|
TINDAKAN-TINDAKAN DIAMBIL DALAM MENANGANI MASALAH LALAT |
|||||
![]() |
|||||
|
Mengadakan mesyuarat di antara agensi-agensi kerajaan yang terlibat:- Pejabat Daerah, Pejabat Tanah, Pejabat Kesihatan & Pejabat Haiwan Daerah dengan pihak ladang ayam. Memberi tekanan dan amaran serta khidmat nasihat kepada pihak ladang dalam memperbaiki kebersihan dan masalah lalat. |
|||||
| Menjadual dan menghadkan masa selama 3 bulan untuk mengatasi masalah dan memperbaiki keadaan lalat di ladang. | |||||
|
|
|
![]() |
Membuat lawatan dan kajian index lalat sekerap 2 minggu sekali selama 3 bulan dan memberi laporan kepada pihak-pihak berkaitan setiap kali lawatan.
|
||
| Bacaan index lalat | |||||
|
Mengadakan perbincangan dan lawatan ke ladang-ladang. Perbincangan adalah diantara Pengarah Urusan Syarikat dan Pengurus Ladang (bukan dengan pekerja/penyelia ladang) dengan Penolong Pegawai Veterinar Daerah. Perbincangan dan keputusan perlu dipatuhi. |
|
||||
![]() |
Melantik seorang pekerja yang bertanggungjawab pada najis-najis ayam dan mengurus dan mengawal najis ayam dengan cara penggunaan ubat-ubatan dan secara pengurusan contohnya peka kepada punca kekotoran, membasmi ulat-ulat lalat pada setiap masa dan sebagainya. |
||||
|
Ubat-ubatan |
|||||
![]() |
|
Melantik seorang pekerja khas dalam melaksanakan kerja-kerja mempertingkatkan kebersihan kawasan sekeliling kawasan ladang (dalam dan luar) dan kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan kawasan ladang seperti jalan batu/pasir, rumput sekeliling ladang, tumbuhan liar (rumput dan pokok-pokok), makanan ayam yang tertumpuh/terjatuh atas jalan-jalan ladang, kuarters pekerja dan sebagainya. |
|||
|
Pekerja Khas |
Jalan masuk |
Pekerja khas yang dilantik adalah bersifat sepenuh masa dalam melaksanakan kerja-kerja kawalan dan mengatasi masalah lalat serta menyelenggara kebersihan kawasan sekeliling ladang dan diberi ganjaran (tambahan gaji) sebanyak RM200-500 sebulan sebagai galakan dan kesungguhan beliau dalam melaksanakan semua program/tindakan kawalan lalat di kawasan ladang. |
|||
|
Pekerja khas diberi kuasa sepenuhnya untuk bertindak dan melaksanakan kerja termasuk melaporkan/memberitahu pihak pengurusan ladang berkenaan salahlaku-salahlaku pekerja-pekerja lain yang tidak mematuhi kata-kata, arahan-arahan yang berkaitan dengan tugas-tugas khas mereka. Pekerja-pekerja yang ingkar arahan mereka boleh dikenakan tindakan membuang kerja. |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
| Kawasan keliling | |||||
|
Menyenaraikan tindakan-tindakan kerja kawalan lalat dan jadual kerja/program kawalan dan dipantau oleh pengurus ladang dan pegawai Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah secara lawatan mengejut. Setiap langkah perlu didokumenkan untuk pemeriksaan JPH. |
|||||
|
Laporan dan pemberitahuan kepada pihak pengarah urusan syarikat (secara terus) pada perkara-perkara yang disenaraikan tetapi tidak dilaksanakan. Tindakan pembetulan dan amaran "on the spot" dilakukan. |
|||||
![]() |
![]() |
Tindakan-tindakan
kawalan lalat dengan menggunakan ubat-ubatan: i. Ubat jenis "Neporex" dan "Pyrillroid 26.3%" disembur secara bergilir-gilir sekerap 3 hari sekali untuk membunuh berongga lalat. ii. Perubatan lalat jenis "IGR Mectin 10%" disembur seminggu sekali pada waktu malam. iii. Ubat jenis "SNACK" sebagai makanan beracun kepada lalat-lalat dewasa diberi sekali dalam seminggu. iv. Semburan disel/petrol sebaik ternampak tempat-tempat basah (berpunca air tumpuhan/air hujan) bagi mengelakkan peluang ulat tertumbuh. |
|||
|
Tindakan-tindakan
secara pengurusan ladang: i. Jalan-jalan dalam kawasan ladang diturap dengan batu-batu dan pasir. Keseluruhan kawasan dalam ladang juga diturap sedemikian bertujuan mengelakkan tempat-tempat tadahan air dan kawasan lumpur dan diselenggara baik setiap masa. ii. Rumput rumpai di kawasan sekeliling ladang ayam (dalam dan luar) diracun sekali sebulan. iii. Memperbaiki perparitan/longkang-longkang sekeliling kandang ayam dan diselenggaran setiap masa. iv. Memperbaiki/mendalamkan/membesarkan parit di luar kawasan ladang. v. Menjaga kebersihan rumah-rumah pekerja. Sampah sarap, makanan terlebih dan lain-lain punca lalat dipak dan dibuang ke dalam tong-tong sampah yang tertutup. vi. Tidak dibenarkan memelihara haiwan kesayangan seperti kucing/ anjing dalam kawasan ladang. vii. Kebersihan tubuh badan pekerja sentiasa terjaga. viii.Mengelakkan makanan ayam tertumpuh semasa bekerja di kandang. ix. Meningkatkan kesedaran pekerja-pekerja tentang pentingnya kerja-kerja kawalan lalat di ladang dan cara-cara kawalan (kursus motivasi). x. Membungkus najis ayam sebaik setelah ayam dijual dengan cara "tight packing" najis ayam dalam "tight storage" dan najis dijual secepat mungkin. |
|
|
|||
![]() |
![]() |
Keadaan ladang sebelum (bermasalah) |
|||
![]() |
|||||
|
|
|||||
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
Keadaan ladang selepas |
|||||
![]() |
![]() |
Berhubung dengan penduduk tempatan yang berhampiran untuk mendapatkan maklumbalas di lapangan tentang masalah lalat. Di antaranya, pengadu-pengadu, pengusaha gerai-gerai makanan, restoran cina, guru besar sekolah dan lain-lain. Meminta mereka menghubungi pihak JPH daerah jika mendapati lalat banyak dikawasan mereka. |
|||
| [ Menu Utama ] [ Kawalan Lalat Rumah ] | |||||