|

Negara asal: America. Terkenal dengan sifat luarbiasanya yang suka
baring terkulai di atas tangan. Baka yang paling jinak. Amat
penyayang, pengasih, pemain.
bijak, bersopan santun. Paling baik dengan kanak-kanak. Boleh
dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Boleh sesuaikan diri
dengan semua jenis cuaca. Besar dan bertulang tebal. Berat jantan
boleh mencapai 20 lbs. Walaubagaimana pun, lambat matang - tidak
akan mencapai saiz matang sehingga umur 3-4 tahun. Telinga bertapak
lebar, hujung bulat dan terletak di atas kepala dan mengadap ke
depan. Mata besar , bujur, dan berwarna biru. Bulu seperti sutera,
panjang dan tebal terutamanya di keliling tengkuk. Bulu perlu di
rapi setiap hari. Telinga disisi.
Ekor panjang dan berbulu lebat dan sedikit runcing ke arah hujung.
Berwarna "seal" (perang gelap), biru, chokelat & "lilac" (perang
merah jambu.) Anak yang dilahirkan berwarna putih dan tidak akan
berwarna penuh sehingga umur 2 tahun. Purata bilangan anak yang
dilahirkan ialah: 5. Jangkahayat: 9-15 tahun.
 |