Soalan Lazim



Apakah yang saya boleh dapati di-Ladang Infoternak Sg. Siput(U) ?

Ladang Infoternak selain merupakan ladang pembiakan komoditi terpilih ternakan, ianya merupakan satu distinasi pelancungan bagi Negeri Perak. Anda boleh mendapatkan latihan dalam bidang ternakan disini disamping  yang berminat boleh melawat dan melihat sendiri spesis-spesis ternakan yang berpotensi untuk diternak secara komesial, umpamanya ostrich, rusa, kambing susu, arnab, lembu tenusu dan puyoh.

 

Sekiranya saya berminat untuk membuat lawatan, bagaimanakah caranya ?
Anda boleh menghubungi Pengurus ladang Infoternak melalui nombor telefon dan alamat seperti berikut:-

Pengurus
Ladang Infoternak
Sg Siput(U)
Perak
Tel-605-5981552
E-mail:jphplt@tm.net.my


 


Apakah kemudahan-kemudahan lain yang disediakan oleh Ladang Infoternak Sg. Siput (U)?
Jika tuan/puan berminat mengikuti latihan di -Ladang Sg Siput (U), kemudahan tempat tinggal, makanan, bilik kuliah, riadah/sukan serta surau disediakan.
Untuk tujuan lawatan dan majlis-majlis rasmi, ladang Infoternak menyediakan bilik mesyuarat, makanan, lawatan ke unit-unit.


 


Bagaimanakah caranya untuk saya mengikuti kursus anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak ?
Anda boleh memohon melalui borang permohonan yang boleh didapati dari Pejabat Haiwan Daerah yang terdekat atau dari Ibu Pejabat Haiwan Ipoh Perak.

 


Apakah syarat-syarat yang diperlukan ?


 
Syarat-syarat untuk mengikuti kursus:-
  • Rakyat Malaysia berumur 18 tahun keatas
  • Boleh membaca dan menulis
  • Telah menternak secara kecilan atau mempunyai kawasan untuk memulakan projek ternakan
  • Memohon dengan borang yang boleh didapati dari Pejabat Haiwan Daerah


 


Sekiranya berjaya ditawarkan untuk berkursus apakah kemudahan yang disediakan oleh  Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak ?
Kemudahan-kemudahan yang di sediakan oleh Jabatan ialah tempat tinggal, makanan, bilik kuliah, surau dan juga temapt riadah/sukan.

 


Bolehkah saya mendapatkan maklumat berkenaan cara-cara penternakan lembu dan kambing daripada pihak tuan (JPH) ?
Ya boleh, dapat dari laman web kami atau sila hubungi Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah yang terdekat atau hubungi :-
Ketua Bahagian Pembangunan  Sumber manusia,
Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Negeri Perak,
Jalan Tasek, Ipoh.
Tel: 605-5459111,605-5459122,605-5459133 ext: 216


 

Bolehkah saya mengetahui nama-nama pembekal ternakan yang terdapat di Negeri Perak beserta dengan jenis ternakannya ?
Sila layari : http://www.jphpk.gov.my/Malay/bekal.html

 


Bagaimanakah caranya untuk saya mendapatkan kelulusan membuka sebuah ladang ekport ?
Sila layari  : http://www.jphpk.gov.my/Malay/kriteria.htm

 


Bolehkah saya mengetahui harga hasil ternakan di pasaran ?


 
Sila layari : http://www.jphpk.gov.my/Malay/harga_pasarnew.html

 


Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan ternakan dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak?
Anda boleh menghubungi Pejabat Haiwan yang terdekat untuk ternakan besar seperti lembu, kambing, kerbau , atau datang sendiri ke Klinik Haiwan Ipoh, atau Klinik Haiwan daerah yang berhampiran (untuk haiwan kesayangan sahaja)

 

Bilakah masa/waktunya untuk saya membawa ternakan untuk mendapatkan rawatan di klinik tuan ?
Sila layari : http://www.jphpk.gov.my/Malay/kesihatan%20kes.html

 


Bagaimanakah caranya untuk saya memasuki tender/sebutharga di Jabatan tuan ?

Apabila iklan/Pemberitahu Sebutharga/Tender disiarkan

 


Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memasuki tender/sebutharga di Jabatan tuan ?
  • Pastikan tuan mempunyai Sijil Kementerian Kewangan/PKK dan memiliki bidang yang berkaitan
  • Membeli borang penyertaan dengan kadar yang ditetapkan oleh Jabatan di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • Borang permohonan hendaklah dihantar/dimasukkan di dalam peti tender/sebutharga sebelum Iklan/Pemberitahu Sebutharga ditutup


Dengan siapa/bahagian mana saya perlu berjumpa atau berurusan ?
Sila berurusan dengan Kerani Kewangan/Kontrak, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, sila berurusan dengan Kerani Kewangan/Kontrak