|
INDUSTRI KAMBING
Pengenalan
Menurut bancian 1998 populasi ternakan kambing ialah sebanyak
25,420 ekor dalam Negeri Perak, tahap sara diri pada tahun tersebut hanyalah sebanyak 26.6
%. Memandangkan bekalan yang rendah manakala permintaan yang tinggi, Unit Kambing
di LIT memainkan peranan sebagai Pusat Pembiakan Kambing Baka yang bermutu terutamanya kambing
susu.
Industri komoditi ternakan kambing tenusu semakin lama mendapat
perhatian yang sangat menggalakkan, khususnya terhadap pengeluaran dan pemasaran susu
kambing.
Luas kawasan Unit
adalah 60
ekar yang ditanam dengan rumput Guinea, S.Kazungula, Napier dan
African Star. Baka utama yang dibiakkan adalah
Toggenburg dan Saanan. Kini sejumlah 380 ekor kambing susu terdapat di LIT.
Objektif
-
Membekalkan kambing baka tulin dan kacukan yang bermutu kepada penternak
dalam usaha menambahkan populasi kambing di Negeri Perak.
-
Mewujudkan sebuah pusat yang boleh membekalkan susu segar sebanyak 200 liter setiap hari
serta menambahkan stok nukleus kambing baka tenusu. Ianya juga sebagai
memenuhi permintaan susu kambing semasa.
Memperkenalkan
kaedah penternakan kanbing secara intensif.
Mengembangkan
pengetahuan pengurusan kambing tenusu kepada penternak-penternak dan
pengusaha-pengusaha yang berminat.
Sebagai
pemangkin dalam bidang ternakan kambing tenusu.
Sistem
Pemeliharaan/Pengurusan
Semi-intensif
Kambing parentstok ( 5 - 9
tahun) dibiar meragut dalam 10 buah padok mengikut sistem "rotational grazing". Kambing dibiar
dalam setiap padok yang luasnya diantara 2 - 4 ekar selama 3 hari. Rumput
yang diperolehi adalah pada umur 31 hari. Cara ini adalah untuk mengatasi serangan
cacing. Dedak sebanyak 800gm diberi kepada setiap kambing selepas
ragutan.
Intensif
Kambing yang lain disimpan dalam kandang dan diberi makanan dari segi rumput dan
dedak.
Sebanyak 4 - 6kg rumput Napier dan Guinea diberi setiap hari kepada
ternakan yang berumur 50 - 60
hari. Dedak kambing sebanyak 800 gm/hari diberi bersama dengan jagung 200 gm dan 100gm
BOSPRO sejenis "yeast culture" dicampur untuk membantu menghadam makanan dengan
sepenuhnya.
Pengurusan
Padok/Foder
Baja Complehumus ditabur sebanyak 100kg/ekar selepas setiap 3 ragutan dan sebanyak 250kg/ekar baja urea ditabur selepas 5
ragutan. Untuk rumput foder pula selepas setiap potongan, baja urea ditabur oleh
Unit Agronomi. Juga sistem "sprinkle"
dipasang ke dalam padok supaya mendapat air yang secukupnya pada musim
panas.
Pemerahan Susu
LIT
mempraktikkan sistem "two milking" dimana dengan masa yang
cukup ( 7 - 8 jam) pengeluaran harian bertambah sebanyak 25% - 35%. Pemerahan yang
dibuat adalah dengan sistem "line milker" di mana 9 ekor diperah pada satu
masa. Makanan dedak diberi sebanyak 200gm supaya tiada gangguan berlaku semasa
memerah susu.
Pengeluaran Susu Semasa
-
Jumlah
pengeluaran: 142 liter
-
Purata
seekor: 1.51 liter/ekor
-
Kerap
pemerahan: 2 kali sehari
-
Purata
jualan: 69 % @ RM10.00 seliter
-
Susu untuk
anak: 31%
Keperluan Makanan
Dari segi keperluan seekor kambing memerlukan makanan
(kuantiti) sebanyak 4%
daripada berat badan berdasarkan bahan kering. Dari segi kualiti pula perlu
memperolehi rumput pada umur yang sesuai supaya bahan kering, protin, serat dan
"metabolisable energy" ada pada tahap yang sesuai seperti berikut:-
| Bil |
Jenis
makanan |
Umur(hari) |
Bahan
kering (%) |
Protin
(%) |
Serat
kasar (%) |
M.energy
(mj/kg) |
| 1 |
Napier |
40-45 |
19.80 |
11.60 |
28.60 |
8.63 |
| 2 |
Guinea |
35-40 |
20.70 |
11.40 |
38.10 |
6.75 |
| 3 |
Setaria |
25-28 |
16.00 |
12.90 |
29.00 |
7.38 |
| 4 |
Dedak |
- |
86.20 |
16.80 |
5.50 |
11.42 |
Contoh: (makanan yang diperlukan
bagi seekor kambing berat badan 45kg)
Keperluan makanan 4% dari berat badan berdasar berat kambing
- Rumput 6000 gm x
19.8 = 1,188.00 gm DM
- Dedak 700 gm x 86.2
= 602.00 gm DM
- Jagung 200 gm x
89.7 = 179.40 gm DM
1,969.40 gm DM
|