Resepi
Daging Lembu

| Ayam | Itik | Ayam Belanda | Lembu | Kambing | Lain-Lain |
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber  pelbagai laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan



Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.


 
Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.
tumiskan bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

 


US Sirloin steak maya_zakry@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 )
  400g stik US sirloin
  1 biji kentang - dibakar
  1 biji jagung
  1 biji tomato
  Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli
  Seasoning steak - kat tesco ade

**** BAHAN SOS ***

  1 ulas b.putih- cincang
  2 biji b.besar - cincang
  2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
  1 sudu besar jus limau nipis
  1 sudu besar kicap pekat
  1 sudu besar mentega
  1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  2 biji tomato - buang biji + cincang
  1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara
  Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
  Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
  Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan
  Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
  Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.


Daging Bumbu Bali
oleh: cindaibiru

Bahan-bahan ( 3 orang )

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Cara-cara

Kisar bahan yang bertanda *, panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.
Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. kacau lagi dan angkat.

 


Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda
tuntung15@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )

500gm Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

 

Cara-cara

Daging salai dihiris nipis.
Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.


 Sup Tulang

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

 

Cara-cara

Mula-mula cucilah tulang temulang.
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula.
 
Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


murtabak segera
minami133@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 keping )

  100 g daging cincang
  2 biji ubi kentang
  1 sudu setengah rempah kari
  1/2 biji bawang besar
  1 ulas bawang putih
  daun sup
  minyak
  1 sudu kecil garam dan secubit
ajinomoto
  kulit popia
  2 biji telur

 

Cara-cara

  mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK
Resipi Sumbangan: Cikdak
Gambar Sumbangan: Maklang


  Bahan-bahannya
 
1 kg daging fillet
 
1/4 cawan kicap pekat
 
1/4 cawan kicap cair
 
1 sudu besar lada hitam
 
5 ulas bawang putih
 
1/3 ketul butter
 
6 cawan air

  Cara-caranya
 
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
 
Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
 
Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
  Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam ½ jam untuk diperap
  Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
  Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
    Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
  Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
    Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

BAMIA DAGING HAJAH KAMISAH

 Bahan-bahannya
  3 kilo daging kambing/ lembu, potong ikut citarasa
 
1 liter air
 
1 paket rempah kari daging babas
 
7 biji bawang besar, dihiris
 
1 paket bawang goreng (yang dah siap punya)
 
1 tin sedang tomato puree
 
7 biji tomato, potong 6
 
10 biji lada hijau
 
1 paket tairu/ 1 container kecil plain yoghurt (gunakan salah satu)
 
1 tin susu cair
 
sedikit bunga pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
 
4 sudu besar minyak sapi
 
4 sudu besar minyak sayuran
 
50 sen daun ketumbar
 
50 sen daun pudina
 
garam secukup rasa
 
ajinamoto (jika suka)

 
Bahan untuk Dikisar
 
10 ulas bawang putih
 
2 inci halia
 
5 biji bawang besar

Bahan Hiasan
 
30 batang sedang sayur bendi (lady fingers), direbus
Cara-caranya
 
Semua dimasukkan kedalam kuali/ periuk kecuali bawang goreng dan lady fingers yang telah direbus tadi.  
 
Masak dengan api sederhana selama 2 jam perlu dikacau selalu agar dasar periuk tidak berkerak, sehingga dagingnya empuk. Kalau belum empuk boleh tambah sedikit air.
Bila daging telah empuk boleh dimasukkan bawang goreng, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Cara untuk menghidang
 
Sendukkan bamia kedalam pinggan, letakkan 2 batang ladyfingers yang telah direbus dan hidangkan bersama roti gardenia/ roti perancis/ roti jala/ roti naan. Cepati pun sodap.
 
Tapi Bamia daging ini harus ada lauk sampingannya iaitu Rojak Salad, seperti lettuce, hirisan bawang besar, tomato yang dipotong bulat, telur rebus yang dipotong bulat dan dituang sos kacang atau sos tomato diatasnya, baru ia sempurna.


BOL KENTANG KELUARGA DIANA

  Bahan untuk Kuah
  2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
  1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
  4 liter air
 
4 sudu makan kicap lemak manis
 
4 kelopak bunga lawang
 
5 batang bunga cengkih
 
1 batang (5cm) kayu manis
  garam secukup rasa
 
serbuk perasa, jika suka
 
minyak untuk menumis
 
Bahan untuk intinya
  750 gram daging cincang
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka


 

Bahan untuk dikisar
 
4 biji bawang besar
 
3 ulas bawang putih
 
1 inci halia
 
1/2 sudu makan serbuk lada putih
  8 biji buah pelaga
 1 batang (5cm) kayu manis
 

Bahan untuk Kulit Bol
 
2 cawan tepung gandum
 
air secukupnya
 
garam secukup rasa
 
sedikit pewarna kuning
 

Untuk Hiasan
Timun, kupas kulitnya buang hatinya
hirisbawang besar yang dihiris
daun sup
bawang goreng
 

Cara untuk Inti Bol Kentang
  Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat.
  Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.

 Cara untuk Kulit Bol Kentang
Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
  Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kuah Bol Kentang
Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.

BERGEDIL DAGING KELUARGA DIANA

 Bahan-bahannya
  1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan  dipotong bulat
  300 gram daging cincang
  2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  3/4 cawan bawang goreng
  secekak daun sup, dicincang
  2 ulas bawang putih
  2 sudu teh serbuk lada putih
  garam secukup rasa

 

Cara-caranya
  Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih.
  Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
  Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat.
  Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup.
Gaul rata adunan.
  Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
   Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng.
  Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng.
  Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing.


SOTO AYAM KELUARGA DIANA


  Bahan-bahannya
  6 bungkus lontong yang telah dimasak
  2 ekor ayam, dibelah empat
  3 - 4 liter air
  1 cawan santan pekat
  1/2 cawan serbuk ketumbar
  2 sudu teh serbuk jintan halus
  2 sudu teh serbuk lada putih
  3 batang serai, dititik
  lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  1 batang kayu manis
  1 kuntum bunga lawang
  4 biji buah pelaga
  5 tangkai bunga cengkih
  garam secukup rasa
  1 cawan minyak untuk menumis

 
(bahan dibawah dikisar halus)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
Cara-caranya
Panaskan minyak didalam periuk.
Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan    lengkuas yang telah dititik.
Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
  Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya.
Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

BUTTER BALL
Sumber: Halimah Anang

Bahan-bahannya:
  • 50 gram mentega

  • 260 gram daging cincang

  • 250 gram air daging

  • 150 ml susu cair

  • 100 gram tepung gandum

  • sedikit bawang kecil buat tumis

  • daun sup/daun bawang

  • serbuk lada putih

  • serbuk buah pala

  • garam

  • gula

  • ajinomoto

 

 

Cara membuat:

  1. Tepung dibancuh dengan air kemudian masukkan susu.
  2. Mentega dicairkan, goreng bawang sampai kuning. Masukkan daging kemudian digoreng dengan api perlahan.
  3. Masukkan bancuhan susu, tepung dan air daging masak sampai kering.
  1. Masukkan serbuk lada putih, buah pala, garam dan ajjinomoto. Kemudian daun sup dan daun bawang.
  2. Kacau atas api yang kecil sampai pekat, kemudian sejukkan.
  3. Kepal bulat-bulat dan golekkan atas serbuk roti (bread crumbs), celup dengan putih telur dan golekan lagi atas tepong roti dan digoreng.

DAGING BISTIK

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
  • 3 biji kentang, dipotong wedges
  • 2 batang karot, dipotong ikut suka
  • 2 biji tomato, dipotong empat
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap
  • 4 cawan air


 

  • sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis

      Bahan untuk kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 batang lada merah
  • 10 batang cili padi thailand
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
  4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
  5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.


Bahan B:
  • 1 cawan capsicum (campur semua warna) dihiris
  • 1 biji bawang bangla di potong enam
  • 1 ikat daun bawang dipotong sepanjang 3 inci
  • 2 biji tomato besar potong enam
  • 3 inci halia di hiris halus seperti batang mancis
DAGING BLACK PEPPER KAK ROSSYA
Sumber: Rossyabakes
Bahan-bahannya:
  • 500g daging batang pinang (dihiris tipis)( rebus daging ni kejap sbb nakkan air daging tu)
  • 1 sudu kecil bawang putih dicincang
  • 1 sudu besar sweet sauce (boleh guna kicap manis saja)
  • 1 sudu makan oyster sauce
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
Cara membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak dikuali. Masukkan bawang putih, daging dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga daging empuk.
  2. Akhir sekali masukkan sos manis, sos tiram, dan kesemua bahan B. Setelah sebati.. masukkan sedikit air. Bubuh garam dan gula jika perlu..

DAGING KICAP BEREMPAH
Sumber: Rozzan Shared Recipes

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
    (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
  • 12 tangkai cili kering (rendam)
  • 3 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji buah pala
  • Kisar semua bahan di atas hingga halus)
  • 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 5-6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 biji kentang (dipotong wedges)
  • 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
  • 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
  • 3 sudu besar bawang goreng (optional)
  • sedikit daun ketumbar
  • secubit garam,
  • sedikit gula
  • minyak utk menumis
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar.
  3. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

DAGING MASAK BOMBAY DIELLA
Sumber: Diella

Bahan-bahannya:
  • 500gm daging, direbus dengan sedikit garam, dipotong kecil dan diperapkan dengan cili giling dan kicap manis untuk 1 jam
  • Daging yang telah diperap kemudian digoreng dengan minyak dan kemudian dimasukkan air rebusan daging tadi dan juga bahan-bahan dibawah
  • Masukkan
    2 biji bawang besar, dihiris
    3 batang lada hijau, dibelah tengah
    2 batang serai, dititik
    5 batang daun kari, dilurutkan ke dlm
    2 biji limau nipis, diperah ambil airnyer
  • Tutup periuk dan biarkan hingga kuahnya kering sedikit. Letakkan 2 biji tomato yang telah dibelah.

   

DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging, dipotong nipis
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula hitam
  • 1/2 cawan gula pasir
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • 1/2 cawan minyak
 

Bahan untuk dikisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 1 inci lengkuas

C
ara membuat:
  1. Masukkan daging dalam periuk/ kuali.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.

DAGING MASAK MERAH
Sumber: MD

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji cili capsicum hijau (optional)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukup rasa

* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara membuat:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
  3. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
  4.  Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

DAGING MASAK SAMBAL BALI

Bahan-bahannya:
  • ½ kg daging, dipotong tipis
  • ½ cawan bawang goreng
  • ¼ cawan kicap
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan cuka
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
  • 20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan daging dan reneh sehingga dagingnya masak.
  3. Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

DALCA TULANG RUSUK

Bahan-bahannya:
  • 300 gm daging rusuk
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
 

 

 

  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya