|

Negara asal: Devon, England. Bersaiz kecil hingga ke sederhana ; slim,
berbadan elegan .
Telinga yang terlebih besar; kadang-kadang ada yang lebih ekstrem &
menyerupai "elf". Misai kerinting, jarang, pendik dan seperti dawai.
Bulu kerinting dan lebih lembut dari Cornish Rex's. Tompok botak
atau tompok dengan bulu sedikit adalh perkara biasa. Banyak jenis
warna dan corak tetapi warna putih padat adalah warna biasa.
Pembawaan yang menakjubkan. Amat pengasih, perlu perhatian.
Suka mengambil tahu hal yang lain, bersikap ingin tahu. Ceria, suka
bermain, tetapi tidak boleh bercampur dengan kanak-kanak. Pelompat
yang terbaik. Selalu dikenali sebagai "little terrors"
& "monyet dengan pakaian kucing". Purata bilangan anak
yang dilahirkan: 5. Jangkahayat:
9-15 tahun.
 |