Lain-Lain
 Resepi


 

| Ayam | Itik | Ayam Belanda | Lembu | Kambing | Lain-Lain |
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber  pelbagai laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan


Masala Telur
Sumber : Jelita Jun 1994

Bahan-bahan
2 cm halia
3 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk jintan putih

 

1 cawan air
4 sudu besar minyak masak
1 cm kulit kayu manis
2 tangkai daun kari
2 biji cengkih
1 cawan susu cair
Garam secukupnya
6 biji telur rebus, digoreng hingga kuning emas
4 biji bawang besar, dipotong bulat.

Cara Membuatnya
1. Kisar halia, bawang putih, ketumbar, serbuk cili, garam masala. serbuk kunyit, lada hitam, jintan putih bersama secawan air.

2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis kulit kayu manis, daun kari dan cengkih hingga naik bau.
3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga pecah minyak.

4. Tuangkan susu cair dan garam. Masak hingga kuahnya pekat. Masukkan telur dan bawang besar.
Kacau hingga sebati.


Telur Goreng ala Thai


Sumber: Azie Maklang

 Bahan-bahan:
Telur rebus
Bawang merah - cincang
Bawang putih - cincang
Cili kering - hiris
Cili padi - hiris
Kicap ikan
Gula
Air
Daun sup
Bawang goreng

Cara-cara:

Telur rebus digoreng hingga kecoklatan. Ketepikan. (potong 2)
 Masukkan bahan cincang. Biar sampai wangi.
Masukkan pula bahan hiris. Kacau sebati
 Masukkan kicap ikan, gula dan air sikit.
Tuang atas telur dan tabur ngan daun sup dan bawang goreng.


Roti Telur Mayo
oleh: m3rni3
Bahan-bahan ( 4 orang )

5 biji telur rebus, dikupas kulitnya
garam dan lada putih, secukupnya
4 sudu makan mayonnaise
daun lettuce
tomato, dihiris
8 keping roti sandwich
margarine

Cara-cara

Satukan telur, garam, lada putih dan mayonnaise dan kacau rata.
Sapukan margarine di atas roti than langsung sapukan telur mayo tadi.
Top kan dengah daun lettuce dan hirisan tomato.
Akhir sekali, lapik kan dengan sekeping lagi roti.

 


Telur goreng campur serunding
minami133@myresipi.com
Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  2 biji telur
  3 sudu besar serunding daging
  secubit garam
  minyak utk menggoreng
 sos cili
  mayonis

Cara-cara

  pukul telur seketika. kemudian masukkan serunding dan garam
  goreng telur tersebut dgn api yg perlahan.
 
setelah masak, angkat telur tersebut dan boleh lah dimakan bersama sos cili dan mayonis.

 


ROLL SOSEJ DAN SOS UNIK
Sumber: Mat Gebu – Celebrate Life with Food

Bahan-Bahannya:-
8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)
8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan
2 biji telur
1/2 camca teh serbuk lada sulah
2 camca besar bijan
1 camca besar tepung gandum*
Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes pekat)
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:-
2 camca besar mayonise
1 camca besar sos tomato
2 camca besar sos cili
1 ulas bawang putih, cincang halus
10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara membuatnya:-
UNTUK ROLL SOSEJ:- Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan.
Ambil sebatang sosej, letak dibahagian pangkal roti dan gulung hingga ke hujung, sapu degan pes tepung sebagai gam dan lekatkan roti tadi. Buat hingga habis.
Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Celup roti gulung tadi dan golekkan dgn sedikit bijan. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Goreng gunakan api sederhana. Potong ikut suka dan hidangkan bersama "sos unik".
SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej tadi..

ROTI GORENG SPECIAL
Zurinina (Resipi.Net).

Bahan-bahannya
  1 bantal roti perancis, potong ikut suka
  2 biji bawang besar, dipotong dadu
  4 biji telur
  1/2 cawan sayur campur
  garam secukup rasa
  1/2 sudu teh serbuk lada putih
  4 batang hotdog, dihiris serong
  mentega/ margarine secukupnya

Cara-caranya
  Panaskan 1 sudu besar mentega dalam kuali dan goreng hotdog yang telah dihiris serong.
  Telur, sayur campur, bawang, garam, lada sulah dicampurkan dan juga hotdog yang telah dihiris. Gaul sebati.
  Tekap roti dalam campuran telur dan kemudian susun bahan2 seperti bawang, sayur campur, hotdog.
  Panaskan kuali non stick dan letakkan sedikit mentega dan tangkupkan roti macam buat roti john. Masak dikedua-dua belah sehingga garing.
  Angkat potong ikut suka dan hidangkan bersama sos cili dan mayonnaise jika mahu

Telur lada hitam
Bahan-bahan ( 5~6org )

10 biji telur rebus
bhn ditumbuk: 1 sudu besar ketumbar, 1 sudu besar jintan manis dan 2 sudu besar lada hitam
3 sudu besar air
5 tangkai cili kering ( direbus dan dipotong dlm anggaran 2 cm)
bhn dihiris: 1 bj bwg besar, 3 ulas bwg putih dan 2cm halia
garam dan minyak

  Cara-cara

goreng telur rebus sampai kekuningan dan ketepikan
tumiskn bhn hirisan, ketumbar dan jintan manis. setelah garing, masukkn air dan kacau perlahan2 masukkn lada hitam, cili kering dan garam ikut rasa.
Setelah lebih krg 2minit, masukkn telur rebus tadi dan kacau rata. Tutup api dan boleh dihidangkn.

 


Kentang Bertelur 

  Bahan-bahan ( 3-4 orang )

3 biji kentang saiz sederhana
3 biji telur
Daun kucai ikut suka
sedikit serbuk lada hitam
garam n gula
1 cawan daging cincang
1 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis

 

Cara-cara

rebus kentang tapi jangan sampai lembik
toskan kentang dan buang kulitnya. potong nipis-nipis.
bawang besar dicincang. kemudian tumiskan.
masukkan daging cincang sampai daging masak.
masukkan kentang tadi. kacau sebentar dan masukkan telur yang telah dipukul. taburkan daun kucai yang telah dipotong dan oregano (tujuan nak menaikkan aroma)
kemudian bakar didalam oven. selama mana yang suka


BAKED SPANISH OMELETTE
 Bahan-bahan ( 4 orang (20cm) )

  4 biji telur
  150ml susu segar
  100g garden peas / brokoli
  1 biji bawang besar (Dadu)

  2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  2 sdb olive oil
  1 ulas bawang putih (Cincang)
  5 keping hirisan tomato

  Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

 

 Cara-cara

Naikkan suhu oven 180'C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi.
Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar. Atur hirisan tomato di atasnya.
Bakar selama 45 minit, 180'C atau hingga masak.


TELUR DADAR UDANG

Bahan :
  • 5 biji telur
  • 8 ekor udang, dikupas kulitnya dan potong kecil
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menggoreng



Bahan untuk kisar :

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang cili merah
 
Cara membuat:

         i.            Campurkan telur, bahan yang telah dikisar, udang, garam dan serbuk perasa. Pukul dengan garpu sehingga ia sebati.

       ii.             Panaskan sedikit minyak dalam kuali non-stick dan goreng adunan telur seperti telur dadar sehingga ia masak. Angkat dan hidangkan.

 


Telur Puyuh Masak Taoco

Bahan :

  • 20 butir telur puyuh, direbus, dikupas, digoreng sampai berkulit

  •  3 helai daun salam 

  • 1 tangkai serai, dititik

  •  2 cm lengkuas, dititik

  • 3 buah cabai hijau, dipotong serong tipis 

  • 15 biji cili benggala merah  

  • 10 mata petai, masing-masing dipotong 2 bahagian 

  • 200 ml air 

  • 1/2 sudu teh garam 

  • 3/4 sudu teh gula pasir 

  • 1/2 sudu teh air asam 

  • 2 sendok makan minyak untuk menumis 


Bahan Hirisan: 

  • 10 biji bawang merah 

  • 5 biji cabai merah 

  • 3 ulas bawang putih 

  • 1 buah tomato kecil 

  • 2 sudu makan taucu


    CARA MEMBUAT :

  1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dihiris halus, daun salam, serai dan lengkuas sampai harum. Tambahkan cabai hijau dan cili benggala. Masak hingga layu. 

  2. Masukkan petai dan telur. Campurkan

  3. Tambahkan air, garam, gula, dan air asam. 

  4. Masak sampai sebati. 


TELUR MASAK PEDAS

Bahan:

  • 25 butir telur puyuh rebus 

  • 500 ml santan dari 1/2 butir kelapa 

  • 2 helai daun salam 

  • 1 batang serai, dititikkan

  • 10 biji  cili benggala merah

  • 3 sudu makan kelapa parut , dihaluskan 

  • 2 sudu makan minyak goreng 

    Bahan Hirisan

  • 5 biji bawang merah 

  • 2 ulas bawang putih 

  • 5 biji cabai merah 

  • 1 cm lengkuas 

  • 1 sudu teh garam

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak lalu tumis bahan hirisan , daun salam, serai, dan cabai . Campur hingga sebati. 

  2. Masukkan telur puyuh. Kacau dan kemudian tuangkan santan. Kacau sampai sebati

  3. Masukkan kelapa parut. Kacau sehingga masak


 

TELUR MASAK GURIH

Bahan:

  • 20 butir telur puyuh rebus

  • 600 ml santan pekat

  • 5 helai daun limau purut

  • 1 tangkai serai, diketuk

  • sedikit asam

  • garam dan gula pasir secukupnya

  • 2 sudu makan minyak goreng untuk menumis

 

Bahan Hirisan

  • 6 biji bawang merah

  • 3 ulas bawang putih

  • 1/2 cm lengkuas

  • 1 sudu teh ketumbar

  • 3 cm kunyit

     

Cara membuat:

  1. Tumis bahan hirisan hingga wangi. Tambahkan limau purut dan serai. Kacau dan kemudian bubuh telur. Kacau sehingga telur sebati dengan bahan hirisan

  2. Tambahkan santan, garam, gula, dan sedikit asam. Masak sampai mendidih dan kuah menjadi pekat


TELUR KUAH ASAM

Bahan:

  • 5 biji telur rebus 

  • 2 sudu makan kicap manis 

  • 2 buah tomato hijau, dipotong-potong 

  • 2 helai daun salam 

  • 2 cm lengkuas,

  • 1 1/2 sudu teh garam 

  • 500 ml air 
    Bahan Hirisan

  • 4 biji bawang merah 

  • 2 ulas bawang putih 

  • 1/2 sudu ketumbar 

  • 1 1/2 sudu teh garam 

  • 1/2 sudu teh lada sulah 

  • 3 cm kunyit 

Cara membuat:
  1. Tumis bahan yg dihiris, salam, dan lengkuas. Setelah harum, tambahkan tomata. Masak sampai layu. Setelah masak  tuangkan air stok dan telur. 
  2. Masukkan kicap manis dan garam. Masak sehingga bahan-bahan sebati . 

 

 

 


SAMBAL GORENG TELUR PUYUH

Bahan:

  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 6-7 udang segar, kupas dan bersihkan
  • 15 biji telur puyuh
  • 2 helai daun salam
  • 1 batang serai, dipotong-potong
  • 1 sudu makan lengkuas
  • sedikit perasa
  • 250 g kacang buncis dipotong dua bila perlu
  • 1 buah tomat, dipotong-potong
  • 250 cc air
  • 500 cc santan

Cara membuat:

  1. Hiris halus bawang merah, bawang putih dan cabai merah. Tumis ketiga bahan ini sampai layu, masukkan terasi, salam, serai dan langkuas

  2. Tambahkan udang segar dan telur puyuh. Tuang air dan didihkan. Masukkan kacang buncis dan masak sampai cukup layu.

  3. Tambahkan santan, garam dan gula, kecilkan api dan masak dan kacau sehingga santan mendidih. Terakhir masukkan potongan tomata, campur hingga rata.


   BUN TELUR

   Resepi menggunakan bread maker. Sesuai untuk sarapan pagi.

   Bahan-bahan ( 14 biji )

  • 250g tepung roti (strong white bread flour)
  • 50g tepung biasa
  • 1 biji telur
  • 120cc susu segar
  • 3 sudu besar gula
  • Bazil (optional)
  • [Inti]
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil yis
  • 50g mentega
  • [bahan glaze]
  • 1/2 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 2 biji telur rebus
  • mayonis secukupnya
  • garam
  • serbuk lada putih
  • 1/2 bawang besar

 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali bahan glaze ke dalam bread maker. On kan..
  2. Bila dah siap, keluarkan doh dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan jadi bulat. Biarkan selama 20minit
  3. Sementara itu sediakan inti. Cincang bawang besar dan telur. Gaulkan dengan garam, mayonis dan sebuk lada putih sehingga sebati. Ketepikan
  4. Ambil sebahagian doh tadi. Canaikan jadi 4 segi. Masukkan inti dan gulong.
  5. Kemudian potong kepada 7 bahagian
  6. Ulang langkah 4 dan 5
  7. Masukkan ke dalam oven. rendahkan suhu kepada 40c. Penaikkan selama 40-50minit.
  8. Kemudian sapukan dengan bahan glaze tadi. Bakar pada suhu 180c selama 10-15minit
  9. Inti tadi sesuai juga diganti dengan tuna

  SUP PUYUH BERHERBA

Bahan-bahannya:
  • Burung Puyuh 2 ekor
  • Kee Chee 10 gm
  • Pak Kee 10 gm
  • Tong Kui 10 gm
  • Tong Chung Choe 1 biji
  • 'Red Date' 4 ulas
  • Air 3 Cawan
  • Halia 2 sm
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan burung puyuh.
  2. Panaskan air sehingga mendidih dan masukkan puyuh beserta herba-herba. Masak sehingga lebih kurang 1 jam di atas api yang perlahan

    Telur dadar dengan tuna

  Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 2 biji telur ayam
  • 1 tin tuna (perasa tuna dan cili padi)
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1-2 btg pickles cucumber - potong dadu
  • 2 sudu besar minyak masak


Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali minyak ke dalam mangkuk. Kacaulah biar semua bercampur rata.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali.
  3. Masukkan telur ke dalam kuali. Masak dengan api kecil.
  4. Bila dah agak masak. Balikkan untuk masak belah yg satu lagi.
  5. Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.

 


Sandwich Telur Rebus

  • 8 keping roti

  • 4 helai daun salad (atau hirisan timun)

  • mentega untuk sapu


Bahan
Inti

  • 3 biji telur rebus

  • 2 camb mayonis

  • 1 camb Thousand Island Dressing

  • 1/2 camt serbuk ada hitam

  • secubit garam

  1. Hancurkan telur, campurkan dengan bahan inti yg lain. Jika suka, boleh tambah cili merah yg dicincang halus.
  2. Sapu mentega pada roti, alas 4 keping dengan daun salad. Ratakan campuran telur pada 4 keping lagi kemudian tangkupkan. Tekan sedikit,hiris tepi kelilingnya kemudian potong tiga segi.
 

DAGING SUKIYAKI GULUNG

BAHAN:
  • 100 gram daging sukiyaki 
  • 3 keping daging salai
  • 3 batang asaparagus yang direbus sekejap

BAHAN SOS: 

  • 1 sudu makan kicap jepun
  • 100 ml stok ayam
  • 2 sudu teh tepung gandum
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus 
  • 1/8 sudu teh serbuk perasa 
  • 2 sudu teh minyak bijan 

CARA MEMBUAT:

  1. Letakkan daging sukiyaki, lapis dengan daging salai. Sisipkan asparagus lalu gulung. Ikat dengan benang kasar lalu kukus 15 minit. 
  2. Rebus bahan sos sehingga mendidih. Di potong-potong serong lalu disajikan dengan sos. 

 


SCRAMBLE EGG
 
BAHAN:
  • 2 camb mentega
  • 4 biji telur
  • 4 camb susu cair
  • sedikit garam & serbuk lada sulah
  • 1 camb krim segar/putar
CARA MEMBUAT
  1. Pukul telur dengan susu cair, garam dan serbuk lada sulah.
  2.  Cairkan 1 camb mentega dalam kuali. Bila berbuih, masukkan telur tadi dan kacau cepat-cepat dengan senduk kayu tetapi mesti diketepikan dari api bila separuh telur menjadi kental (masih ada separuh yg cair sedikit).
  3.  Masukkan baki mentega dan krim, kacau lagi hingga sebati. Telur akan masak dengan kepanasan kuali, tak perlu memasak di atas api kerana telur akan menjadi keras. Utk mendapatkan telur yg lebih halus 'ketulnya', gunakan pemutar 'belon' (balloon whisk).

Tauhu telur kukus

Bahan-bahan ( 2-4 orang )

  • 2 biji telor
  • 11/2 cawan air
  • 3/4 sudu besar minyak masak
  • sedikit minyak bijan (jika suka)
  • secubit garam dan lada sulah (lada putih)
  • bawang goreng, daun sop dan daun
  • bawang (untuk hiasan dan penambah rasa)

Cara-cara

  1. Pukul telor hingga berbuih.
  2. Masukkan air, minyak, garam dan lada sulah.
  3. Kacaukan kesemua bahan-bahan tadi.
  4. Kukus sebentar hingga telor masak.(jangan lama sangat nanti air masuk ke dalam tauhu)
  5. Taburkan bawang goreng dan daun sop/daun bawang.

 


TELUR BISTIK
 
Bahan-bahan
  • 5 biji telur
  • 60 ml susu segar
  • garam, serbuk lada sulah secukupnya
  • 4 camb minyak
  • 1 camb mentega
  • 3 biji bawang merah
  • 50 g serbuk sos perang (boleh didapati di pasaraya)
  • air secukupnya
  • 1/2 biji cili benggala merah } dadu halus
  • 1/2 biji cili benggala hijau }
  • 1 biji cili merah, dicincang halus
  • 3 biji cendawan butang, dihiris nipis
  • 2 camb susu cair/krim
Cara-cara
  1. Pukul telur, susu segar, garam dan serbuk lada. Panaskan minyak, masukkan telur tadi dan kacau hingga menjadi ketulan yg kecil (scrambled eggs). Angkat dan ketepikan.
  2. Cairkan mentega, tumis bawang merah hingga layu. Ketepikan seketika. Larutkan sos perang dengan air hingga sebati. Kacau di atas api sederhana hingga sederhana pekat. Masukkan bawang merah dan semua bahan lain. Tambah garam dan serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam. Bila sos mendidih, campurkan dengan telur scramble tadi dan hidangkan.

| Ayam | Itik | Ayam Belanda | Lembu | Kambing| Lain-Lain |