KLASIFIKASI PERKHIDMATAN |
|
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
|
|
G. PERKHIDMATAN PERTANIAN 68. Pegawai Pertanian (G41): Bertanggungjawab membantu dalam kerja-kerja berkaitan perancangan, pembangunan projek dan penyeliaan Anggaran Belanjawan Tahunan. Penyediaan laporan-laporan penggal tahunan mengenai pembangunan dan kemajuan projek. Bertanggungjawab kepada tugas-tugas penyebaran/taklimat mengenai projek dan bertindak sebagai pegawai penyelaras dengan ketua-ketua komponen. 69. Penolong Pegawai Pertanian (G27): Bertanggungjawab membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog/kursus latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian. 70. Pembantu Pertanian (G17): Bertanggungjawab menjalankan tugas pengembangan termasuk kerja-kerja merancang, melaksana, menilai dan mengesan program-program pembangunan melalui pelaksanaan projek perladangan berkelompok. 71. Pegawai Veterinar (G41): Bertanggungjawab mengawal penyakit-penyakit haiwan dan rawatannya, memastikan makanan ternakan selamat untuk pengguna, merancang dan menjalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pembaikan mutu ternakan, menguatkuasa undang-undang import bahan-bahan ternakan, mengawasi pusat-pusat kuarantina dan membuat laporan mengenai pembangunan dan kemajuan tahunan jabatan dan tugas pentadbiran jabatan yang lain. 72. Penolong Pegawai Veterinar (G27): Bertanggungjawab menolong Pegawai Veterinar dalam menjalankan program pembiakan. Bertanggungjawab dalam mengendalikan rekod-rekod haiwan makmal. Memasukkan data-data dalam komputer. Menolong Pegawai Veterinar dalam pembedahan (bedah siasat) ini termasuk pemprosesan spesimen serta menolong merekodkan keputusan yang didapati. Menolong Pegawai Veterinar dalam rawatan haiwan-haiwan yang memerlukannya dan dalam penyelidikan yang dijalankan. 73. Pembantu Veterinar (G17): Bertanggungjawab membantu menyelenggara ladang-ladang ternakan dan rumah sembelih dan kaji selidik makmal serta khidmat nasihat kepada penternak-penternak. 74. Atendan Haiwan (G1): Bertanggungjawab ke atas penerimaan susu, mencuci dan menyimpan peralatan susu, menjaga kebersihan dan kesihatan bilik susu, jualan susu, menghantar makanan ternakan dan memandu kenderaan sekiranya diperlukan. 75. Pemelihara Hutan (G41): Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan. 76. Penolong Pemelihara Hutan (G27): Bertanggungjawab membantu merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar kerajaan. 77. Renjer Hutan (G17): Bertanggungjawab mengawas kerja-kerja pembalakan, menyediakan survey block, garisan grid, ukuran, rupa bumi dan bancian pokok-pokok. 78. Pengajar Membalak (G17): Bertanggungjawab mengajar pelatih-pelatih cara-cara pengendalian dan menyelenggara jentera berat dalam pembalakan, teknik membina jalan-jalan balak dan menarik balak dari hutan. 79. Pengawas Hutan (G11): Bertanggungjawab membantu pengajar mengawasi/memberi latihan kepada Sekolah Perhutanan Kepong dalam bidang kejuruteraan hutan, ukur tanah dan kegunaan barang-barang hutan serta mengawasi pelatih semasa amali aktiviti perhutanan. 80. Pegawai Hidupan Liar (G41): Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, penyelidikan dan penyusunan hidupan liar. 81. Penolong Pegawai Hidupan Liar (G27): Bertanggungjawab menjalankan tugas penguatkuasaaan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 76/72 serta membuat kawalan, pengurusan dan penyelidikan hidupan liar. 82. Pembantu Hidupan Liar (G17): Bertanggungjawab mengetuai kakitangan menjalankan rondaan, ambush dan penggeledahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan No. 76/72, menyediakan kertas pertuduhan, mengetuai tugas pengawalan ke atas gangguan hidupan liar, mengawal selia stor dan membantu ketua jabatan menjalankan tugas-tugas pentadbiran. 83. Pembantu Hidupan Liar Rendah (G11): Bertanggungjawab membuat tugas kawalan ke atas gangguan hidupan liar yang merosakkan tanaman dan mengancam nyawa manusia, rondaan kuat kuasa Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76/72, mengumpul data inventori hidupan liar serta semakan ke atas rekod pengeluaran lesen jabatan dan hasil tiap-tiap bulan. 84. Pegawai Perikanan (G41): Bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras dan melaksana segala aktiviti dan program yang meliputi aspek penyelidikan, pengembangan, pendidikan, pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. Memberi khidmat kepakaran teknikal dan kejuruteraan seperti untuk pembinaan dan penyelenggaraan kapal-kapal jabatan. 85. Penolong Pegawai Perikanan (G27): Bertanggungjawab membantu Pegawai Perikanan dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan segala aktiviti dan program yang meliputi aspek pengembangan, pendidikan penguatkuasaan, pengawalseliaan serta pengurusan dan perlindungan sumber perikanan ke arah pembangunan industri perikanan negara. 86. Pembantu Perikanan (G17): Bertanggungjawab mentadbir aktiviti ternak air dan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan serta khidmat nasihat hal benih ikan dan penyakit ikan. 87. Pengajar Rendah (G11): Bertanggungjawab mengendalikan latihan teori dan amali serta disiplin peserta kursus/nelayan, menyediakan dan mengendalikan alat-alat bantuan mengajar dan melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan kajian dan pembangunan peralatan perikanan yang dikelolakan oleh Institut/cawangan. 88. Pegawai Rancangan Tanah (G41): Bertanggungjawab menyediakan program kerja, menyediakan strategi pelaksanaan program kerja, melaksanakan program kerja, menyelia kerja, membuat penilaian pencapaian dan mutu kerja dan menyediakan laporan penilaian pencapaian rancangan serta mengetuai tugas-tugas pentadbiran. 89. Penolong Pegawai Rancangan Tanah (G27): Bertanggungjawab membantu pengurus dalam melaksanakan matlamat Felda, menjalankan kerja-kerja bidang pertanian, pentadbiran dan pembangunan masyarakat. 90. Penyelia Rancangan Tanah (G17): Bertanggungjawab terhadap pengurusan kebun, urusan peneroka dan urusan pentadbiran. 91. Pengurus Taman/Ladang (G41): Bertanggungjawab mengawas dan mentadbir kawasan yang diwartakan sebagai taman, menguatkuasakan undang-undang/Enakmen Taman, menyelia kerja-kerja pembangunan di kawasan taman dan mentadbir pejabat Stesen Taman. 92. Penolong Pengurus Taman/Ladang (G27): Bertanggungjawab membantu urusan Bahagian Operasi dan Kawalselia, Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan, Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan dan menjalankan tugas Warden Taman semasa ketiadaannya. 93. Pembantu Taman/Ladang (G17): Bertanggungjawab terhadap pemuliharaan dan pengindahan taman, menyelia Pekerja Rendah Awam membuat kerja lapangan, menyelenggara tanda sempadan dan membuat rondaan ke sempadan taman. |