DESKRIPSI

   SPHYNX

 

Negara Asal: Canada. Salah satu baka yang terbaru. Juga dikenali sebagai Kucing Kanada yang tanpa bulu dan Kucing Bulan. Bulu yang seperti baldu yang membuat ianya nampak seperti tidak berbulu. Disebabkan bulu yang menutup badannya yang sikit maka sesuai tinggal di negara beriklim panas & dan tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari yang secara langsung. Hanya kucing ini yang boleh berpeluh - perlu di span setiap hari dengan kain yang basah. Tiada misai. Bersaiz agak besar, telinga terbuka dengan kepala kecil. Mata besar dan bulat. Badan berotot kekar dan bulat; ekor seperti cemeti, ekor ynag meruncing dan kadang-kadang hujungnya berbulu. Terlalu suka bermain, nakal, penyayang, pendiam dan berasa puas. Purata bilangan anak yang dilahirkan: 4. Jangka hayat: 9-15 tahun.


[Menu Utama]