Operasi Kawalan wabak penyakit Nipah (Fasa 1 dan Fasa 2) di Negeri Perak 1999


Pengenalan

Keseluruhan operasi JE/Nipah di Negeri Perak telah bermula dengan program suntikan vaksin JE ke atas babi. Program ini dimulakan dengan mesyuarat penerangan pada 19 Mac dan diikuti dengan perlaksanaan suntikan pada 22 hingga 23 Mac. Sebanyak 9,979 ekor babi telah di suntik di 4 buah ladang babi dengan menggunakan vaksin dari Korea pada kos sebanyak RM2.60 satu dos. Atas arahan Pasukan Petugas Kabinet, suntikan di berhentikan pada 24 Mac atas sebab di khuatiri kerja suntikan pada babi akan menyebarkan virus Hendra melalui penggunaan jarum pada beberapa ekor babi setiap satu jarum. Virus Hendra/Hendra-like telah di kenalpasti pada 18 Mac.

Operasi pemusnahan babi

Operasi ini bermula pada 27 Mac dimana sebanyak 8 ladang dengan populasi sebanyak 59,380 ekor babi di kawsan Ampang,Tambun dan Tronoh telah di kenalpasti. Operasi ini adalah atas arahan Pasukan Petugas Kabinet dan telah di sokong oleh Warta yang telah di tandatangani oleh YAB Tan Sri Menteri Besar berkuatkuasa pada 22 Mac 1999. Pihak kerajaan Negeri telah membentuk satu jawatankuasa di peringkat negeri yang diwakili oleh 20 jabatan dan agensi kerajaan dan di pengerusikan oleh YB Dato SUK. Jabatan Perkhidmatan Haiwan telah di pertanggungjawabkan peranan utama dalam merancang dan mengendalikan kempen ini. Seramai 230 orang kakitangan Jabatan Haiwan dari semua daerah dan peringkat telah terlibat dalam operasi ini secara langsung dan tidak langsung. Seramai 64 orang kakitangan Jabatan yang di beri suntikan pelalian JE sebanyak 3 dos.

          Operasi pada pringkat permulaan tertumpu pada kawasan Tambun, Ampang dan Ulu Piah (TUA) yang meliputi bilangan asal ladang dan SPP sebanyak 51 buah dan 108,684 ekor. Selain dari kawasan TUA, operasi pemusnahan telah di perluaskan ke Tronoh, Bemban dan Bukit Kledang atas permintaan penternak di atas sebab masaalah ekonomi, 4 ladang dengan jumlah SPP 31,943 ekor; sekitar radius 10 km dari Ulu Piah di atas sebab insiden baru jangkitan virus Nipah pada penternak di sebuah ladang di Ulu Piah, meliputi 26 buah ladang dengan jumlah SPP 17,811 ekor di kawasan Bercham, Tg. Rambutan, Chemor, Dusun Bertam, Pasir Pinji dan Program Survelans Ladang Kebangsaan, dimana 196 ladang babi di Perak terlibat dan didapati 7 ladang positif, dua di Kuboi dan dua di Chemor, Daerah Kinta, satu di Jalong, Daerah Kuala Kangsar, satu di Air Kuning dan satu di Bidor, Daerah Batang Padang, yang positif virus Nipah dan sejumlah 28,335 ekor babi di musnahkan.

Sebanyak 20 ekor anjing di SPCA Ipoh telah juga di musnahkan berikutan keputusan yang positif untuk virus Nipah.

         

Sehingga 23 Jun, untuk Fasa 1 dan Fasa 2, sejumlah 88 ladang telah selesai dan 186,793 ekor babi telah dimusnahkan. Lebihkurang RM 2.3 juta telah dibelanjakan dalam keseluruhan operasi pemusnahan, iaitu purata RM 12.50 untuk seekor babi yang dimusnahkan, dan ini tidak termasuk duit pampasan kepada penternak yang terlibat sebanyak RM 9.32 juta.

          Agensi-agensi yang terlibat ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Urusetia, Dewan Bandaraya Ipoh (DBI), Pejabat Daerah Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar, Polis Diraja, Jabatan Kerja Raya, Tentera khasnya Briged Utara dan Renjer, Lembaga Bekalan Air, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan dan Hospital-hospital, Jabatan Penerangan, RELA, Pasukan Gerak Am, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Jumlah keseluruhan yang terlibat ialah lebihkurang 600 orang iaitu mereka yang bertugas di lapangan dan juga di bilik operasi baik di Urusetia di SUK, urusetia di JPH dan tugas sokongan.

Modus operandi untuk Fasa Satu

Satu markas hadapan telah di tubuhkan di perkarangan kawasan ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri dan terdiri dari ,

1.     Bilik operasi - dimana perancangan dan perbincangan tentang aktiviti harian, perhubungan, kenderaan mengangkut petugas ke lapangan, pengumpulan data dan maklumat semasa dan post-mortem aktiviti harian

2.     Stor/ Pusat bekalan – dimana pakaian dan peralatan kerja saperti coverall keselamatan, cermin muka, kasut boot, biskut dan air mineral dan lain-lain di agihkan kepada petugas-petugas.

3.     Kantin – dimana makan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan

4.     Tempat menyahama dan mandi – dimana kenderaan, peralatan, pakaian dsbnya di basuh dan di nyahamakan

5.     Klinik – kelengkapan perubatan disediakan

.

Untuk operasi pemusnahan di lapangan pula, pada setiap masa ada 7 hingga 10 pasukan beroperasi bergantung kepada bilangan dan saiz ladang . Satu pasukan terdiri dari seramai 40 hingga 50 orang kakitangan yang di ketuai oleh seorang ketua kumpulan yang terdiri dari kakitangan JPH dan kumpulan besar ini dibahagikan kepada :

   kumpulan mengira – 3 atau 4 orang kakitangan JPH,

   kumpulan penghalau – 20 hingga 30 orang kakitangan DBI,

   kumpulan penembak – 8 hingga 12 orang kakitangan Tentera, DBI dan JPH

   kumpulan penggali/pengambus – di selaraskan oleh kakitangan JKR dengan

penggunaan jentera berat saperti excavator dan lori

   Operasi rutin bermula pada pukul 9 pagi hingga 3 petang dan pada setiap hari pukul 8 pagi dan 5 petang, Pengarah operasi akan memanggil semua ketua kumpulan dan wakil-wakil Jabatan yang terlibat dan perancangan akan dibincang dan dibuat dan sebelah petang post-mortem dan perancangan untuk kerja keesokkan nya akan di bincang. Lapuran harian disediakan setiap hari oleh petugas bilek operasi dan di agihkan kepada bilik urusetia negeri, Kebangsaan dan Jabatan-jabatan yang berkenaan.

   Ketua kumpulan akan membuat perancangan dari segi meninjau ladang yang akan di buat dan mengenal pasti lokasi-lokasi lubang untuk di korek, keperluan jentera berat saperti ekskavator , lori dsbnya, cara kerja menghalau dibuat dan keperluan jentera saperti trailer, lori angkut babi, forklift dengan kandang dsbnya dan mengatur kerja penembak lubang

   Kumpulan mengira akan mengira setiap ekor babi bersama dengan penternak dan disahkan bilangan dengan mengisi borang yang disediakan dan di tanda-tangani oleh ketua kumpulan mengira dan penternak tersebut

   Kumpulan penghalau akan menghalau, menolak, menghantar babi-babi dengan menggunakan papan serta trailer, forklift dan lori ke lubang-lubang yang di sediakan

   Bila dah cukup bilangan nya, penembak-penembak akan memulakan tembakan dan membunuh babi-babi tersebut.

   Selepas penoh secukupnya lubang itu, kapur akan di tabur ketas bangkai-bangkai setebal 6 inci hingga 1 kaki, sebelum lubang itu ditutup dengan tanah. Di kawasan yang berair, lubang-lubang akan dipam oleh Jabatan Bomba dan JPS sebelum babi di buang ke dalam. Tanah di timbun berupa bentuk bukit supaya jikalau lubang tenggelam, ianya masih berkambus.

   Selepas itu lubang itu di tutup dengan kapur lagi.

Sebelum operasi dilakukan, kerja-kerja fogging telah dijalankan terlebih dahulu oleh pihak DBI dan Jabatan Kesihatan, ini adalah untuk mengurangkan gangguan nyamuk semasa operasi dijalankan.

Pasukan Petugas juga telah mengarahkan untuk menyalurkan bantuan makanan kepada semua penternak yang terlibat sepanjang operasi pemusnahan sedang berjalan diladang masing-masing. Bantuan ini adalah pada kadar 0.5 kg seekor cukup untuk maintenance saja dan diatas permintaan penternak pada borang permohonan. Kos adalah sebanyak RM 250/tan metrik dalam 70 kg sebeg yang dipesan dan di tanggung terus oleh Ibupejabat KL. Operasi mopping up juga dijalankan pada semua ladang yang selesai yang meliputi kerja-kerja rondaan dan pemusnahan serta merta saki-baki babi berkeliaran, perobohan kandang dan tapak di atas tanah kerajaan yang diduduki secara haram, melaksanakan aktiviti penyahan kuman di semua kawasan wabak dan mengesan pencemaran bau, menabur bahan kimia dan menimbus dengan pasir. Kerjasama yang di tunjukkan diantara Jabatan-jabatan yang terlibat sangat baik dan menyenangkan dan kerja operasi telah dapat di jalankan dengan licin.

 

 

Progrem Ujian dan Survelans Kebangsaan (NSS) ( Fasa 2)

Untuk operasi fasa dua, sebanyak 197 ladang di seluruh Perak telah di lakukan pengambilan darah sebanyak dua kali pada jarak tiga minggu diantara dan sebanyak 3306 sampel darah diambil keseluruhanya pada peringkat pertama dan 4245 sampel darah pada peringkat kedua dari ibu-ibu babi yang berlainan dan pukul rata untuk setiap ladang lebihkurang 15 sampel darah diambil . Maklumat-maklumat terperinci mengenai ladang-ladang babi termasuk kedudukan lokasi GPS telah di rekodkan di dalam borang laporan survilan penyakit di ladang babi. Sebanyak 7 ladang telah di dapati positif iaitu 2 di Kuboi dan 2 di Cemor, Daerah Kinta, 1 di Bidor dan 1 di Air Kuning, Daerah Batang Padang dan 1 di Jalong, Daerah Kuala Kangsar. Tindakan yang telah diambil apabila ada ladang positif , iaitu setelah menerima faks dari ibu pejabat JPH ialah mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu saperti nama ladang, nombor kod, kawasan atau daerah, SPP atau populasi babi dan alamat penternak. Setelah dimaklumkan kepada Pengarah untuk dimaklumkan kepada Dato’ SUK, Timbalan Pengarah, Ketua Bahagian Kesihatan, Pegawai Haiwan daerah yang terlibat untuk dimaklumkan kepada Pegawai Daerah dan Ketua Bahagian Penguatkuasa untuk berurusan dengan pihak Polis mengenai sekatan jalan raya. Juga dimaklumkan secara fax kepada Pengarah, Jabatan Kesihatan, Bilik Gerakan SUK dan Ibu Pejabat Polis Negeri . Pihak Daerah akan menggerakkan jawatankuasa di peringkat daerah yang sama bidang tugas saperti di peringkat negeri untuk menjalankan operasi pemusnahan. Prosedur kerja jika ada ladang positif ialah saperti berikut:

  Hari 0 – Terima notis dari Ibu pejabat KL

   Hari 1 - Surat notis dihantar kepada ladang berkenaan dan ladang-ladang dalam lingkungan 500 m radius dan ladang-ladang ini di kuarantin dengan mengadakan sekatan jalan raya di kawasan tersebut. Tinjauan ke ladang berkenaan oleh JPH dan JKR untuk mengenalpasti tempat, bilangan dan pecahan kumpulan babi, kedudukan kandang, tempat menanam, jalan keluar masuk, anggaran tempoh kerja dan keperluan kakitangan dan peralatan.

   Hari 2 - Jentera akan dihantar ke ladang untuk mengorek lubang yang telah dikenalpasti lokasi-lokasi nya. Pemusnahan babi dimulakan pada kadar 1,000 ekor se hari.

   Hari 3 dan seterusnya, jika bilangan babi 5,000 ekor ke atas, akan mengambil masa 5 hari lagi.

Perbelanjaan untuk kerja pemantauan dan survelan ladang-ladang babi ini adalah RM 31,780 keseluruhannya. Ini untuk pasukan seramai 5 orang dengan kelengkapan-kelengakapan serta peralatan-peralatan sekali saperti coverall keselamatan, cermin muka, sarung tangan getah dsbnya. Untuk kerja pemusnahan ladang positir , perbelanjaan keseluruhannya ialah RM 41,332 untuk satu ladang termasuk coverall keselamatan, kapur , peluru, sarung tangan getah, penutup muka dsbnya dan tidak termasuk perbelanjaan yang di tanggung olih JKR untuk menyewa excavator dan lori, makanan dan minuman untuk petugas di lapangan dan di sekatan jalan raya.

Operasi pemusnahan ladang babi untuk fasa 2 , Ladang Babi Nipah - positif

 

Tempat

(Bil. Ladang)

Tarikh

Jabatan-Jabatan yang terlibat

Kuboi, Gopeng

(2 ladang)

27/4/99 – 30/4/99

Jab. Haiwan, DBI, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba, Polis Kampar, Pejabat Daerah Kampar, JKR Kinta

Bidor (1 ladang) Air Kuning

(1 ladang)

30/4/99 – 3/5/99

18/5/99 – 20/5/99

Jab. Haiwan, Majlis Daerah Tapah, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba, Polis Daerah, Pejabat Daerah Batang Padang, JKR Batang Padang

RELA, PPH/PGA, Jab. Kebajikan Masyarakat

Jalong, Sg. Siput (1 ladang)

16/6/99 – 23/6/99

Jab. Haiwan, Majlis Daerah Kuala Kangsar/Sg. Siput, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba, Polis Sg. Siput, Pejabat Daerah KK/Sg. Siput, JKR Kuala Kangsar, Lembaga Air Perak

Chemor, Kinta

(2 ladang)

17/5/99 – 19/5/99

Jab. Haiwan, DBI, Jab. Kesihatan, Jab. Bomba, Polis Kampar, Pejabat Daerah Kampar, JKR Kinta