Oleh Ziauddin Sharuddin
SEREMBAN, Khamis – Seekor kucing batu
atau nama saintifiknya, Prioriailurus bengalensis, dijumpai mati oleh
orang ramai di tepi jalan ke Taman Permai di sini, pagi ini.
JOHOR BAHRU, Khamis:
Kerajaan akan mengedarkan surat tawaran atau opsyen Sistem Saraan
Malaysia (SSM) kepada hampir sejuta kakitangan perkhidmatan awam mulai
Oktober depan.
Oleh Arshad Hussin
SEMPORNA, Rabu: Petani, penternak dan
nelayan di negeri ini perlu mengubah sikap dan pemikiran jika ingin
melihat taraf ekonomi mereka meningkat dan terus maju.
KOTA KINABALU, Rabu –
Sebahagian besar daripada kempen memerangi rasuah yang dijalankan Badan
Pencegah Rasuah (BPR) kini bertumpu kepada sektor perkhidmatan awam.
Oleh Nazri Abu Bakar
ALOR GAJAH: Seorang pemuda
meninggal dunia selepas tiga hari berada dalam keadaan kritikal
dipercayai terlanggar sekumpulan kerbau di Jalan Lubok Redan menuju ke
Kampung Pulau, Masjid Tanah di sini, kelmarin.
KOTA BHARU, Isnin:
Seorang lelaki cedera parah pada kedua-dua lengan selepas digigit beruk
jantan peliharaannya yang dikatakan mengamuk di Kampung Renok Baru, Gua
Musang, Sabtu lalu.
Oleh Azahar Hashim
KULIM: Seorang ibu yang
hamil lapan bulan terpaksa menyelamatkan dua anaknya yang diserang
kambing jantan di rumahnya di Kampung Labu Besar, kelmarin
JOHOR BAHRU: Ketua
jabatan dan agensi kerajaan perlu memperkemaskan tatacara pengendalian
aduan serta memantau tindakan penyelesaian terhadap masalah yang
ditimbulkan pelanggan.
BATU PAHAT, Ahad – Pusat
pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang dijangka
mula beroperasi awal tahun depan, mampu memproses antara 8,000 hingga
10,000 ekor ayam setiap empat jam untuk pasaran.
SIRIM Bhd dan Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan bekerjasama bagi memajukan standard
pensijilan ‘Halal’, dengan matlamat menjadikannya standard global yang
diguna pakai di seluruh dunia.
Oleh: HAFIZAH ISZAHANID
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian
mengumumkan penubuhan pakej bantuan khas kepada lulusan pertanian dalam
usaha menjana pertumbuhan sektor pertanian sekali gus meningkatkan
pengeluaran bahan makanan negara yang dianggarkan bernilai RM81.5 bilion
bagi tempoh 2000 hingga 2005.
KUALA LUMPUR
24 Ogos - Kementerian Pertanian hari ini mengumumkan pakej khas merangkumi
penyediaan kemudahan termasuk tapak tanaman dan pinjaman kewangan sehingga
RM30,000 bagi menarik golongan belia menceburi bidang pertanian.
RANTAU PANJANG, Jumaat :
Kementerian Pertanian meminta jabatan dan agensinya mempelbagaikan
kegiatan ekonomi dalam usaha membantu kerajaan melahirkan petani moden
dan bertaraf komersial.
Oleh Azman Mahmood
BACHOK, Khamis: Kementerian Pertanian
sedang berusaha melahirkan sejuta petani moden berpendapatan lumayan di
negara ini dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi.
Oleh Ahmad Ghazali Musa
JOHOR BAHRU, Khamis: Agensi kerajaan
diingatkan tidak menjadikan program Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
sebagai pentas pertandingan merebut gelaran atau hadiah, sebaliknya
meningkatkan mutu kerja untuk lebih berdaya saing.
Oleh
SAHBULAH MOHAMAD DARWI (Yang mengikuti lawatan Projek Pengeluaran
Makanan Johor anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang, baru-baru ini).
PENGGUNAAN teknologi moden bukan perkara baru dalam industri pertanian
kerana ia telah sekian lama menjadi pemangkin kepada para penternak dan
peladang bagi meningkatkan hasil dan mutu pengeluaran makanan.
SAYA pernah tersentuh sepasang kasut diperbuat daripada kulit babi
sewaktu membelek kasut di sebuah kedai di ibu kota.
BATU PAHAT, Khamis –
Penduduk di Kampung Sungai Suloh, di sini, mendakwa kehidupan mereka
terjejas berikutan kehadiran lalat yang semakin banyak dipercayai
berpunca kegiatan penternakan ayam di kawasan berhampiran.
JOHOR BAHRU, Rabu -
Jalinan hubungan baik antara media massa dan Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP) di Johor perlu diteruskan bagi mempromosikan projek pertanian yang
diusahakan agensi di bawah pertubuhan itu.
Oleh Idzham Hadi Sidik
MELAKA, Selasa: Kerajaan meminta
pemelihara sarang burung layang-layang di taman perumahan serta premis
warisan menghentikan kegiatan itu segera kerana menyalahi peraturan
keceriaan dan keindahan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
KUALA LUMPUR, Selasa:
Kementerian Pertanian akan melancarkan Skim Persijilan Perladangan
Organik (SPPO) 2 Januari tahun depan, bagi mengiktiraf ladang yang
mengamalkan sistem secara organik serta menepati piawaian negara iaitu
MS 1529.
Oleh Salina Abdullah
KUALA LUMPUR, Selasa: Perkhidmatan di
jabatan kerajaan, termasuk transaksi membabitkan pembayaran akan
dilakukan menerusi Internet apabila Portal Perkhidmatan Awam dibangunkan
tidak lama lagi.
GEORGETOWN, Selasa:
Malaysia-Thailand-Myanmar (MTM), akan memeterai perjanjian persefahaman
(MoU) bagi mewujudkan zon bebas wabak penyakit kaki dan mulut (FMD)
dalam tempoh lima tahun akan datang.
SETIU, Ahad: Kementerian
Pertanian diperuntukkan RM300 juta daripada Program Pembiayaan Wang
Ehsan (PPWE) untuk melaksanakan pelbagai projek, termasuk menaikkan
taraf sistem pengairan dan saliran di kawasan Projek Pembangunan
Pertanian Terengganu Utara (Ketara).
KUALA LUMPUR, Ahad:
Kerajaan mahu membangunkan laluan dalam hutan di antara Selangor dan
Pahang untuk dijadikan trek bagi kegiatan sukan berkuda, kata Datuk Seri
Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR
10 Ogos - Penguasaan bahasa Inggeris (BI) di kalangan kakitangan awam dan
kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
perlu dipertingkatkan bagi menjamin perkhidmatan yang cekap dan cemerlang,
kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.
KUALA LUMPUR: Pegawai
perkhidmatan awam sekali lagi digesa meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris termasuk ketika mengadakan rundingan kerana perkara ini adalah
cabaran kritikal dalam menghadapi era globalisasi.
Oleh Mohd Rafi Mamat
KUANTAN, Jumaat – Jabatan Agama Islam
Pahang (Jaip) akan mengambil contoh pelbagai jenis barang kulit yang
berada di pasaran bagi menentukan jenis haiwan digunakan
Oleh Ismail Mat
MUAR: Perbuatan merebus ayam
sembelih dan ayam cucuk dalam satu periuk, terus menjadi amalan terbuka
peniaga ayam bukan Melayu yang menggunakan pekerja Islam di pasar awam
sekitar Muar dan Tangkak.
KUALA
LUMPUR: Sindiket penyeludupan haiwan liar yang dilindungi mengikut Akta
Hidupan Liar dipercayai menjadikan Malaysia sebagai transit sebelum
menembusi pasarannya.
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
KOTA KINABALU, Khamis – Kerajaan Sabah
tidak puas hati dengan sikap segelintir syarikat perladangan di negeri
ini yang enggan bekerjasama meningkatkan hasil pengeluaran makanan
negara.
Oleh Baharom Bakar
KUALA TERENGGANU, Khamis – Jabatan
Perkhidmatan Haiwan negeri akan mewujudkan lebih banyak pusat
penyembelihan ayam bagi memastikan pengguna mendapat bekalan segar.
Oleh Hasliza Hassan
INDUSTRI daging di
Malaysia adalah sektor kedua terpenting dalam industri ternakan tempatan,
tetapi disebabkan jumlah pengeluaran rendah, negara terpaksa bergantung
kepada daging lembu import.
ROMPIN, Khamis –
Kementerian Pertanian akan menjadikan 32 stesen Institut Penyelidikan
dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di seluruh negara lebih mesra
rakyat dalam usaha membantu meningkatkan taraf hidup mereka
JERANTUT, Rabu – Kerajaan
Pahang sedang membuat perancangan membangunkan zon peladangan moden
seluas 7,000 hektar di Lanchang, Temerloh, dengan memberi fokus kepada
tanaman komersial dan buah-buahan tidak bermusim.
KUCHING, Selasa – Ketua
Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud meminta petani menggerakkan usaha
menjadikan Sarawak, pengeluar produk pertanian organik.
JOHOR BAHRU, Ahad –
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri
memerlukan lebih ramai anggota Sukarelawan Pemantau Harga (SPH).
MELAKA, Ahad – Peladang, penternak dan
nelayan di Melaka diminta mengubah pemikiran dan berpandangan positif
dengan melaksanakan transformasi pertanian bagi memajukan bidang
masing-masing.
KONSEP agropelancongan di
negara ini walaupun sudah berkembang, masih belum begitu meluas
diusahakan. Sektor swasta sering diharap mewujudkan kawasan
agropelancongan tetapi jumlahnya masih kecil. Bagaimanapun, Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) yang selama ini
bertanggungjawab menyelidik dan memajukan produk pertanian kini mengorak
langkah menjadikan agropelancongan satu produk yang menguntungkan.
Wartawan Berita Harian, MOHD ANWAR PATHO ROHMAN cuba menyingkap usaha
Mardi bagi memajukan industri pertanian menerusi projek yang kini dalam
pelaksanaan
MCDONALD’s memperkenalkan
Bubur Ayam McD (gambar)pada semua rangkaiannya di seluruh negara sejak
25 Julai lalu.
Oleh Rohaniza Idris
KUALA LUMPUR, Isnin: Kod amalan mencegah
dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja akan dimasukkan dalam
peraturan Perintah Am untuk diguna pakai oleh agensi kerajaan tidak lama
lagi.
KANGAR, Isnin: Menteri
Besar Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan bonus dua bulan gaji
kepada kakitangan awam hanya diberikan kepada mereka yang taat kepada
kerajaan.
Oleh Amir Mamat
MELAKA: Transformasi
Pertanian Melalui Teknologi Maklumat yang menjadi tema sambutan Hari
Peladang, Penternak dan Nelayan tahun ini, menjadi teras utama kejayaan
usaha pertanian masa kini dan akan datang.
Oleh Masry Che Ani
BUTTERWORTH: Umat Islam yang
mengunjungi pasar Jalan Market, di sini diminta berhati-hati apabila
membeli sayur-sayuran berikutan dikhuatiri dicemari daging babi.
REMBAU, Jumaat – Peladang,
penternak dan nelayan perlu diberi maklumat terkini mengenai amalan
pengurusan dan penggunaan teknologi bagi memastikan projek yang
dilaksanakan berdaya maju.
KUALA LUMPUR, Khamis:
Kabinet semalam meluluskan peruntukan RM200 juta untuk melaksanakan
Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (NASTP) dalam usaha
melahirkan lebih ramai tenaga kerja dalam sektor pertanian
Oleh Kadir Dikoh
KUALA LUMPUR, Khamis: Semua jabatan
kerajaan serta agensinya diarah menggunakan bahan, barangan dan
perkhidmatan tempatan dalam semua perolehan kerajaan, berkuat kuasa
serta merta.
KUALA LUMPUR 1
Ogos - Kerajaan memperuntukkan RM130 juta untuk menubuhkan kolej pertanian
yang pertama iaitu Kolej Latihan Kemahiran Pertanian (ASTC) bagi memenuhi
keperluan tenaga kerja profesional pada 2004.
Oleh Amirullah Andi Nur
KOTA KINABALU, Rabu: Kabinet Sabah
mengharamkan penjualan semua daging import beku di pasar terbuka bagi
memastikan tahap kesihatan penduduk Sabah terus terpelihara.
IPOH 31
Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan 10
orang penternak lembu daripada tuduhan membunuh lima lelaki di sebuah
ladang kelapa sawit di Gopeng, tiga tahun lalu.