Spesis katak
yang boleh dipelihara secara komersil adalah dari American Bull Frog dan
katak bertompok (Tiger frog), di mana katak dari jenis American Bull Frog
dipelihara secara di dalam kolam atau takungan simen dan paras air yang
rendah, iaitu paras maksimum adalah pada paras bahagian leher katak,
manakala katak dari jenis bertompok/berbelang dipelihara di dalam kolam
yang diperbuat dari tanah dan bertebing. Paras air dalam koalm
adalah lebih dalam supaya katak dapat menyelam.
Tempoh Hayat
Pemeliharaan
-
Telur katak mengambil
masa 1 hari untuk bertukar kepada berudu
-
Berudu mengambil masa 2
bulan - 3 bulan untuk bertukar kepada katak, dan ini bergantung kepada
pemakanan dan pengurusan.
-
Anak katak mengambil
masa 4 bulan hingga 5 bulan sebelum dipasarkan iaitu apabila mencapai
berat sekitar 250gm.ekor
-
Jangkamasa pemeliharaan
adalah selama 8 bulan
Keperluan ruang
lantai
-
Peringkat berudu 1 hari
hingga 3 bulan, ruang kolam yang diperlukan adalah - 15 kaki x 15 kaki
untuk 10,000 ekor berudu
-
Peringkat anak katak
berumur 1 hari hingga 30 hari, ruang kolam yang diperlukan adalah - 15
kaki x 15 kaki untuk 3,000 ekor
-
Peringkat katak berumur
30 hari hingga dipasarkan , ruang lantai kolam yang diperlukan adalah
15 kaki x 15 kaki untuk 1,500 ekor
-
Paras air adalah
mengikut saiz katak, iaitu tidak melebihi paras leher katak supaya ia
dapat berdiri dalam keadaan baik.
Pemakanan katak
Kandungan nutrien dalam makanan pellet katak adalah:
|
1.
|
Crude
Potein
|
30-40%
|
|
2.
|
Crude
Fat
|
Minima
3%
|
|
3.
|
Crude
Fiber
|
Maksimum
6%
|
|
4.
|
Kandungan
kelembapan
|
Maksimum
11%
|
-
Katak peringkat berudu
diberi makanan pellet bersaiz yang lebih kecil iaitu saiz 2 bagi
makanan pellet berjenama Cargill dan saiz 1 bagi makanan pellet yang
diimport dari Taiwan. Makanan ini diberi semasa peringkat berudu.
Katak yang berumur 1 hari hingga 7 hari tidak diberi makan. Dari
umur 8 hari hingga 30 hari diberi makanan bersaiz 2 juga
-
Makanan bersaiz 4 diberi
kepada katak yang berumur 30 hari hingga 75 hari
-
Makanan bersaiz 6 diberi
pada umur katak 75 hari hingga 105 hari
-
Makanan bersaiz 8 diberi
pada peringkat umur katak 105 hari hingga 150 hari

|