beranak
200% . Memanjangkan tempoh musim beranak - 3 kali beranak dalam masa 2
tahun. Kadar bercerai susu 160%. Boleh meragut - impek terhad kepada
rumput atas( grass cover). Perbelanjaan yang rendah untuk
memelihara ternakan ini.
|
| |
|
|

British Alpine |
Negara asal: Great Britain.
Tinggi dan kurus. Hitam dengan tompokan putih. Bulu pendik, halus
dan berkilat, jantan selalunya berbulu panjang. Berkebolehan
menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca. Pengeluaran menurun di
kawasan yang tinggi kadar kelembapan. Menghasilkan susu yang baik
dengan purata kadar lemak of 4%. Boleh memanjangkan tempoh laktasi. |
| |
|
|

Saanen |
Negara asal: Saanen Valley, Switzerland
Pengeluar susu yang terbaik - dengan pengeluaran 3-4% lemak susu.
Bersaiz sederhana dan ada yang besar. Anggaran berat badan 65 kg
dengan tulang yang berceranggah dan bertenaga serta sihat. Betina
perlu mempunyai ciri feminin & tidak kasar Berwarna putih atau
krim cerah dan kadang-kadang ada tompokan . Berbulu pendik dan halus,
kadang-kadang berjambul di bahagian tulang belakang dan peha.
Telinga tegang, dan menghala ke depan. Muka lurus. Sensitif terhadap
cahaya matahari, lebih produktif dalam keadaan sejuk. Tempat
berteduh perlu disediakan. |
| |
|
|

Toggenburg |
Negara asal: Toggenburg Valley, Switzerland
Baka tenusu yang tertua. Terkenal dengan pembentukan umbing susu
yang terbaik dan dengan pengeluaran susu yang tinggi (ujian purata
lemak 3.7%). Bersaiz sederhana,
tegap, bertenaga & sentiasa "alert". Kecil daripada baka
Alpine. Berat jantan sekurang-kurangnya 55 kg. Berbulu pendik atau
sederhana panjang, lembut halus & rata. Berbagai warna dari "light fawn"
ke perang gelap dengan tanda putih yang ketara: telinga berwarna
putih dengan tompokan gelap di bahagian tengah, dua jaluran putih di
muka dari mata hingga ke muncung, kaki belakang berwarna putih
dari pergelangan kaki hingga tapak, kaki depan berwarna putih dari
lutut hingga ke bawah, segi tiga putih di kedua-dua belah ekor.
Lebih prestasi baik di tempat sejuk |
| |
|
|
|