Pendahuluan
Burung puyuh
adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada
perkara berikut:-
-
Tidak memerlukan modal
permulaan yang besar
-
Boleh dipelihara oleh anggota
keluarga di perkarangan rumah
-
Cepat dapat hasil iaitu 6
minggu
-
Memerlukan makanan yang kurang
iatu 780 - 1 kg (6 minggu)
-
Tidak banyak masalah penyakit
-
Daging puyuh dan telur
mengandungi zat yang tinggi
-
Jarak generasi pendek (5 - 6
pusingan setahun).
Perancangan
Projek
-
Kos/Modal
-
Ladang
-
Pengurusan
-
Pasaran
Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping
sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini
diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.
Kos/Modal
Diperlukan untuk:-
-
Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
-
Kos berulang iaitu
Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.
Ladang
Pemilihan kawasan:-
-
Keluasan tanah
-
Saliran yang sempurna.
Tidak mudah banjir
-
Jauh dari kawasan
perumahan/perindustrian
-
Jauh dari kawasan
penternakan lain
-
Mempunyai kemudahan
jalanraya, bekalan letrik dan air
-
Berdekatan dengan
pengguna/mempunyai pasaran
Sistem dan Bentuk Perumahan:-
Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
a. Peredaran udara yang
sempurna
b. Saiz yang bersesuaian
dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 " persegi
c. Kedudukan reban
sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik
(arah
Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.
Peralatan
a. Bekas makanan ( dulang
dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh
digantung
b. Bekas minuman
c. Tirai/Bidai
d. Alat pemanas. Hover ( 1
utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt - 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
e. Habok papan (kasar) atau
sebagainya (jika menggunakan lantai bawah)
f. Kertas untuk alas lantai
(semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
g. Alat pembentung (lantai
bawah)
h. Guli atau batu (untuk
dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh
masuk)
Pengurusan
*
Baka
*
Pemakanan
1. Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
A. Quail Starter Mash
serta Quail Finisher Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet
Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
Tenaga = 2600 - 3200 ME
Protin Kasar = 24 - 25 %
2. Cara Pemberian
Cara Pertama
1 hari - 14 hari
-
Quail starter Mash
15 hari hingga jual
- Quail Finisher
Pellet
Cara Kedua
1 hari hingga jual
-
Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- Quail Starter Mash
Cara Ketiga
1 hari hingga 21 hari -
Broiler Starter Mash
22 hari hingga jual -
Broiler Finisher Pellet
* Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti
berikut:-
-
Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau
lihat taburan anak puyuh
-
Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu.
Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
-
Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
-
Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
-
Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
-
Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai
perindukan (jika lantai atas)
-
Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika
menggunakan kotak perindukan)
-
Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak
sempit
-
Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.
* Membesar
-
Keluarkan
semua punca haba, bidai dan pembentung
-
Pastikan air/makanan sentiasa
ada
-
Naikkan bekas makanan sama
paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
makanan
-
Elakkan sebarang kematian
berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
-
Jual pada umur yang
ditetapkan
-
Rekod semua aktiviti
harian.
* Pengurusan Rekod
Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan
Rekod Kewangan
Rekod Pengurusan
Catatkan yang
perlu ada antaranya:-
-
Kumpulan pemeliharaan - kali ?
-
Baka
-
Punca penetasan/tempat dibeli
-
Pengeluar makanan/jenis makanan,
jumlah dibeli
-
Tarikh terima/beli puyuh
-
Bilangan yang dibeli
-
Tarikh/bilangan dijual
-
Berat puyuh dijual
-
Bilangan mati
-
Lain-lain.
Rekod Kewangan
Catatan yang perlu ada
antaranya:-
Hasil/Jualan
- Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
nilai bangunan dan peralatan
Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan
Pemasaran
Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan
perniagaan
* Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan
di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk
dan mesin memproses
* Pengeluaran
- Boleh dijual dalam
bentuk hidup dan telah diproses
* Harga
- Harga berbeza
mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya
ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi
harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian
ini.
* Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui
media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.
Aktiviti Pemerosesan " Down Stream"
1. Puyuh Siap Diproses - dipek
dan disejukbeku
2. Pemotongan
- Dipotong
memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang
dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut
permintaan
Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani "kekejongan" (4 - 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.
3. "Breading "
- Saiz penting untuk
mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau
sederhana
- Penambahan paprika atau
rempah lain menambah rasa dan rupa
4. "Predust"
- Cara melekatkan
'breading' ke kulit
- Puteh telor kering, tepong
beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana
susah untuk membasahi dan melekat ke karkas
5. "Batter"
- Diperbuat dari tepong
gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk
penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)