|
Fallow |
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
Dama dama. Negara asal: Mediterranean. 2
sub-spesis. Menarik. Kecill, tinggi dan kurus - Purata berat
hidup betina diantara 40-45 kg, tinggi di bahu 76 cm ; purata
berat jantan 90-130 kg, 90 cm tinggi. Tinggi jantan dewasa di
bahu selalunya lebih 90 cm. Ekor panjang. Tanduk yang besar,
komplek, dan menyerupai sarang labah-labah. 3 warna -
selalunya hitam, perang dan tompok "meni" & putih. Warna putih
di bahagian bawah dan tompok putih dibahagian tepi dan
belakang. Berwaspada, terlalu jinak & sentiasa berjaga-jaga.
Terlalu lincah & dan boleh melompat tinggi. Lebar, tanduk rusa
"palmate". Taburan meluas di merata tempat. Senang
dikendalikan jika mempunyai peralatan yang sesuai dan
pengalaman. Boleh sesuaikan diri di pelbagai keadaan cuaca
tetapi kurang sesuai di negara tropikal yang lembap.
Umur matang untuk dibiakkan ialah 2 tahun. Tempoh bunting
226-230 hari. Produk utama ialah dagingnya. |
|
| |
|
|
|
|
Rusa |
|
|
 |

Moluccan |
|
Cervus timorensis. Spesis tropika. Negara asal: New
Caledonia. 2 sub-spesis yang utama,
Javan & Moluccan. Kaitan rapat dengan sambar, tetapi
lebih kecil. Bersaiz sederhana - purata berat rusa betina
ialah diantara 50-90 kg, tinggi di bahagian bahu ialah 90 cm ;
Purata berat jantan 100-140 kg,
110 cm. Kebiasaannya berwarna perang kemerahan ke perang gelap. Bulu
badan halus dan jarang jika dibandingkan dengan baka rusa yang
lain. Tanduk rusa bercabang tiga dan membentuk seperti "lyre".
Kebiasaannya senang dikendalikan . Pembiak yang bukan mengikut
musim. Produk utama ialah dagingnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Sambar |
|
|
 |
|
Cervus Unicolor.
Tinggi jantan di bahagian bahu ialah anggaran 127 cm , berat 225 kg;
betina 115
cm, 150 kg. Biasanya berwarna perang tetapi ada juga yang
berwarna kelabu & ada yang semuanya hitam. Tanduk rusa
bercabang tiga.
Terlalu licik. |
|
| |
| |
|
Whitetail or Virginia |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
|
|
Nama saintifik:
Odocoileus Virginianus. (haiwan yang bersemangat lagi tabah dan
paling banyak sekali ). Banyak
sub-spesis. Bersaiz kecil ke sederhana. Berat jantan 68-180 kg;
betina 41-96 kg. Tinggi 27-45". Sub-spesis yang paling kecil
ialah rusa Key
, tinggi di bahagian bahu 30" atau kurang & berat
kurang dari 23 kg.
"Tan" atau merah perang yang terang; perut, tengkuk, batang hidung
dan keliling mata berwarna putih. Ekor yang cantik menyumbangkan
kepada namanya ,6-13" berwarna putih dibahagian bawah. Tanduk
bengkok ke hadapan dan mempunya beberapa tanduk yang tidak bercabang,
anggaran ukuran lebar 90 cm dan tahan lama. Boleh dibuat pelbagai
benda seperti pemegang pisau.
Matang untuk dibiak umur 1.5 tahun. Tempoh bunting 195-205 hari.
Pembiak pada kali pertama selalunya menghasilkan satu anak selepas
tempoh bunting selama 6.5 bulan, kemudian kembar dan seterusnya tiga
anak. Berpisah dengan anak sebelum melahirkan anak yang
seterusnya. Anak rusa bertompok-tompok - kulit berbintik-bintik
putih; sesuai mengikut keadaan sekelilingi, tetapi "camouflage" ini
hilang selepas 9 bulan. |
|
|
|
|
|
|
|
Axis/Chital |
|
|
 |
 |
 |
 |
|
Cervus axis axis.
Spesis
tropika. Berasal dari India. Rusa yang bertompok-tompok. Kecil
dan salah satu rusa yang paling cantik. paling sesuai untuk
dipamerkan di ladang atau taman, perlu mempunyai kemudahan
celung khas kerana mempunyai pembawaaan yang
berubah-rubah. Tinggi jantan 86 cm & berat 80 kg; betina 75 cm & 50 kg.
Berbagai-bagai warna dari perang cerah ke perang gelap dengan
bintik putih yang kekal dimana boleh dilihat seperti garisan
yang putus-putus selari dengan badannya. Garisan gelap
terdapat selari dengan tulang belakangnya. Tengkuk putih yang
jelas. kaki sebelah dalam, perut dan bawah ekor berwarna putih.
Tiga cabang tanduk yang panjang, tegak selalunya
22-27" tetapi ada juga 30-36". Tempoh bunting diantara
210-255 days. Tiada pusingan pembiakan bermusim. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hog |
|
|
|
|
 |
|
Axis porcinus. Spesis tropikal. Berkaitan
rapat dengan chital. Kecil sikit. Tinggi jantan di
bahagian bahu 70 cm & berat 55 kg; betina 60 cm & 30-35 kg.
Warna merah pekat. Tanduk selalunya bercabang tiga. |
|
|
| |
|
|
|
|
|
|
Red |
|
|
|
|

|
|
Cervus elaphus. Pelbagai tanda. Spesis yang paling
popular untuk perladangan - purata berat hidup betina
ialah diantara 90-120 kg, tinggi 90 cm; purata jantan
pula ialah dari 220-320 kg. Tinggi jantan yang matang di
bahagian bahu ialah sehingga
1.5 m . Merah perang yang kuat . Mempunyai bonggol berwarna "straw";
bahagian bawah badan dan celah peha berwarna krim.
Selalunya berwarna merah ke merah perang. Tanduk panjang
dengan beberapa cabang,
hujung tanduk berbentuk seperti cawan; lebarh 120 cm,
panjang 180 cm. Paling senang untuk dijinakkan. Senang
diurus dengan pekerja yang baik, selalu berhubung dan
kemudahan peralatan yang baik. Boleh sesuaikan diri
dengan kebanyakan cuaca atau keadaan. Matang untuk
dibiak pada umur 1.5-2 tahun. Tempoh bunting 233-240
hari. Produk utamanya ialah daging dan tanduknya. |
|
|
| |
|
|
|
|
Barasingha |
|
|
 |

|
|
Negara asal Utara India. Dapat namanya dari perkataan hindi
yang bermaksud 12 tanduk.. Tanduk boleh tumbuh sehingga 40"
panjang & dan kadang-kadang 12 cabang, kadang-kadang
sehingga 15. Jantan berkulit perang gelap, betina berwarna
jingga. Ade jaluran gelap di belakang betina.
Bahagian bawah warna putih. Bentuk badan keseluruhannya mirip Sika,
tetapi lebih besar. Boleh membesar sehingga of 6', tinggi di
bahagian bahu 50" & berat diantara 370-620 lbs. |
|
| |
|
|
|
|
|
Sika |
|
|
|
 |
 |
|
Nama Saintifik: Odocoileus hemionus sikensis. Cervus Nippon.
Kecil (berat
jantan dewasa 45-90 kg) tetapi agresif. Berwaspada dan
sukar ditangkap. kecil dan bermuka pendik jika dibandingkan
dengan kumpulan ekor pendik yang lain. Berwarna merah perang
dengan tompokan yang berbelak-belak atau pun tiada tompokan.
Tanduk berwarna perang gelap dengan cabang berwarna hitam dan
pendik - purata panjang 11-19" , anggaran lebar ialah 60 cm
. Matang untuk dibiakkan pada umur 1.5-2.5 tahun. Tempoh bunting 222-245
hari. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mule |
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|
Nama saintifik: Odocoileus hemionus.
Susah untuk dibiak di ladang. haiwan yang bersemangat dan
tabah; daging, kulit dan tanduknya bernilai tinggi. Paling
besar didalam genus Odocoileus . Berat jantan diantara 45-150 kg
dan betina 43-75 kg Panjang badan jantan
126-168 cm & betina 125-156 cm. Tinggi di bahu ialah dari
840106 cm jantan & betina 80-100 cm . Telinga besar dan
dari ciri ini ia mendapat namanya. Berwarna kuning ke warna
merah perang . Ekor panjang seperti tali dan berwarna putih ,hujungnya
berwarna hitam. Bahagian ponggong bertompok putih atau kuning ,
tengkuk putih. Mempunyai tanda gelap yang berbentuk V,
memanjang dari bahagian atas mata dan sisian. Tanduk
bengkuk ke hadapan , dan bercabang besar dan seterusnya
bercabang kecil. |
|
 |
|