|
PANDUAN KUARANTIN TERNAKAN |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat ringkas berkenaan dengan syarat-syarat mengenai kuarantin binatang di Malaysia. Pengimport-pengimport binatang adalah dinasihatkan supaya berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang tetap sebelum mengimport binatang-binatang atau burung. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Tujuan Kuarantin
Binatang
Tujuan utama mengkuarantin binatang
dan burung adalah untuk mencegah penyakit-penyakit dibawa masuk oleh binatang-binatang
yang di Import ke Malaysia. Ini adalah perlu untuk menjaga kesihatan dan kepentingan
binatang-binatang di negara ini. Adalah mustahak bagi mencegah penyakit-penyakit exotik
(dimana Malaysia adalah bebas daripada penyakit-penyakit tersebut) di bawa masuk ke
Malaysia; misalnya Rabies, Anthrax, Renderpest, Swine Vesicular Disease, African Hore
Sickness, Equine Encephalitis, African Swine Fever dan sebagainya. Setengah dari penyakit-penyakit ini memusnahkan penghidupan ternakan seperti penyakit Rinderpest, sementara setengahnya pula menyentuh kesihatan awam seperti Rabies, Anthrax dan Equine Encephalitis. Penetapan Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah diberi kuasa di bawah Ordinan Binatang 1953 dan kaedah-kaedah binatang 1962 untuk mengenakan kuarantin keatas binatang atau burung apabila perlu. Kaedah-kaedah Pengimportan Binatang 1962 dan Undang-undang Kecil Stesen Kuarantin Binatang Persekutuan, 1984 dan menyentuh tentang penjagaan dan pengurusan stesen-stesen Kuarantin Binatang Padang Besar, Pelabuhan Kelang, Kajang dan Rantau Panjang. Kegagalan mematuhi syarat-syarat ini boleh mengakibatkan perampasan binatang-binatang tersebut dan pengimport di kenakan hukuman KEPERLUAN KURANTINA Keperluan kurantina dan tempuh masa tahanan di Pusat Kurantina berbeza dengan species ternakan/burung, tujuan di import dan dari satu negara dengan negara lain. Secara am Ordinan Haiwan 1953 membezakan negara export kepada dua katogeri iaitu : 1. Negara Schedule termasuk Australia, New Zealand, United Kingdom, Eire,Northen Ireland, Singapore, Brunei, Japan dan Sweden. 2. Negara Non-Scheduled selain daripada negara yang di sebut diatas. Haiwan dari negara scheduled
dimana program kawalan penyakit adalah sangat ketat dan adalah bebas daripada
sebarang wabak penyakit merbahaya , tak perlu di kurantina. walaubagaimanapun
keperluan kurantina tertakluk kepada species ternakan dan tujuan ia di
import. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Nota: PERTANYAAN Untuk maklumat lanjut mengenai keperluan kurantina boleh dirujuk di semua Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri atau semua Station Kuarantin :
Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Perak Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Pulau Pinang Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Perlis
Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Pahang Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Johor
Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Kedah
Jabatan
Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Kuala Lumpur Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Labuan Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Melaka Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Selangor Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Sabah Jabatan Perkhidmatan
Haiwan Negeri Sarawak Station
Kuarantin / Pintu Masuk Station Kurantina Aras 3, Wisma Kastam. Station Kurantina Pusat Pemeriksaan
Veterinar
Station Kurantina Pusat Pemeriksaan
Veterinar
Pusat Pemeriksaan
Veterinar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
BAYARAN KURANTINA
Semua ternakan dan burung di
Pusat Kurantina akan dikenakan bayaran seperti yang ditunjukan di jadual di
bawah :
Bahan-Bahan Yang Dibawa Bersama Binatang-Binatang Import Semua bahan-bahan (seperti rumput kering, plastik, tulang dan sebagainya) yang dibawa bersama binatang tidak dibenarkan mendarat di Malaysia kecuali dengan kebenaran daripada Pihak Penguasa Veterinar. Sekiranya dibenarkan masuk, bahan-bahan tersebut akan dikuarantinkan bersama dan dikenakan beberapa peraturan lain yang difikirkan perlu oleh Pegawai Veterinar seperti pembasmian kuman atau pemusnahan. Binatang Sebelum Kurantin Tuanpunya perlu memaklumkan kepada pihak Kurantina secara bertulis, secara telefon atau melalui fax paling kurang satu bulan ( minima 7 hari ) sebelum membawa masuk ternakan / burung kedalam negara. Adalah lebih baik untuk menempah kemudahan di kurantina sebelum membuat sebarang kemasukan ternakan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan kemudian. Ia boleh dilakukan semasa memohon sijil import. Binatang-Binatang Semasa Berada Dalam Kurantin Tuan-tuan punya binatang dibenarkan melawat binatang-binatang mereka dengan syarat mereka mematuhi segala peraturan yang dikenakan oleh Pegawai yang bertugas di Stesen Kuarantin. Ini adalah penting bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang berjangkit merebak kepada atau daripada binatang-binatang yang dikuarantinkan. Binatang-binatang semasa menjalani kuarantin boleh dikenakan peraturan-peraturan seperti suntikan vaksin, pemeriksaan atau ujian-ujian yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasa. Pihak Penguasa Veterinar juga boleh mengarahkan mana-mana dari binatang tersebut supaya dihapuskan dengan segera jika didapati berjangkit atau pun disyaki beserta dengan binatang-binatang yang berpenyakit. Ganti rugi tidak akan dibayar kepada tuan punya binatang sekiranya binatang terpaksa dimusnahkan mengikut cara yang difikirkan sesuai. Binatang-binatang tidak boleh dilepaskan dari Stesen Kuarantin kecuali dengan kebenaran dari Pegawai Veterinar yang mengesahkan bahawa binatang tersebut adalah bebas dari penyakit. Binatang-Binatang Setelah Dikuarantin Tuan punya binatang mestilah memerhati keadaan kesihatan binatang-binatang mereka selepas dikuarantinkan dan melapurkan ke Pejabat Haiwan yang berdekatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda penyakit. Binatang-binatang untuk penyembelihan mestilah dihantar terus ke rumah sembelih yang ditentukan setelah menjalani kuarantin. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEMUDAHAN KURANTINA Kemudahan Kurantina terdapat di
semua pintu masuk negara seperti di KLIA Sepang, Pelabuhan Kelang , Pulau
Pinang,
Padang Besar and Station Kurantina Rantau Panjang .
Selain Station Kurantina diatas,
terdapat 5 lagi Station Kurantina akan dipertingkatkan iaitu :
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||