|
Resepi
Daging Ayam

|
Ayam
|
Lembu
|
Kambing
|
Lain-Lain
|
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber pelbagai
laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan
|
|
RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES |
|
|
|
 |
AYAM BAKAR MADU
Bahan-bahannya
4 ekor ayam spring chicken
Bahan
untuk dikisar
2 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
2 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
¼ inci lengkuas
2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
1 biji bawang besar
2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula timbang
3 sudu besar madu
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka |
Cara-caranya
Ayam
dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau
boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih
sebati dengan ayam.
Panaskan
ketuhar pada suhu 170 – 180’C. Atur ayam yang telah
diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit
mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar
selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia
untuk dihidang.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
SUP AYAM PASTA PENNE
Bahan-bahannya
1 paket (250 gram) pasta penne
4 keping isi dada ayam
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
2 liter air
1 batang kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2
inci
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus
Bahan
untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
10 tangkai cili padi thailand
1 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap |
Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga
lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga
bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan
rempahnya masak.
Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan
kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian
masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan
api. Kuah telah pun siap dimasak. |
Cara untuk menghidang
Rebus pasta penne mengikut peraturan di paketnya. Angkat
dan toskan. Sewaktu merebus pasta boleh letak 2 sudu
makan minyak, ini supaya pasta tidak melekat bila ia
ditoskan.
Isi
dada ayam yang didalam kuah dikeluarkan dan disiat-siat.
Ketepikan.
Letakkan pasta penne kedalam mangkuk, tuangkan kuah dan
letak juga karot dan kentang. |
Kemudian letakkan isi dada ayam yang telah disiat-siat.
Taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan dengan
Sambal Kicap.
Nota:
Enak dihidangkan panas dan jangan lupa Sambal Kicapnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TOM KHA KAI (TOMYAM AYAM BERSANTAN)
 |
Bahan-bahannya
400 gram isi ayam, dipotong kecil
3 cawan stok ayam
320 ml santan
2 inci halia, dihiris lebar
1 batang serai, dititik
6 keping daun limau purut, disiat dua
1 ½ sudu besar pes cili Thai
1/3 cawan jus lemon
2 ½ sudu gula melaka/ gula perang
2 ½ sudu sos ikan (Nampla)
secukupnya cendawan butang, dihiris
5 tangkai cili padi Thailand, diketuk |
Cara-caranya
Masukkan stok ayam, halia, daun limau purut dan serai
didalam periuk.
Gunakan api yang sederhana dan biarkan ia mendidih
selama 1 minit.
Masukkan
santan dan biarkan ia mendidih semula.
Masukkan isi ayam, pes cili Thai, jus lemon, gula dan
sos ikan. Kacau sehingga kuahnya sebati.
Masukkan
cendawan dan biarkan ia mereneh selama 1 minit.
Masukkan
cili padi Thai dan padamkan api. Angkat dan hidangkan.
Enak dimakan sewaktu ia panas. |
| |
|
|
 |
NUGGET AYAM NOORMASRI
Bahan-bahannya
500 g isi ayam, dikisar/cincang
1/4 cawan fresh breadcrumbs
1-2 biji telur, dipukul sedikit
sedikit serbuk lada sulah
garam secukup rasa
serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk
'coating'
Cara-caranya
Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada
sulah dan garam.
Gaul sebati.
Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang
sehingga habis.
Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek
kedalam serbuk cornflake/roti.
Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn
serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak
tebal.
Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
Sedia dimakan bersama sos. |
|
|
 |
LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN
Bahan-bahannya
1 ekor ayam sederhana
2 biji lemon
3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
3 ulas bawang putih
3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
kentang, dipotong dadu
karot, dipotong ikut suka
bawang, dipotong baji
Cara-caranya
Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan
cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila
ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam
tadi.
Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D
masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan
serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan
biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus
sebelum dibakar.
Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam
masak.
Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10
minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang,
karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung
bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun
menguning. |
|
Nota:
D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir
masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan
kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak
dihidangkan.
Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat
kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat
mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk
dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang
boleh siramkan kedalam perut ayam. |
|
|
 |
LEMON CHICKEN
ISI AYAM GORENG
Bahan-bahannya
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.
2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat
Cara penyediaan
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api
yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos
lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas. |
SOS LEMON Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste
|
Cara penyediaan
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.
Note:
Rasa sos haruslah masam manis. |
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
CHICKEN WRAPS AND FRENCH FRIES
(Bahan-bahannya
8 keping wholemeal wraps
1 biji lettuce, dibersihkan dan dihiris
2 biji tomato, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu
1 batang lobak, dihiris
Mayonnaise
Bahan untuk isi ayam
½ kg isi ayam
6 sudu besar kicap lemak manis
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar madu
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak secukupnya
Bahan untuk sos
½ cawan air panas
3 sudu makan gula
½ cawan sos cili
Cara untuk isi ayam
Bahan-bahan digaul rata bersama isi ayam dan diperap
selama 1 jam. Kemudian panaskan pan non-stick dan
panaskan sedikit minyak dan ayam tersebut digoreng
menggunakan api yang kecil sehingga ia masak. Angkat dan
ketepikan. Bila telah sejuk, isi ayam dihiris.
Cara untuk sos
Air panas dan gula dicampurkan sehingga larut.
Masukkan sos cili dan gaul sebati. Siap untuk digunakan.
|
Cara membuat Chicken Wraps
Wholemeal wraps dipanaskan dalam kuali. Tak payah
gunakan minyak. Panaskan dalam 10 saat pada setiap
permukaan.
Sapukan sedikit mayonnaise pada wraps, susun lettuce,
tomato, bawang, lobak dan hirisan ayam. Pipekan
mayonnaise lagi jika suka dan lipat dua.
Sewaktu hendak makan, tuangkan sos dialam wrap dan
mamam bersama French Fries. |
|
|
|
 |
CHICKEN CHOP
Bahan-bahannya
2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
1 biji telur, dipukul sedikit
½ cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar jus limau
½ sudu teh garam
½ sudu the serbuk lada hitam
½ sudu teh soda bikarbonat
Bahan untuk sos
250 ml stok ayam
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada putih
1/8 sudu teh serbuk lada hitam
¼ sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
½ sudu besar sos Worcestershire
½ sudu teh kicap cair
beberapa titis kicap pekat
1 biji bawang besar, didadu kecil
1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
½ sudu besar tepung gandum |
Cara-caranya
Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan
disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau
sebaiknya semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging
ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan
tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing
dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang
putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau
masukkan pula bawang besar yang telah didadu.
Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
Masukkan
tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk
lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan
Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok
ayam.
Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang
sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan
panas.
Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw,
baked beans, mash potato atau kentang goreng.
NOTA:
Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan
daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun
tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1
sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia
memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang
kasar-kasar jadi lebih terasa. |
|
|
|
 |
AYAM ROAST ALA BARAT
Sumber: Mami Asmah Laili
Bahan-bahannya
1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan
dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan
sedikit garam
2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji lemon, ambil jusnya
200g mentega lembut
Bahan-bahan Sayuran:
sedikit
garam untuk tabur atas sayurnya
1
biji bawang besar ~ belah empat
500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan
cuci bersih
2 biji tomato belah 4
beberapa biji cherry tomato
Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu) |
Cara-caranya
Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar
dari dulangnya.
Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan
buah pala digaul rata dalam mangkuk. )
Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega
dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap
kedalam ayam. Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2
kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak,
kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat
longgar sahaja
Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan
bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas
ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya.
Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama
dibawahnya Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato
ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya
dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar.
Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira
diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar
lagi selama 20 minit sehingga masak.
(Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang
masak beberapa minit lagi.) |
|
|
|
|
|
|
|
Cara-caranya
Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat
dan ketepikan.
Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih
dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit.
Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk
jintan halus, kunyit dan garam. Tuang ½ cawan air. |
Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi.
Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama
5 minit.
Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti. |
|
|
|
|
|
|
|
 |
AYAM GORENG RANGGUP
Bahan-bahannya
1
kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya
Cara-caranya
Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan
perap ayam selama 15 minit – 30 minit.
Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng
menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan
dan garing.
Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas. Sedappppp.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AYAM GORENG BEREMPAH
Sumber : Variasi Masakan Mami oleh Hajah
Fadhilah Hanoum
 |
Bahan-bahannya
1
ekor ayam – dipotong
1 biji telur
3sm tepung jagung
Bahan hiris
1 biji bwg besar
Halia
3 biji bwg putih
1½ sm gula
2st rempah garam masala
2st serbuk cili kering
1st serbuk kunyit
Daun kari
Garam
|
Cara-caranya
Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
Perap ayam selama 4 jam.
Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing. |
|
|
 |
Ayam Masak Merah
Bahan-bahan
-
2 biji bawang
besar-diblender
-
6 biji bawang
putih-diblender
-
sedikit
halia-diblender
-
10 batang
lada kering-diblender
-
1 biji bawang
merah-di hiris bulat2
-
kayu
manis,bunga cengkih etc
-
sebatang
serai-diketuk
-
2 biji ubi
kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
-
1 biji
tomato-dibelah 4
-
sedikit
kacang peas
-
2 sudu besar
tomato puree
-
daun ketumbar
-
garam,serbuk
perasa
|
|
Cara membuat
-
Goreng ayam
separuh masak.Ketepikan.
-
Tumis kayu
manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat
tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan
air secukupnya.
-
Tunggu hingga
kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5
minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun
ketumbar.
|
|
|
 |
STEW AYAM
Bahan-bahan
-
500 gm ayam
-
5 ulas bawang
merah/kecil ]
-
2 ulas bawang
putih
] mayang halus
-
1 inci halia
]
-
2 tangkai
daun sup
]
-
2 tangkai
daun bawang[potong 1 inci
-
1 sudu kecil
kicap cair
-
1 biji cili
merah...mayang
-
1 batang
carrot [potong kecil]
-
1 biji tomato
[belah 6]
-
1 s/k tepung
jagung ] bancuh
-
1/2 cawan
air ]
-
1 s/k lada
hitam
-
1 s/k minyak
bijan
-
garam secukup
rasa...
|
|
Cara membuat
-
Ayam
dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
-
Masukkan
semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
-
Masukkan
kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
-
Keluarkan dan
gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
-
Masukkan
semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
-
Keluarkan dan
taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
-
Hidangkan
dengan nasi or roti.
|
|
|
 |
Kerutub ayam
Bahan-bahan
-
½ ekor ayam –
basuh bersih dan dipotong kecil
-
1 kotak
santan kotak Ayam Brand (kecil)
-
3 sudu makan
rempah kerutub (saya guna rempah kerutub cap Jam)
-
5 ulas bawang
merah atau 1 labu bawang besar
-
2 ulas bawang
putih
-
1 serai –
diketuk
-
1 inci halia
- dihiris halus atau tumbuk ( terpulang)
-
1 sudu makan
kerisek
-
1 biji tomato
– belah 4
-
1 asam keping
|
|
Cara membuat
-
Tumiskan
bawang merah, putih, halia dan serai sehingga garing.
-
Masukkan
rempah kerutub. ( rempah ini dicampurkan terlebih dahulu dgn
sedikit air menjadi pes)
-
Bila sudah
pecah minyak. Masukkan ayam. Biar sekejap. Masukkan air jika
nampak kering sangat.
-
Bila ayam
sudah empuk, masukkan santan kotak tadi. Tambahkan air sedikit.
-
Kacau selalu
supaya kuah masak sekata. Masukkan asam keping.
-
Masukkan
kerisek. Biar lagi sehingga betul2 masak (mendidih)
Sebelum tutup api, masukkan tomato dan garam secukup rasa.
|
|
|
 |
AYAM GORENG LENGKUAS
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam
(± 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
-
1 batang
serai, dititik
-
2 lembar daun
salam (bay leaf)
-
4 sdm
lengkuas parut – mesin kering
-
minyak
secukupnya untuk menggoreng
Bahan yang dikisar/tumbuk
-
4 ulas bawang
putih
-
2 biji bawang
besar
-
3 biji buah
keras
-
air asam jawa
(campuran dari 2 sdm asam jawa & ¼ cwn air)
-
sedikit
kunyit basah
-
garam dan
gula secukupnya
|
|
Cara membuat
-
Campurkan
potongan ayam dengan bahan yang telah dimesin dan lengkuas parut
dan gaul sampai rata.
-
Dalam sebuah
kuali melengkung (sebaiknya guna kuali non-stick), masukkan
campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai. Biarkan diatas
api sederhana hingga ayam setengah masak. Angkat dan toskan
airnya.
-
Bersihkan
kuali tadi dan panaskan minyak untuk mengoreng. Goreng ayam
sampai kecoklatan. Angkat dan hidangkan dengan taburan bumbu2
yg telah garing digoreng bersama ayam tadi.
|
|
|
 |
BAKED BEANS CHICKEN
Bahan-bahan
-
1 tin baked bean
-
300 gm ayam [potong kecil]
-
3 s/b minyak
-
3 s/b tomato sos
-
1 biji bawang besar (hiris)
-
2 ulas bawang putih (cincang)
-
3 biji cili merah [cincang]
-
garam dan gula
-
1 pokok kecil daun sup [cincang]
-
kentang goreng [jika suka]
Cara membuat
-
Panaskan minyak
-
Tumis bawang putih & bawang besar
-
Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi
mempercepatkan daging itu masak).
-
Masukkan tomato sos
-
Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
-
Hidang bersama roti bakar atau garlic
bread atau nasi
|
|
|
 |
Paprik Ayam Diana
Bahan-bahan
-
½ ekor ayam -
dipotong kecil2
-
4 ulas bwg
merah - ditumbuk
-
2 ulas bwg
putih - ditumbuk
-
1 labu bwg
besar - dimayang
-
2 btg serai -
dititik
-
2 biji buah
tomato - dipotong 4
-
5 biji cili
padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
-
2 biji limau
kasturi - diambil jusnya
-
5 helai daun
limau purut - carik-carikkan
-
bunga kobis,
kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
-
sedikit sos
tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis,bahan2 perasa
|
|
Cara membuat
-
Panaskan
kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
-
Masukkan
bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
-
Masukkan sos
tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih
sekejap dan masukkan pula sedikit air.
-
masukkan
serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
-
Bila dah
mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang,
perahkan limau kasturi.
|
|
|
|
 |
CHICKEN AFRICAN
Bahan-bahan
-
4 - 6 peha ayam --tidak berkulit dan tulang
-
2 biji peppers (merah dan kuning), dihiris
-
1 ulas bawang, dihiris
-
2 sudu makan jus limau
-
2 camca halia, dihiris
-
2-3 ulas bawang putih, cincang
-
1/4 camca red pepper flakes/cili kering
-
salt n ground pepper to taste
-
1 sudu makan minyak canola
|
Cara membuat
-
Campurkan pepper, bawang, jus limau, halia, garlic, red pepper
flakes, salt and pepper; reserved/biarkan..
-
Panaskan minyak dlm nonstick skillet..masukkan ayam.. pastikan
api sederhana ..cover dan tunggu masak dlm 10 min.
-
Terbalikkan ayam dan masukkan bahan reserved tadi..cover separuh
tutup.. tunggu hingga ayam masak ..turn occasionally.
-
Hidang dgn nasi or couscous..
|
|
|
 |
AYAM KUNG PAO
Bahan-bahan
-
600 gm isi ayam - potong dadu
-
tepung jagung
-
garam
Cara membuat
-
isi
ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng
dan toskan.
Bahan-bahan B
-
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
-
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi
panjang
-
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
-
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
-
2 inci halia - ditumbuk halus
-
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
-
3 sdm sos tiram
-
2 sdm cili sos
-
1/4 cwn air
-
minyak tuk menumis
-
garam - kalau perlu
|
Cara membuat
-
Panaskan sedikit minyak dlm kuali
-
Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
-
Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang
besar.
-
Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan
sedikit air.
-
Bila kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api
|
|
|
 |
AYAM PEDAS SERAI
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng
1/2 masak
Bahan yang dikisar/tumbuk
-
5 ulas bawang kecik
-
2 ulas bawangputih
-
cili kering (ikut suka banyak mana) (nak
tambah cili padi boleh saja)
-
sedikit belacan
-
kunyit hidup
-
halia
Bahan-bahan lain
-
1 asam keping
-
3 batang serai - di titik
-
1 biji santan
-
cili padi - saja letak eksyen
-
sedikit kacang tanah goreng / gajus
Cara membuat
-
Tumis bahan mesin dan serai sehingga
keluar minyak.
-
Masukkan ayam, santan, asam keping,
biarkan seketika, sesekali kacau.
-
Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau
nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.
-
Bila sudah masak, taburkan kacang tanah
sebagai hiasan.
-
Sedap
di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang,
pulut atau roti. bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun
sodap, dlm instant puff pun sodap
|
|
|
 |
TOMATO BREDIE
Bahan-bahan
-
1.2 kg
ayam(buang kulit dan potong 12)
-
tepung gandum
agak aje asalkan boleh goreng
-
2 labu bawang
besar( hiris)
-
2 ulas bawang
putih ( dikisar)
-
2 ulas bawang
putih ( dikisar)
-
30 gm
halia(dikisar)
-
4 biji buah
pelaga
-
30gm ketumbar
-
15 jintan
hitam
-
2 tangakai
cili hijau(hiris dan buang bijinya)
-
1 kg
tomato(di celur,buang kulit dam dicincang)
-
40 gm serbuk
kari
-
20 gm serbuk
kunyit
-
sedikit gula
perang
-
sedikit garam
Cara membuat
-
Perapkan ayam
bersama garam dan lada.Kemudian lumurkan bersama tepung gandum
dan goreng ayam tersebut sehingga keemasan.Ketepikan
-
Panaskan
minyak atau minyak sapi dan tumiskan bawang besar,bawang putih dan
halia sehingga naik bau.Kemudian masukkan buah pelaga,ketumbar
dan jintan hitam
-
Masukkan kan
ayam,cili hijau,tomato,gula perang dan garam.
-
Reneh di atas
api sederhana seketika sambail dikacau sekali sekala .biarkan
seketika barulah angkat .Jika bredie terlalu kering ,tambahkan
sedikit air.
|
|
|
 |
SPAGHETI AYAM
Bahan
-
1 peket spageti [direbus bersama 1 s/k minyak]
-
1 tin sup tomato
-
1 tin cendawan butang [belah 4]
-
1 batang lobak merah [potong dadu]
-
2 biji bawang besar [potong dadu]
-
3 biji tomato muda [potong dadu]
-
200 gm daging/ayam cincang Ramly
-
1 s/k serbuk lada hitam
-
4 ulas bawang putih [cincang halus]
-
1 s/b aregano herb
-
butter/minyak
-
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuat
-
Panaskan butter/minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar
sehingga ia wangi.
-
Masukkan daging dan kacau rata suapaya daging ayam tidak
berketul2.
-
Masukkan sup tomato dan setengah cawan air dan biarkan mendideh.
-
Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato buah, cendawan, lada
hitam, gula dan garam.
-
Kacau rata dan biarkan sehingga agak pekat baru masukkan aregano
herb dan kacau rata.
-
Bila telah pekat angkat dan letakkan atas spagheti yg telah di
letakkan dalam pinggan.
-
Taburkan keju parmesan.
|
|
|
 |
Kari Ayam Tomato
Bahan
-
ayam sekor di potong 12
-
150gm serbuk kari
-
250gm tomato paste/puree
-
150gm ghee/minyak sapi
-
4 biji bawang merah - di mayang
-
5 biji bawang putih. di mayang
-
2 sudu kecil serbuk jintan putih
-
2
sudu kecil serbuk jintan manis
-
bunga lawang, buah pelaga, k.k.manis, cengkih
-
daun kari
-
2 tomato
-
sedikit serbuk cili
-
tairu/yorghurt 180gm (satu cawan)
-
garam secukup rasa
Cara membuat
-
ghee di panaskan dan di masukkan bawang serta awas2 yg lain.
-
tumis hingga naik bau nya serta kekuningan.
-
masukkan serbuk kari, jintan manis, jintan putih n serbuk cili.
-
kacau sehingga masak.
-
masukkan tomato puree n kacau.
-
Masukkan daging ayam n kaco.
-
Masukkan 1-2 cawan air.
-
Kacau sehingga masak.
-
Masukkan yorghurt n garam.
-
Kacau sehingga sebati dan idangkan.
|
|
|
 |
PERTAL AYAM
Bahan
-
1/2 ekor ayam
- potong kecil2 - lumur garam kunyit
Bahan yang dikisar/tumbuk A
-
2 cb cili
kisar
-
3-4 ulas bwg
putih
-
3-4 ulas bwg
merah
-
2 cm halia
Bahan B
-
1/2 ct jintan
kasar
-
1/2 ct biji
sawi
-
1 strip daun
kari
-
2 cb susu
cair
-
2 cb kicap
pekat
-
Air
secukupnya
-
Air asam jawa
secukup rasa
-
Garam, gula
serta pepper powder
-
1 biji bwg
besar - potong 6
-
2-3 biji
kentang - potong ikut suka - goreng
-
Daun ketumbar
- hiris halus
|
Cara membuat
-
Ayam digoreng
hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.
-
Tumis bahan2
A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.
-
Kecilkan api
kemudian masukkan bahan2 perasa, susu cair, kicap pekat serta
air asam jawa.
-
Sesuaikan
rasa kemudian masukkan ayam, bawang besar serta kentang goreng.
Kacau hingga sebati.
-
Padam api,
masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar (yg
ita buat cam kat gambar kat atas nun tabur daun bwg & sup jer
sbb tak dak daun
ketumbar)
|
|
|
 |
Lo Mai Kai
Bahan-bahan topping
-
200 gm isi ayam (bahagian peha – potong kecil2)
-
8 keping cendawan (yg kering rendam dan potong kecil)
-
3 sdm minyak bijan
-
2 sdm Fish Sauce
-
1 sdt gula
-
½ sdm biji lada hitam – tumbuk halus
-
2 sdm minyak
-
1 tsp sugar
-
Sedikit halia
-
Bawang putih tumbuk halus
Cara-cara membuat topping
-
Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali dan tumiskan bwg putih dan
halia.
-
Masukkan cendawan dan gaul sebentar
-
Masukkan bahan2 lain – gaul rata hingga isi ayam ½ masak.
-
Ketepikan inti tadi didlm mangkok dan sejukkan seketika.
-
Biarkan jus2 dari ayam tadi di dlm kuali
|
Bahan-bahan untuk pulut
-
300 gm pulut (bersihkan dan rendam sekurang2nya 3 jam)
-
3 sdm minyak bijan
-
½ cwn air
-
2 sdm Light Soya sauce
-
1 sdm dark soya sauce
-
1 sdm gula
-
1 sdt garam
|
Cara membuat pulut
-
Di dlm kuali yg ada jus ayam tadi.. masukkan semua bahan2 untuk
pulut tadi dan gaul selama 10 minit hingga pulut nampak melekat2
sedikit dan ketepikan
|
Cara membuat Lo Ma Kai
-
Masukkan sedikit inti tadi ke dlm mangkuk kecil.
-
Ambil sedikit pulut tadi dan tekapkan mampat
-
Kukuskan selama 25 minit di dlm kukusan.
-
Hidangkan panas bersama sedikit cili sos kalau mau
|
|
|
 |
Thai Green Curry
Bahan-bahan
-
6 ketul ayam
(large size)
-
1 terung,
potong dadu/memanjang
-
2 c. susu/santan
-
3 helai daun
limau parut
-
10 helai daun
kari
-
2-3 sb pes
'Thai Green curry' (lihat resepi dbawah)
-
1 biji bawang
besar bombay (medium size)
-
minyak utk
menumis
Cara-cara membuat
-
Tumiskan
bawang besar, daun kari
-
Masukkan pula
terung
-
Kemudian pes
kari dan limau purut
-
Lepas tu susu/santan.
Kacau2 sebati
-
Masukkan ayam.
Tutup periuk, biar 10-15 min. Sedia utk dihidang.
|
Pes 'Thai Green curry':
-
10-12 cili hijau fresh, buang bijinya
-
3 batang serai, hiris halus
-
1 sb lengkuas, cincang
-
1 bawang merah besar, cincang
-
3 ulas b. putih
-
1 batang daun ketumbar(termasuk akar dan
batang), cincang kasar
-
1/2 sb biji ketumbar
-
1/2 sb tsp jintan putih
-
1/2 st garam
-
1 sb minyak
-
minyak utk menggoreng
|
Cara-cara membuat
-
Blend semua bahan hingga hancur.
-
Panaskan minyak dan goreng campuran rempah
hingga bertukar warna kpd hijau tua.
-
Sejukkan sebelum disimpan dlm bekas
|
|
|
|
 |
AYAM SOS OREN/LEMON
Bahan-bahan
-
400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama
-
2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
-
lada sulah secukup rasa
-
1 biji telur, dipukul sedikit
-
1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)
-
minyak untuk goreng terendam
-
2 ulas bawang putih (cincangkan)
Bahan-bahan A
-
1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
-
1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
-
1 c/k gula atau secukup rasa
-
1 s/k minyak bijan (jika suka)
-
2 s/k tepung jagung dicampur dengan 2 s/b air
-
1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
-
2 biji tomato, dipotong berbaji
-
pasli & cili merah
|
Cara-cara membuat
-
Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
-
Perapkan ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.
-
Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
-
Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.
-
Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.
-
Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak
hingga mendidih.
-
Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.
-
Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.
-
Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.
|
|
|
 |
ROJAK AYAM
Bahan-bahan
-
1/4 ekor ayam
-
3 biji telur rebus [belah2]
-
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
-
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
-
1 batang timun
-
1/2 biji salad lectuce
-
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
-
Kuah Kacang/sos Kacang
Buatkan saperti kuah satay
Cara-cara membuat
-
Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan
gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
-
Semua sayuran dipotongkan kecil.
-
Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah
kacang atas bahan
|
|
|
 |
MASAK LEMAK AYAM & REBUNG ALA SIAM
Bahan-bahan
-
1/2 ekor ayam } potong kecil
-
300 g rebung
-
2 batang serai } diketuk
-
10 tangkai cili padi atau 2 tangkai cili hidup
-
3 helai daun limau purut - siat sikit
-
2 cm kunyit hidup
-
2 keping asam keping
-
2 1/2 cawan santan
-
garam secukup rasa
Cara-cara membuat
-
Kisar kunyit dgn cili padi hingga hancur
-
Masukkan bahan kisar,serai,asam keping dan santan ke dalam
periuk.
-
Apabila kuah mendidih masukkan ayam dan daun limau purut.
-
Reneh hingga ayam empuk.
-
Kemudian masukkan rebung dan garam secukup rasa.
Bila masak boleh lah diangka
|
|
|
|
 |
Ayam Kalasan
Bahan-bahan A
-
1 ekor ayam (appx
2 kg) potong 8 - bersihkan dan toskan airnya
-
5 cwn air
kelapa (takde air kelapa.. air paip pun ok)
-
2 daun salam
(optional)
-
Garam
Bahan-bahan B
-kisar halus
-
4 buah keras
-
3 sdm serbuk
kunyit (atau guna kunyit hidup 2 ibujari)
-
3 biji bawang
besar
-
2 batang
serai
-
2 inci
lengkuas
-
1 sdm
ketumbar biji
-
1/2 sdm
jintan manis
|
Cara-cara
membuat
-
Masukkan
semua bahan2 tadi dlm kuali dan masakkan di atas api sederhana
hingga ayam 3/4 masak. jgn lupa balik2 ayam sekali sekala.
-
Bila
ayam dah 3/4 masak, tapiskan air lebihan.
-
Panaskan
minyak masak yg byk dlm kuali dan goreng ayam tadi bersama2 ngan
hampas2 yg telah di saring hingga ayam garing.
-
Angkat dan
hidangkan panas2 bersama sambal belacan(mesin sekali tomato dlm
sambal belacan tu) dan ulam-ulaman seperti kobis, timun, kacang
panjang dan apa2 jer
laaa..
|
|
|
 |
OVEN CRISPY CHICKEN WINGS
Bahan-bahan
-
10 keping kepak ayam
-
1 cwn tepung gandum
-
1/2 cwn tepung beras
-
1-1/2 sdm all-spices powder
-
1/2 sdm serbuk lada hitam
-
garam secukupnya
Cara-cara
membuat
-
Panaskan oven pada 180 deg cel
-
Bersihkan ayam dan potong 2
-
Campurkan semua bahan2 tadi dan gaul rata.
-
Pastikan ayam di saluti tepung.
-
Susun ayam dlm baking pan dan bakarkan selama 20 minit (kalau
tepung di salut lebih.. naikkan masa hingga 25 minit) kemudian
terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit.
-
Hidangkan panas-panas
|
|
|
 |
AYAM PANDAN THAI
Bahan A
-
5 keping isi ayam (tanpa kulit) - di
potong dadu dlm 1-1/2 inci besar
-
Daun Pandan secukupnya - pilih yg lebar-lebar
-
bersihkan ayam tos airnya
-
bersihkan daun pandan dan di lap hingga
kering
Bahan B
-
1 batang serai
-
3 ulas bawang putih
-
3 biji bawang kecil
-
sedikit kunyit
-
1 sdm sos ikan
-
1 sdt sos soya (dark soya sauce)
-
1 sdt gula
-
1 sdt serbuk lada putih - lebihkan kalau
mahu lebih pedas
-
sedikit garam
|
Cara-cara
membuat
-
Masukkan semua bahan2 B dlm blender dan di
blend hingga halus.
-
Gaulkan isi ayam dgn Bahan2 kisar tadi dan
perap selama sekurang2nya 1 jam
-
isikan ayam dlm daun pandan dan ikat
secara baik.
-
Semasa mahu menghidang.. panaskan minyak
dan goreng ayam dlm daun pandan tadi selama 5 minit.. toskan
minyak dan hidangkan.
Nota:
Ayam pandan ni boleh di buat dan di simpan dlm freezer
dan
goreng bila2 masa di perlukan... |
|
|
 |
Ayam Tandoori
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan
Bahan Perap
-
1 sudu besar cili mesin
-
2 sudu besar rempah kari
-
1 cawan yogurt
-
1 inci halia................................]
-
1 labu bawang besar.............]
-
3 ulas bawang putih...............]
-
2 biji tomato buah...................] mesinkan dan gaul rata
semua ini
-
1 pokok daun ketumbar........]
-
1 sudu besar madu/gula.......]
-
1 sudu besar minyak.............]
-
garam secukupnya................]
Cara-cara
membuat
-
Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C
sehingga masak (1 jam).
-
Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.
|
|
|
 |
AYAM GAJUS(Chinese Style)
Bahan-bahan
-
500 g daging ayam dipotong dadu
-
125 g gajus
-
4 ulas cendawan kering
-
1/2 biji cili capsicum hijau }dihiris dadu
-
1/2 biji cili capsicum merah }dihiris dadu
-
3 ulas bawang putih dicincang
-
1 sudu kecil gula
-
1/2 sudu kecil garam
-
2 sudu kecil tepung jagung
-
2 tangkai daun bawang } di hiris
-
minyak kacang untuk menumis
Sos
-
1/2 sudu kecil garam
-
1 sudu kecil kicap cair
-
1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
-
1 sudu kecil tepung jagung
Semua bahan sos dicampurkan dalam satu mangkuk |
Cara-cara
membuat
-
Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
-
Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.
-
Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga
kuning. Keluarkan gajus dari kuali.
-
Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak.
Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya
dalam 1 sudu besar sahaja.
-
Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan
semua capsicum dan cendawan
-
Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan
ayam, gajus dan daun bawang.
Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan
|
|
|
 |
SANDWICH
AYAM MAYONNAISE
Bahan-bahan
-
1kg daging
ayam (isinya sahja)
-
3 batang
celery (dihiris tipis)
-
1 biji lada
capsicum (dihiris tipis)
-
1 biji bawang
Jepun (dipotong dadu)
-
1 sudu makan
cuka apple cider atau jus lemon
-
4 sudu makan
serbuk lada hitam
-
3 atau 4 sudu
makan mayonnaise
|
Cara-cara
membuat
-
Isi ayam
direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan
potong tipis-tipis. toskan.
-
Gaul semua
bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering.
Jika terlalu kering., tambah sedikit mayonnaise. Rasa- kalau ada
apa-apa yang kurang boleh ditambah kan lagi.
-
Bila hendak
makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis
yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian
lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
-
Aturkan
diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce,
kemudian tangkupkan roti.
|
|
|
 |
SOTO [NoorMasri]
Bahan-bahan :
Anggaran untuk
5-6 orang
-
½ ekor ayam (berat
900 g) } dipotong 2
-
300 g nasi
himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
-
1 sudu besar
rempah serbuk sup Adabi
-
2 sudu besar
minyak untuk menumis
-
9 cawan air
atau secukupnya
-
garam secukup
rasa
Bahan-bahan untuk menumis
-
3 cm kulit
kayu manis
-
2 biji buah
pelaga
-
2 kuntum
bunga lawang
-
3 kuntum
bunga cengkih
|
Bahan-bahan kisar
-
4-5 ulas
bawang merah
-
2 ulas bawang
putih
-
2 cm halia
-
1 cm lengkuas
-
1 batang
serai
-
1/2 sudu
besar jintan manis
-
1/2 sudu
besar jintan putih
-
1 sudu besar
ketumbar
-
1/2 sudu
kecil lada sulah
-
2 biji buah
keras
|
Bahan sampingan
-
sedikit suhun
} digoreng
-
1 tangkai
daun bawang }dihiris
-
1 tangkai
daun sup} dihiris
-
100 g kacang
tanah }digoreng
-
100 g taugeh
} buangkan ekornya
-
sedikit
bawang goreng
|
Cara-cara
membuat
-
Panaskan
minyak.
-
Tumis
bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan
kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
-
Masukkan air,
ayam dan garam secukup rasa.
-
Masak dgn api
yg perlahan hingga ayam empuk.
-
Keluarkan
ayam, siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan
semula kedalam kuah sup tadi.
-
Ketika
menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti suhun,
taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup,
kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.
Enak dimakan ketika kuah masih panas.
|
Sambal Kicap
Bahan-bahan
-
10 biji cili api
-
7 sudu besar kicap manis
-
1 ulas bawang putih
Cara-cara
membuat
-
Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.
|
Begedil
Bahan-bahan
-
500 g kentang
-
150 g daging kisar
-
½ sudu kecil serbuk lada sulah
-
½ gengam bawang goreng
-
1 biji telur
-
sedikit daun sup }dimayang
-
garam secukup rasa
-
minyak untuk menggoreng
|
Cara-cara
membuat
-
Kentang dibuang kulit kemudian hiris
nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
-
Daging digoreng hingga kering airnya.
-
Satukan daging, kentang goreng, serbuk
lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul
dan ramas-ramas hingga sebati.
-
Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan
menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
-
Pukul telur kemudian celupkan adunan yg
telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga
keperangan.
|
|
|
|
 |
KEPAK AYAM
MASAK KUKUS ASAM
Bahan-bahan
-
4 kepak ayam
-
2 helai daun salam
-
3 buah belimbing sayur, dipotong-potong
-
8 buah cabai
belaga
-
daun pisang untuk membungkus
|
Bahan yang ditumbuk
-
6
biji bawang merah
-
6 buah cabai
merah
-
2 ulas bawang putih
-
1 sudu teh serbuk kari
-
1 sudu teh garam
|
Cara-cara
-
Gaulkan kepak
dengan bahan yang ditumbuk dan perapkan selama 20 minit.
-
Bungkus dalam daun pisang lalu tambahkan
daun salam, belimbing sayur, dan cabai
belaga
-
Kukus selama 20
minit sampai masak.
|
|
|
|
|

OPOR AYAM |
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam, potong-potong
-
750 cc santan dari 1 biji kelapa
-
2 sudu teh gula jawa
-
1 batang serai dititik
-
4
sudu makan minyak masak
|
Bahan yang ditumbuk
-
5 biji bawang merah
-
3 siung bawang putih
-
1 sudu teh ketumbar
-
1 cm lengkuas
-
2
sudu teh garam
-
2 sudu makan minyak
masak
|
Cara-cara
-
Panaskan 4 sudu makan minyak goreng di dalam kuali.
Goreng potongan ayam sampai setengah masak, angkat dan toskan.
-
Gunakan 2 sudu makan minyak goreng baru dan panaskan dengan api
sederhana dalam kuali yang besar.
-
Tumis
bahan yang ditumbuk
sampai wangi.
-
Tuangi santan, masukkan gula, serai, dan didihkan.
-
Kemudian, masukkan potongan ayam yang sudah digoreng setengah
masak tadi. Masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak
pekat.
-
Siap dihidangkan
Untuk 3-4 orang. |
|
|
|
|

KALIO AYAM
|
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam muda
-
1 batang serai, dititik
-
2 cm lengkuas dititik
-
2
keping asam
-
1 helai daun kunyit
-
3 gelas santan
-
Garam secukupnya
-
Minyak untuk mengoreng secukupnya
|
Bahan yang ditumbuk
-
8 biji bawang merah
-
4 ulas bawang putih
-
8 biji cabai merah
-
4 cm kunyit
|
Cara-cara
-
Bersihkan ayam lalu potong menjadi 4 bahagian.
-
Panaskan minyak , tumis
bahan yang ditumbuk
bersama serai, lengkuas,
daun kunyit dan garam secukupnya.
-
Setelah berbau wangi, masukkan potongan
ayam, asam dan santan.
-
Masak sampai ayam menjadi empuk dan santan
pecah minyak.
-
Angkat dan sedia untuk dihidangkan
Untuk 3-4 orang. |
|
|
|
|
Ayam Goreng LENGKUAS
 |
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam (± 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
-
1 batang serai, diketuk
-
2 helai daun salam
-
4 sudu makan lengkuas diparut
-
minyak secukupnya untuk menggoreng
Bahan yang ditumbuk
-
3 ulas bawang putih
-
5 biji bawang merah
-
1 sudu teh asam jawa
|
-
2 sudu teh kunyit, dicincang
-
garam dan gula sesuai dengan selera
Cara-cara
-
Dalam mangkok, campurkan dan gaul
potongan ayam dengan bahan yang ditumbuk dan lengkuas parut sampai rata.
-
Lalu masukkan campuran potongan ayam ini
dengan daun salam dan serai. Tutup bahan ini dan
masak di atas api kecil sampai ayam menjadi setengah matang.
Tambahkan sedikit air bila perlu. Angkat ayamnya
-
Panaskan minyak yang banyak di atas api yang
sederhana. Goreng
ayam sampai warna coklat. Angkat dan
tapiskan
-
Hidangkan bersama bahan gorengan yang
ditumbuk tadi dan ditaburkan di atas
ayam yang telah digoreng.
Untuk 4-5 orang |
|
|
|
 |
Ayam Goreng Kalasan
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam, potong 4
-
100 cc air kelapa
-
¼ sdt soda kue
-
5 ulas bawang putih,dicincang
-
2
helai daun salam
-
1 cm lengkuas,
dititikan
-
garam
dan gula merah menurut selera
-
minyak
untuk mengoreng secukupnya
|
Cara-cara
-
Rebus ayam bersama air kelapa dan bahan lain sehingga air hampir
habis dan ayam sudah lembut. Tambahkan air jika perlu.
Tapiskan dan sejukkan.
-
Goreng
ayam dengan minyak yang banyak dan panas hingga berwarna
kekuningan perang (tidak terlalu kering). Angkat.
-
Sapukan dengan baki kuah yang pekat tadi supaya kelihatan kilat.
-
Hidangkan dengan
sambal ayam goreng kalasan
Untuk 4 potong |
|
|
|
 |
AYAM BETUTU
Bahan-bahan
-
1 ekor ( 1½ kg ) ayam besar
-
5 sdm minyak, untuk menumis
-
daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus
Bahan untuk ditumbuk
-
7 biji cabai merah dan 5 cabai besar
-
10 biji bawang merah
-
5 ulas bawang
putih
-
1 sudu makan ketumbar
-
1½ sudu makan serai, dihiiris halus
-
1 sudu makan lengkuas dicincang
|
-
½ sudu teh serbuk pala
-
2 sudu teh kunyit dicincang
-
2
sudu teh halia dicincang
-
garam dan gula menurut selera
Cara-cara
-
Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan kering. Angkat dan
sejukkan. Bahagikan kepada dua bahagian.
-
Campur satu bahagian ke dalam Masukkan dalam rongga badan
ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi. Dan sebahagian lagi
dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.
-
Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat dengan
tali. Panggang dalam oven dengan panas 180°C, selama 2-3 jam
sampai masak.
-
Angkat, potong-potong dan hidangkan.
Catatan:
sebelum dipanggang, boleh juga dikukus
lebih dulu ± 45 minit, kemudian dipanggang
selama 1 jam.
Untuk 3-5 orang. |
| |
|
|
|
|
|
 |
Ayam KICAP Bakar
Bahan-bahan
-
1 ekor ayam
-
Mentega untuk sapuan
-
Kicap manis secukupnya
-
1 potong lengkuas, diketukkan
-
1 batang serai, diketukkan
-
3
helai daun salam
-
5 biji cabai merah, dihiris
halus
|
Bahan untuk ditumbuk
-
2 ulas bawang putih
-
4 butir bawang merah
-
1 potong (1 cm) kunyit
-
garam secukupnya
|
Cara-cara
-
Ayam dibersihkan dan dipotong 4
bahagian.
-
Semua bahan tumbuk digaulkan.
-
Dengan air secukupnya, rebus ayam dengan
bahan tumbuk digaulkan , tadi, lengkuas, daun
salam dan serai sampai masak dan bahan
meresap rata.
-
Lalu bakar ayam dengan bara api yang
sederhana
sambil dilumur dengan cabai merah yang sudah
dihaluskan, lalu disapu dengan mentega dan
kicap manis. Bakar ayam sampai warnanya
kecoklatan.
Untuk 3-4 orang. |
|
|
|
 |
MASAK PETAI HATI & HEMPEDAL AYAM
Bahan-bahan
-
6 potong hati ayam
-
6 potong hempedal ayam
-
4 sudu makan minyak
masak
-
1 biji bawang bombay, dihiris
-
2 ulas bawang putih, diketuk
-
5
biji cabai hijau, dhiiris serong
-
3 biji cabai merah, diiris serong
-
1 helai daun salam
-
1 cm lengkuas
dihiris
-
1 biji tomato, dipotong
-
2 papan petai, dikupas
-
garam secukupnya
|
-
2
sudu makan kicap manis
-
1 potong kiub maggi , dilarutkan dalam air
Cara-cara
-
Rebus hati dan hempedal ayam dalam air secukupnya sampai lembut
dan warnanya berubah.
-
Angkat, potong hati dan hempedal ayam sesuai dengan selera
masing-masing, asingkan.
-
Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana, tumis
bawang bombay, bawang putih, cabai hijau, cabai merah, daun
salam sehingga wangi. Kemudian masukkan tomato, petai, garam,
kicap dan larutan maggi. Setelah itu, masukkan hati dan
hempedal ayam dan air lebih kurang 75 cc air.
-
Masak semua bahan
sehingga masak.
-
Angkat, siap dihidangkan.
Untuk 4-5 orang |
|
|
|
|
 |
Ayam
golek
Bahan-bahan
-
2
bahagian paha ayam
-
1
mangkuk santan
-
5 biji
bawang merah
-
1
batang serai
-
2 ulas
bawang putih
-
3
tangkai cili kering
-
sedikit kunyit dan sedikit halia
|
Cara-cara
-
Bawang
merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
-
Kemudian masukkan bahan-bahan kisar serta ayam kedalam santan
pekat.masak hingga ayam separuh masak.
-
Keluarkan ayam tadi dan bakar antara 20-25minit
-
Kuah
rebusan ayam tadi di sapukan pada ayam yang sedang dibakar.
-
Siap
utk dimakan
|
|
|
|
 |
nugget ayam bakar
Bahan-bahan ( 2 orang )
-
1 isi dada ayam
-
2 sudu butter
-
1/2 cawan bread crumbs
-
1/4 cawan parmesan cheese
-
1 sudu kecil parsley
-
garam
-
serbuk lada putih
|
Cara-cara
-
Bersih dan potong isi ayam kecil-kecil. Lumurkan garam dan
serbuk lada putih
-
Carikan butter dengan api yang kecil. Kemudian gaulkan dengan
ayam tadi
-
Masukkan bread crumbs, parsley, dan cheese ke dalam plastik beg.
Goncang-goncang biar semua bercampur.
-
Masukkan ayam ke dalam plastik beg tadi. Goncang-goncangkan.
Biarkan semua ayam tadi bersalut dengan campuran bread crumbs
tadi.
-
Bakar dalam oven pada suhu 200C sehingga masak
|
|
|
|
 |
Ayam
Percik Terengganu
Bahan-bahan:
A
-
15 biji cili kering,
direndam
-
10 ulas bawang moray
-
3 ulas bawang putih
-
3 cm halia
-
3 batang serai
-
2 cm kunyit hidup
|
B
-
250 ml santan pekat
-
2 camca besar gula
secukup rasa
-
1 camca besar tepung
beras
-
2 Kiub Pati Ayam
-
1 kg ayam, dipotong ke
4 kepingan dan dihiris
|
|
Cara:
-
Campur
ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A
dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir
pekat.Ketepikan dari api.
-
Sapu kepingan ayam dengan kuah
rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga
kekuningan.Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan
kuah dan panggang hingga masak.Ulang proses ini dengan kepingan
seterusnya
|
|
|
|
 |
Gulai Ayam Berempah
Bahan – bahan
-
Seekor ayam - di potong ikut citarasa anda
-
15 - 20 tangkai cili padi - ditambah jika suka
pedas
-
3 ulas bawang merah
-
2 ulas bawang putih
-
Kunyit hidup - aggaran seinci
|
-
2 batang serai - dititik
-
Satu sudu teh ketumbar
-
Satu sudu teh jintan putih
-
3 - 4 biji ubi kentang - di belah 4
-
Santan dari sebiji kelapa - asingkan patinya
-
Garam secukupnya
-
Sedikit minyak unutk menumis
|
|
Cara membuatnya
-
Cili padi ,bawang merah ,bawang putih,dan kunyit
hidup di tumbuk halus .
-
Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan putih
kemudian tumbuk halus.
-
Tumiskan bahan tumbuk bersama ketumbar dan jintan
putih yang telah
ditumbuk tadi sehingga naik baunya
-
Masukkan serai dan ayam .. balik - balikkan ..kemudian
tutup periuk dan
perlahankan api ...biarkan selama lebih kurang 5 -
10 minit
( supaya ayam sebati dengan bahan tumisan tadi )
-
Masukkan santan cair biarkan mendidih kemudian
masukkan ubi kentang
-
Masukkan pati santan , garam dan sedikit perahan
air asam jawa .Biarkan
seketika ..kemudian bolehlah dihidangkan
|
|
|
|
|
 |
|
CHICKEN KIEV
BAHAN :
-
2 buah dada ayam, tanpa tulang
-
1 sendok makan air jeruk lemon
-
1/2 sendok teh garam
-
3 lembar daging salai
-
50 gram keju cheddar, potong
kecil memanjang
-
minyak untuk menggoreng
BAHAN PELAPIS:
-
2 butir telur yang telah
dipukul sebati
-
50 gram tepung roti
|
-
Hiris daging
dada ayam hingga nipis-nipis.Gaul dengan air lemon, garam,
dan perap selama 20 minit.
-
Sediakan ayam
dan kemudian dilapis dengan daging salai. Selitkan keju lalu
gulung, sematkan ujungnya.
-
Celupkan dalam telur lalu golekkan di atas tepung roti. Goreng
dalam minyak sehingga masak.
|
|
|
|
 |
Dada Ayam Isi
|
BAHAN :
BAHAN ISI:
-
2 ulas bawang
putih, cincang halus
-
1/2 buah bawang
bombay, cincang halus
-
1 sudu makan
margarin
-
1/4 sudu teh
garam
-
1/8 sudu teh
serbuk perasa
-
150 gram ayam
yang telah dicincang
-
1 biji telur
-
2 sudu makan
tepung roti
BAHAN SAPUAN:
|
BAHAN SOS:
-
1 sudu makan kicap
-
100 ml stok ayam
-
1/2 sudu teh garam
-
1/8 sudu teh
serbuk pala
-
2 ulas bawang
putih, cincang halus
-
10 batang cendawan,
dipotong 2
-
1 sudu makan
tepung gandum
-
1 sudu makan
mentega
-
1 sudu teh kicap
manis
CARA MEMBUAT:
-
Buat lubang di bahagian atas dada ayam .
Lumur dengan bahan sapuan.
-
Tumis bahan isi dengan bawang putih dan
bawang bombay dalam mentega sehingga
naik bau. Kemudian masukkan ke dalam ke
dalam dada ayam dan disematkan.
-
Panaskan minyak. Goreng dada ayam dengan
api yang sederhana sehingga masak.
-
Rebus bahan sos sehingga pekat . Sajikan
ayam dengan sos
|
|
|
|
 |
GULAI AYAM MUSSAMAN (Mussaman Gai)
|
Bahan-bahan
-
2 cawan isi ayam
-
3 cawan santan
-
2 sudu besar kacang tanah (panggang)
-
5 biji bawabg besar - dihiris
-
4 biji kentang sederhana besar -
dipotong dadu (3 x 3 cm)
-
3 sudu besar pes kari mussaman
-
2 sudu besar sos ikan
-
3 sudu besar gula melaka
-
3 sudu besar air asam jawa
-
3 helai daun bay
-
1 cm kulit kayu manis
-
5 biji buah pelaga
-
1 sudu besar minyak sawit
|
Cara-caranya:
-
Potong isi ayam kepada ketulan sebesar lebih kurang
2 inci.
-
Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan pes kari
dan 1 cawan santan. Kacau di atas api yang rendah
hingga wangi.
-
Masukkan ayam dan kacau perlahan-lahan.
-
Masukkan santan yang selebihnya dan renihkan selama
5 minit.
-
Masukkan kentang, kacang, bawang, sos ikan, gula
melaka, air asam jawa, daun bay, buah pelaga dan
kayu manis. Renihkan sehingga lembut.
-
Angkat
dan hidangkan
|
|
|
|
|
ROLADE AYAM
 |
|
BAHAN:
-
250 gram ayam
cincang
-
1/2 buah bawang
bombay
-
2 ulas bawang
putih, cincang halus
-
1/2 sudu teh garam
-
1/4 sudu teh
serbuk perasa
-
1/8 sudu teh
serbuk pala
-
1 biji telur
-
100 gram kacang
peas
-
2 keping fucuk,
rendam sebentar
BAHAN PELAPIS:
-
2 biji telur,
dipukul
-
25 gram tepung
roti
-
minyak untuk
menggoreng
|
CARA MEMBUAT:
-
Campur ayam cincang bersama bahan rempah,
telur, dan kacang peas. Bubuh tauhu yang
telah kembang di atas papan canai.
-
Bubuh campuran ayam di atasnya, ratakan
lalu gulung dan ikat ujungnya. Kukus
selama 20 minit, angkat, dan sejukkan.
-
Celupkan dalam telur lalu gulingkan di
atas tepung roti. Goreng dalam minyak
sehingga perang.
-
Sajikan dengan sos cili.
|
|
|
|
 |
SATAY AYAM
Bahan-bahan:
-
400 gm isi ayam - di potong dadu
-
3 sdm kicap pekat manis
-
2 sdm air asam jawa pekat
-
sedikit minyak masak
-
1 sdt jintan manis/halus
-
1 sdt ketumbar
-
1 sdm kunyit serbuk
-
sedikit garam
Bahan-bahan yang di kisar
-
8 biji bawang kecil
-
3 biji lada merah
-
4 ulas bawang putih
-
2 ibu jari lengkuas
|
Cara.
Gaulkan semua bahan2 tadi dan perap
sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum mencucuk
ke lidi.
Nota:
resepi ini lebih sesuai untuk di bakar
seperti satay biasa. Tapi kalau hendak
mengoreng... gunakan minyak yg tidak terlalu
byk mahupun tidak terlalu sedikit. |
|
|
|
|
SAYAP AYAM BERISI
 |
|
BAHAN :
-
5 keping sayap
ayam
-
minyak untuk
menggoreng
BAHAN ISI:
-
2 sudu makan
mentega
-
2 ulas bawang
putih cincang halus
-
100 gram carrot,
potong kiub
-
50 gram kacang
buncis dihiris halus
-
50 gram ayam
cincang
-
25 gram soun
rendam sebentar
-
1/2 sudu teh garam
-
1/4 sudu teh
serbuk perasa
-
1 sudu makan
tepung gandum
-
100 ml stok ayam
|
-
BAHAN PELAPIS:
-
2 biji telur
-
1/4 sudu teh garam
CARA MEMBUAT:
-
Potong sayap ayam dibahagian atasnya.
Kerat daging yang terdapat di sayap.
Patahkan 2 tulangnya sehingga membentuk
uncang (poket).
-
Sediakan isi, tumis bawang putih sampai
naik bau. Masukkan carrotl, buncis, dan
ayam. Gaul sehingga sebati. Masukkan
soun kemudian masukkan garam dan perasa.
Gaul rata.
-
Tambahkan tepung gandum lalu tuangkan
stok. Campur sehingga sebati & masak.
Angkat.
-
Isikan ke dalam uncang ayam, semat
ujungnya lalu kukus 20 minit.
-
Celupkan ke dalam telur yang dicampur
dengan garam. Goreng dalam minyak
sehingga kuning dan masak.
|
|
|
|
 |
|
Ayam Masak Palembang
Bahan-bahan :
-
600 g dada ayam, tanpa kulit dan lemak
-
100 g (8 biji) cili merah
-
100 g (8 ulas) bawang merah
Bahan (A) ditumbuk :
-
40 g (2 ketul sebesar ibu jari) kunyit
hidup
-
40 g (2 batang) serai
-
5 g (3 helai) daun kunyit muda
Bahan (B) dihiris halus:
-
3 g (5 helai) daun limau purut
-
60 g (1 biji) bawang besar, dihiris
bulat
-
20 g (2 sudu makan) asam jawa, dicampur
dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan
jusnya
-
60 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak
-
5 g (1 sudu teh) garam
|
Cara memasak :
-
Ayam
dipotong sebesar kotak mancis. Cuci dan
toskan.
-
Gaulkan
ayam bersama bahan (A) dan (B), kemudian
perap selama 15 minit.
-
Masukkan
bawang besar, jus asam jawa, susu rendah
lemak dan garam ke dalam ayam yang telah
diperap tadi. Gaul hingga sebati.
-
Masukkan
campuran ke dalam kerajang aluminium.
Balut kemas dan bakar di dalam oven pada
suhu 240ºC selama 20-30 minit.
Hidangkan semasa panas.
|
|
|
|
|
 |
Ayam bakar mayonis
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
-
8 ketul drumstick
-
1 sudu besar mayonis
-
1 kiub ayam
-
1 sudu besar kicap manis
-
1 sudu besar sos tiram
-
Lada hitam secukupnya-tumbuk
-
2 ulas bawang putih-tumbuk
-
1/2cm halia-tumbuk
Cara-cara
-
Perap dengan semua bahan-bahan di atas
dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama
perap, lagi sedap
|
|
|
|
 |
Ayam goreng crispy
Bahan-bahan ( 6 ketul )
-
6 ketul ayam
-
3/4 cawan tepung gandum
-
1/4 cawan tepung kanji
-
2 sudu kecil serbuk lada hitam
-
1 sudu kecil garam
-
1 sudu kecil serbuk cili
-
1 sudu kecil serbuk jintan manis
-
1 sudu kecil serbuk jintan putih
-
1/4 sudu kecil serbuk bawang
putih(optional)
-
1 biji telur
-
1/2 cawan susu(fresh milk)
Cara-cara
-
Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak
suka. Sejatkan airnya.
|
-
Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke
dalam beg plastik. Tutup mulut beg
plastik dan goncang-goncang biar semua
bergaul sebati.
-
Campurkan susu dengan telur dan pukul
sehingga sebati. Kemudian panaskan
minyak.
-
Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam
tepung tadi. Goncang-goncangkan beg
plastik.. biarkan ayam bersalut dengan
tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi.
Celup pula ke dalam sebatian telur dan
susu. Masuk semula ayam ke dalam beg
plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian
goreng dengan minyak penuh sehingga
perang atau garing.
-
Angkat dah letakkan di atas bekas yang
berlapik dengan kitchen paper supaya
minyak meresap pada paper.
-
Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis.
Hidangkan ketika panas-panas.
|
|
|
|
 |
Ayam
grill madu
Bahan-bahan ( 4 orang )
-
500g ayam
-
1 kiub ayam
-
2 sudu besar kicap pekat manis
-
2 sudu besar sos tiram
-
2 sudu besar madu
-
( TUMBUK )
-
2 ulas bawang putih
-
1cm halia
-
1 sudu kecil lada hitam
|
Cara-cara
-
Bersih
ayam. Kemudian gaul dengan semua
bahan-bahan di atas.
-
Perap 30 minit atau lebih. Kemudian
grill kan dalam microwave atau bakar
|
|
|
|
 |
Ayam
kalio
Bahan-bahan ( 6-7 orang )
-
seekor ayam
-
halia 1cm(lebih kurang) dikisar
-
4 biji bawang merah dikisar
-
3 ulas bawang putih dikisar
-
1/2 cm kunyit dikisar ( ni nak bagi
balance supaya kurang risiko kena sakit
jantung sebab makan santan banyak)
-
2 batang serai(diketuk)
-
3 keping daun limau purut(nak lebih
boleh tapi jgn banyak sangat nanti maung)
-
2 keping asam gelugor (kalau nak masam
letak lebih, biasanya saya letak lebih
sebab saya suka masam)
-
Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak
sedap elok guna cili kisar sendiri sebab
takde bahan campuran lain)
-
1 1/2 biji santan kelapa (nak guna
sebiji pun boleh saya suka buat kuah
pekat)
-
cili api (tambahan kepada sesiapa yang
nak pedas)
|
Cara-cara
-
Satukan semua
bahan yang dikisar bersama santan, serai
dan cili kisar
-
Masukkan ayam
-
Kemudian jerang atas api, kacau santan
supaya tak pecah minyak
-
Masukkan daun limau purut
-
Bila santan dah separuh masak, masukkan
asam keping dan masak sehingga santan
betul-betul masak
-
P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan
lama, masakkan santan lama-lama barulah
lauk ni tahan lama
-
Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni,
saya akan pastikan masakan ni pedas dan
masam sikit baru ada ummph.
|
|
|
|
 |
Ayam
Masak Kicap
Bahan-bahan ( 1-2 orang )
-
1 bahagian paha ayam
-
garam kunyit secukupnya
-
minyak untuk menggoreng
-
1/2 biji bawang besar -hiris nipis
-
2 ulas bawang puting- mayang
-
1cm halia- cincang halus
-
kicap pekat manis secukupnya
-
2-3 biji cili padi- potong dua
-
1-2 batang cili hijau
|
Cara-cara
-
Potong
ayam kecik-kecik dan bersihkan
-
Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan
goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian
ketepikan
-
Ambik dua sudu besar minyak lebihan
goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar,
bawang putih, halia dan cili sampai naik
bau.
-
Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng
sampai ayam masak.
-
Akhir sekali kalau suka cili hijau
bolehlah hiris cili hijau dan masukkan
ke dalam ayam. Goreng sekejap dan
padamkan api.
-
Siap untuk dimakan.
|
|
|
|
 |
Ayam masak pedas
Bahan-bahan ( ramai )
-
Ayam atau daging
-
2 batang serai
-
Sedikit lengkuas - dimesin
-
3 ulas bawang putih - dimesin
-
1/2 ulas bawang besar - dimesin
-
Cili kering ( mengikut citarasa untuk
pedas ) - dimesin
-
sedikit cuka atau air asam jawa.
-
sedikit garam,gula dan air.
-
Kicap
Cara-cara
-
Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan
|
-
Blenderkan kesemua bahan yang dimesin
itu kemudian panaskan minyak dan tumis
bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam
-
Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang
dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik
bau,masukkan air asam atau cuka,garam,gula
dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga
mendidih dan pekat
-
Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi
atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab
itu ayam atau daging dipotong mengikut
kesukaan anda
- Cubalah sedap.saya
buat untuk cicah bersama ketupat dihari raya.
|
|
|
|
Ayam oren
goreng
 |
Bahan-bahan ( 4 orang )
*Bahan A *
-
1/2 cawan yogurt
-
1/2 jus oren
-
1/2 sudu kecil garam
-
1/2 sudu besar serbuk kunyit
-
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
-
1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh
tambah kalau nak lagi pedas
-
* Bahan B *
-
tepung gandum secukupnya
-
2 biji oren
-
Italian parsley secukupnya
-
minyak untuk menggoreng
|
Cara-cara
-
Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
-
Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama,
lagi sedap.
-
Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik.
Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg
dan goncang-goncangkan.
-
Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
-
Hiaslah dengan parsley dan oren
|
|
|
|
 |
Roti
pita ayam
Bahan-bahan ( 4 orang )
-
4 keping roti pita
-
2 keping dada ayam- potong nipis
-
* 2 sudu kecil worcestershire sauce
-
* garam
-
* serbuk lada hitam
-
*1 ulas bawang putih-parut
-
*1cm halia-parut
-
1 biji telur
-
lettuce
-
tomato
|
-
sos tomato/cili
-
mayonis
-
tepung secukupnya
-
minyak untuk menggoreng
Cara-cara
-
Perap isi ayam dengan semua bahan bertanda (*) selama 30 minit atau lebih
-
Pukul telur. Celupkan isi ayam ke dalam telur. Cover dengan tepung. Then
goreng dengan minyak panas sehingga
masak.
-
Potong 2 roti pita. Then isilah lettuce, tomato, ayam dan juga sos.
-
Siap untuk dimakan
|
|
|
|
 |
Tauhu
ayam
Bahan-bahan ( 4 orang )
-
1 keping dada ayam
-
280g tauhu
-
1 sudu kecil serbuk lada sulah
-
1 sudu kecil serbuk lada
-
3 tangkai daun sup
-
1 biji telur ayam
-
garam secukup rasa
-
sedikit gula
|
Cara-cara
-
Cincang isi ayam
-
Lecek tauhu dengan garfu
-
Potong halus daun sup
-
Gaul
semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam,
tauhu dan juga daun sup
-
Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok
|
|
|
|
|
|
Ayam
|
Lembu
|
Kambing
|
Lain-Lain
|
|