PANDUAN MENTERNAK AYAM PEDAGING
SECARA KOMERSIL

 

Perancangan Projek / Modal / Ladang / Pemilihan Baka / Pemakanan
Pencegahan Penyakit / Pemasaran / Penyimpanan Rekod

       PERANCANGAN PROJEK

 

Di dalam mengusahakan sesuatu projek, empat perkara perlu diberi perhatian, iaitu:

Modal
Ladang
Pengurusan
Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai satu kejayaan di dalam sesuatu bidangusaha disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri, Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan, besar kemungkinan usaha tersebut akan menemui kegagalan.

       MODAL  

Di dalam menjayakan projek ini, modal yang diperlukan adalah seperti berikut:

      KOS TETAP:

Reban/bangsal termasuk upah binaan ( keluasan 1 ekor 1 - 1 kaki persegi)
Tangki air (serta sambungan pvc)
Alat pemanas (jika menggunakan hover : 1 hover kecil = 500 ekor anak ayam)
Bekas minuman anak ayam ( 4 biji = 100 ekor)
Bekas makanan anak ayam ( palung panjang : 3 biji = 100 ekor)
Bekas minuman automatik ( 2 biji = 100 ekor)
Bekas makanan ayam jenis gantung (2 biji = 100 ekor)
Setor minyimpan peralatan dan makanan ayam
Lain-lain perbelanjaan luar jangka

      KOS BERULANG

Anak ayam
Makanan Ayam - makanan permulaan dan makanan penghabisan
Elektrik/minyak tanah atau gas/air
Vaksin dan ubatan
Susut nilai atas bangunan (5 tahun)
Susut nilai atas alatan (3 tahun)
Faedah pinjaman bank
Lain-lain perbelanjaan luar jangka

       KEPERLUAN ASAS LADANG  

Pemilihan Kawasan

Keluasan yang mencukupi
Mempunyai pengaliran yang sempurna
Seelok-elok di kawasan yang tinggi supaya mendapat udara yang baik
Jauh dari kesibukan, mempunyai kemudahan perhubungan jalanraya, bekalan letrik, bekalan air yang bersih dan selamat dari musuh ayam
Tidak bercampur aduk dengan ternakan lain seperti itik dan ayam kampong
Tidak terlalu hampir dengan kawasan perumahan
Berdekatan dengan pengguna dan pemasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan

Rumah atau bangsal ayam mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-

Peredaran udara yang sempurna. peredaran udara yang baik menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis ayam.

Saiz rumah, mestilah sesuai dengan jumlah ayam. Jangan membina terllu kecil atau besar kerana ianya tidak menguntungkan. Saiz yang sesuai ialah 1 kaki persegi bagi satu ekor ayam dewasa.

                    Contoh: 5000 ekor ayam ialah 5000 kaki persegi.

Ukuran yang dicadangkan ialah: 25 kaki x 200 kaki (1 bangsal) atau 25 kaki x 100 kaki  (2 bangsal)

Kedudukan bangsal, seelok-eloknya hendaklah dibina mengikut arah Timur ke Barat supaya dapat mengurangkan kesan panas kepada ayam.

Sistem Perumahan

Boleh dibahagi kepada 2 iaitu:

Sistem Lantai Atas
Sistem Lantai Bawah

PENGURUSAN

Maju atau mundur sesuatu projek adalah bergantung kepada kecekapan pengurusan. Penternak yang cekap akan menitikberatkan semua aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos perbelanjaan yang minima.

Di dalam pengurusan ayam daging, beberapa aspek pengurusan mestilah tersemat di dalam diri penternak. antaranya ialah:

       PEMILIHAN BAKA  

Ciri-ciri anak ayam yang berkualiti

Aktif, mata terang dan bulat, kaki kuat, berdiri dengan baik dan bulunya kering dan lembut.
Saiznya tidak terlalu kecil dan mempunyai saiz yang sama .
Bebas dari kecacatan seperti kaki bengkok, tali pusat yang tidak kering, kepak patah, buta dan sebagainya.
Belilah anak-anak ayam daripada pembekal atau mendapat keterangan lanjut.

      PEMAKANAN  

Pemakanan adalah salah satu faktor yang terpenting yang perlu dititikberatkan oleh penternak. Ini adalah kerana 2/3 dari kos pengeluaran adalah daripada makanan. Penternak mestilah memastikan tiada pembaziran berlaku ketika memberi makan dan menyimpan.

Terdapat 2 jenis makanan ayam pedaging:

Makanan permulaan untuk ayam berumur 1 hari - 4 minggu
(kandungan protin kasar = 22 - 24 %)

Makanan pengemok/penghabisan untuk ayam berumur 5 minggu - 7 minggu/jual
(kandungan protin kasar = 19 - 20 %)

Makanan diberi tanpa had.

     PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT  

Terdapat banyak jenis penyakit ayam. Penyakit yang biasa menyerang dan memerlukan kawalan diperingkat awal ialah:

Sampar
Puru ayam
Saluran Pernafasan
Pullorum (Berak Kapor)

Oleh itu jadual untuk menyuntik ayam-ayam bagi melawan serangan penyakit seperti sampar dan puru ayam perlulah diadakan.jadual suntikan yang mesti diikuti oleh setiap penternak ialah:

Umur 1 hari - Sampar "F"

Umur 3 minggu - Cacar puru

Umur 6 minggu - Sampar "S"

Selain itu penternak haruslah mengawal kawasan rumah ayam tersebut dari dicerobohi oleh anasir-anasir pembawa kuman seperti burung, ayam kampong dan lain-laian ternakan. Kemasukan orang luar dan pelawat haruslah ditegah sama sekali.

       PEMASARAN  

Pemasaran ayam yang telah meningkat dewasa adalah patut difikirkan. Pasaran yang baik dari segi permintan dan harga menjamin kejayaan projek.

Strategi Pemasaran

Empat faktor penting yang boleh dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaannya:

Tempat (Berdekatan dengan pasaran, tiada masalah perhubungan).
Pengeluaran (Boleh dijual dalam bentuk hidup, bersih dibekukan, dan bahagian berpotong dll.)
Harga (Berbeza mengikut tempat dan saluran pemasaran)
Pengiklanan (Biasanya dilakukan oleh pengusaha besar)

Pendapatan

Pendapatan - Kos Berulang


Kos Pengeluaran Se kg

Kos Berulang
Berat ayam

       PENYIMPANAN REKOD  

Penternak hendaklah menyediakan catitan setiap aktiviti melibatkan kewangan. 2 jenis rekod yang dicadangkan ialah:-

1. Rekod Pengurusan

Untuk membaiki kelemahan pengurusan disetiap peringkat
Menentukan baka ayam yang baik
Menentukan jenis makanan yang baik
Mengurangkan kadar kematian
Menggunakan ubat-ubat yang sesuai.

2. Rekod Kewangan

Menentukan paras keuntungan/kerugian
Mengurangkan kos-kos yang membazir
membantu menyediakan kertas kerja bagi tujuan membesarkan projek dimasa-masa akan datang.