| |
|
|
|
 |
-
Komitmen kami adalah memberi layanan mesra, berkualiti dan adil.
-
Permohonan bagi satu(1) pengeluaran permit import/eksport siap
diproses dalam tempoh 10 minit sekiranya maklumat/dokumen yang
diterima lengkap.
-
Memberi perkhidmatan pencegahan, pengawalan dan pembasmian
penyakit berjangkit haiwan dan zoonotik bagi mempastikan hasil
ternakan adalah suci, bersih dan selamat untuk dimakan.
-
Memberi khidmat perundingan, latihan dan bimbingan kepada
pengusaha ternakan.
-
Mempastikan setiap rawatan haiwan kesayangan dilaksanakan secara
profesional.
-
Proses penyediaan baucer bayaran akan dilaksanakan dalam tempoh 7
hari bekerja dari tarikh inbois diterima.
-
Memastikan setiap piagam pelanggan Unit dan daerah dilaksanakan
sepenuhnya.
-
Menjawab aduan-aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
|
|
 |
|
 |
| |
|
|
|
 |
Kami berazam untuk menghayati Moto Jabatan " Ketekunan
Membawa Kejayaan " dalam memberikan perkhidmatan kepada
pelanggan-pelanggan kami melalui:
-
Bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan,
cepat serta menghasilkan satu kepuasan kepada
pelanggan-pelanggan
-
Menjawab semua surat menyurat dan pertanyaan resmi dalam tempoh
tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh terimaan.
-
Memastikan semua jenis pembayaran diselesaikan dalam tempoh 7
hari.
-
Mengawal peruntukan dan tanggungan jabatan dengan memberi segala
maklumat mengenai perbelanjaan mengikut Aktiviti-aktiviti, Objek
Sebagai dan Objek Lanjut yang tepat.
-
Melaksanakan aktiviti dan program-program jabatan secara lebih
berkesan untuk mencapai kecemerlangan disamping menambahkan
hasil jabatan.
|
 |
| |
|
|
|
|
 |
-
Semua
pertanyaan mengenai peraturan & syarat import eksport
dilayani dalam tempoh tidak melebihi ½ jam.
-
Keputusan permohonan dan keluaran permit import eksport yang tidak
memerlukan AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta
dengan dokumen-dokumen yang lengkap disediakan dalam masa ½ jam.
-
Keputusan permohonan dan keluaran permit import eksport yang
memerlukan AP dan telah memenuhi peraturan dan syarat beserta
dengan dokumen-dokumen yang lengkap disediakan dalam masa 2
hari bekerja.
|
 |
| |
|
|
|
 |
-
Menghantar surat akuan terima dalam tempoh 3 hari dari tarikh
penerimaan oleh Unit.
-
Memberi maklumat dan khidmat nasihat yang tepat dan betul. Jika
maklumat tidak dapat diberi pada hari yang dipohon, maklumat akan
disampaikan pada hari yang lain tetapi tidak lewat dari 7 hari.
-
Menguruskan lawatan dalam pendidikan agar dapat dilaksanakan dalam
masa yang ditetapkan mengikut seperti yang dirancang.
-
Memberi tunjukajar dengan betul dan mudah difahami oleh pelanggan.
-
Berusaha memberi persembahan yang menarik dan berkualiti dalam
setiap pamiran yang disertai.
|
 |
| |
|
|
|
 |
-
Menghantar surat akuan terima dalam tempoh 3 hari dari tarikh
penerimaan.
-
Tindakan ke atas surat-menyurat diambil dalam masa 7 hari.
-
Memberi layanan penuh mesra kepada semua pelanggan.
-
Kes
rawatan di klinik dikendalikan dalam masa 15 minit setelah
didaftarkan.
-
Kes
rawatan di lapangan dikendalikan pada hari yang sama kes diterima
atau selewat-lewatnya pada hari berikutnya.
-
Memberi maklumat dan khidmat nasihat yang tepat dan betul. Jika
maklumat tidak dapat diberi pada hari yang dipohon, maklumat akan
disampaikan pada hari yang lain tetapi tidak lebih dari 7 hari.
-
Memberi tunjukajar dengan betul dan mudah difahami oleh pelanggan.
-
Menyelia sesuatu projek pembangunan padang ragut dan projek
ternakan dengan penuh tanggungjawab.
-
Menghantar laporan-laporan mengikut jadual atau seperti yang
dikehendaki.
|
 |
 |
| |
|
|
|
|
 |
-
Mengenalpasti, mengawal dan melaksana program-program kesihatan di
peringkat Negeri Perak mengikut daerah. Pelaksanaan
aktiviti-aktivti kesihatan untuk setiap daerah adalah selama 12
hari.
-
Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat
dan berkesan.
-
Menjamin tindakan dan pengawalan yang rapi dan pantas sekiranya
berlaku wabak penyakit untuk mengelakkannya dari merebak dan dapat
dibenteras dalam jangkamasa 2 minggu.
-
Memastikan dokumen maklumat yang diterima adalah tepat serta
kemaskini dan dapat dibukukan dalam jangkamasa 2 minggu.
-
Memberi khidmat sokongan kepada Pejabat Haiwan Daerah pada setiap
masa.
|
|
 |
| |
|
|
|
 |
-
Komitmen Klinik Haiwan Ipoh adalah memberi perkhidmatan yang cekap,
cepat dan memuaskan di mana setiap kes pesakit luar mengambil masa
tidak melebihi 20 minit.
-
Setiap
kes serius akan mengambil masa tidak melebihi 4 hari.
-
Ternakan kesayangan yang ditemujanji bagi pembedahan disiapkan
pada hari yang sama atau 1 jam pada kes yang cemas.
-
Menyediakan kemudahan serta tempat menunggu yang bersih dan selesa.
-
Memberi perkhidmatan dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.
|
 |
| |
|
|
|
|
 |
-
Menyiasat aduan daripada orang awam
mengenai kegiatan penyembelihan haram dengan segera selepas aduan
diterima
-
Mengambil tindakan ke atas mereka
yang melakukan kezaliman ke atas binatang dengan serta merta
selepas aduan diterima
-
Memastikan daging segar yang dijual
di pasar disembelih di rumah sembelih Ipoh yang diluluskan
|
| |
|
|
|
 |
-
Semua
urusan pembayaran akan diproses dan resit dikeluarkan dalam masa
tidak melebihi 30 minit.
-
Semua
pertanyaan mengenai peraturan jualan ternakan dari Pusat akan
dilayan dalam masa tidak lebih 30 minit.
-
Menghantar surat akuan terima dalam tempoh 7 hari dari tarikh
penerimaan oleh Pusat.
-
Memberi maklumat dan khidmat nasihat yang tepat dan betul. Jika
maklumat tidak dapat diberi pada hari yang dipohon, maklumat akan
disampaikan dalam tempoh 7 hari.
-
Memberi tunjukajar dengan betul dan mudah difahami oleh pelanggan.
Kami menjamin layanan yang mesra dan
memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan kami secara
profesional. |
 |
| |
|
|
|
|
 |
-
Menghantar surat akuan terima dalam tempoh 3 hari dari tarikh
penerimaan oleh Unit.
-
Memberi data dan maklumat yang sediada tidak lewat dari 1 hari dan
bagi maklumat baru dalam tempoh 7 - 14 hari dari tarikh permohonan
diterima.
-
Melayani dan menjawab semua aduan dan pertanyaan rasmi dalam
tempoh 7 hari dari tarikh terima aduan.
|
| |
|
|
|
 |
-
Menerima susu dari penternak dalam masa penerimaan yang ditetapkan
dengan syarat lulus ujian-ujian ditentukan.
-
Pembayaran hasil susu ditentukan mengikut gred berasaskan kualiti
kandungan susu dan tahap kebersihan yang ditetapkan. Bayaran
dijelaskan selewat-lewatnya pada 10hb pada bulan berikutnya.
-
Bekalan lembu bagi setiap permohonan yang diluluskan akan dibuat
dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kelulusan dikeluarkan.
-
Kelulusan permohonan pampasan ternakan yang lengkap butirannya dan
memenuhi syarat akan disempurnakan dalam masa 2 bulan dari tarikh
permohonan diterima.
-
Senantiasa peka dengan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan
dan seterusnya akan menyampaikan perkhidmatan dengan cekap dan
berkesan.
|
 |
| |
|
|
|
 |
-
Melayan pelanggan dengan penuh mesra, cekap dan bertanggungjawab.
-
Perkhidmatan permanian beradas akan dilayani pada hari yang sama
jika berahi dikesan pada waktu petang.
-
Perkhidmatan permanian beradas seberapa bolehnya akan menggunakan
air mani mengikut baka yang diminat oleh penternak berpandukan
polisi pembiakan.
-
Pemeriksaan menentukan status kebuntingan akan dibuat 3 bulan
selepas permanian beradas diberikan.
-
Perkhidmatan pemeriksaan kesuburan dan rawatan klinikal berkaitan
dengan pembiakan akan dilakukan dalam masa 2 jam dari masa
permintaan diterima.
|
 |